Thursday, 10 May 2018

Kahwin Muda

PengakuanKu

Assalammualaikum…thank you admin kalau siarkan cerita saya ni..saya harap sangat admin siarkan cerita saya ni supaya orang ramai terutamanya golongan perempuan berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda..saya tidaklah menolak terus perkahwinan di usia muda ni tapi pada pandangan saya couple yang ingin berkahwin di usia muda perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin..

Along saya berkahwin di usia yang sangat muda iaitu pada umur 21 tahun.. Pasangannya jugak berumur 21 tahun. Along seorang yang baik tapi dia juga seorang yang panas baran, BOROS, tak fikir panjang dan kadang kala tak bertanggungjawab. Along memberitahu hasratnya untuk berumah tangga kepada ibu bapa kami.. Ibu bapa kami menolak sekeras-kerasnya hasrat along, bukan sebab tak suka bakal menantu ke apa, just sebab ibu bapa kitorang tahu yang along masih belum mampu untuk memikul AMANAH dan TANGGUNGJAWAB sebagai suami dan pada masa yang akan datang , sebagai bapa. Ibu kami sangat mengenali perangai along jadi ibu takut kalau along tak mampu menjaga anak dara orang. Ibu pun ada anak perempuan sebab itu la ibu sangat takut kalau along merosakkan kehidupan anak dara orang. Berkali-kali along menyatakan hasratnya tapi ditolak ibu dan ayah. Lupa nak cakap, masa ni along hanya berkerja sementara, dan tak tetap, tidak mempunyai simpanan walaupun telah lama berkerja(sebab dia selalu boros).

Tak lama kemudian kitorang dapat berita yang along kahwin lari di Kelantan, dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh pihak permpuan. Hati ibu dan ayah sangat berkecai saat itu… Rumah kami suram. Apa yang lagi saya sakit hati, kenapa family pihak perempuan mengizinkan diorang berkahwin sedangkan diorang tahu sebab2 ibu dan ayah halang perkahwinan diorang. Ayah ambil keputusan untuk buang along daripada keluarga. Saya faham mengapa ibu dan ayah begitu kecewa, sebab Along anak kesayangan diorang.

5 bulan lepas diorang berkahwin, ibu dapat berita yang along mengalami masalah kewangan yang teruk, keretanya hampir ditarik, rumah sewa hampir dihalau. Tanpa pengetahuan ayah, ibu pergi berjumpa dengan along. Keluarga kitorang tak kaya, makan pun ala kadar. Ibu terpaksa gadai rantai pusaka kesayangannya untuk memberi wang kepada along. Lama kelamaan ayah dapat tangkap ibu banyak kali memberi duit kepada along dibelakangnya. Pada awalnya, ayah sangat marah dekat ibu, namun atas pujukan pak2 sedara, ibu2 sedara, ayah mula menerima along kembali.
Ayah suruh along pulang ke rumah kerana ibu dan ayah tiada duit lagi untuk membantu along. Ibu ayah tidak sanggup melihat anak dara orang merana disebabkan anaknya. Pasal kakak ipar saya tak nak ulas panjang, cukup la saya katakan dia seorang yang baik, perangainya sama sangat macam along(baik tapi boros, tak fikir panjang,tak matang).

Kakak ipar melahirkan anak pertamanya semasa diorang tinggal bersama kami.. Ibu dan ibu mertua along bergilir2 menjaga kakak ipar. Masa tu along baru sahaja dapat kerja tetap tetapi gaji rendah kerana hanya menggunakan kelulusan spm sahaja. Ibu menasihatkan kakak ipar untuk bekerja selepas habis pantang kerana sayang diplomanya disia-siakan. Lagipun keluarga kakak ipar mengikat perut untuk menghantarnya belajar kerana keluarganya juga miskin. Along tak setuju dan bersifat mengokong isterinya supaya tidak bekerja walaupun sebelum kahwin diorang dah bersetuju untuk membiarkan kakak ipar untuk bekerja selepas kahwin. Tidak lama kemudian, kakak ipar disahkan hamil lagi. Berita ini menyebabkan kemarahan adik-beradik serta ibu dan ayah terhadap along kerana tidak ambil endah perancangan keluarga. Kitorang marah sebab kewangan along masih teruk, anaknya yang pertama ditanggung keluarga kitorang. Tambahan lagi jarak anak terlalu dekat.. Anak yang pertama dilahirkan pada awal bulan 1, manakala anak yang kedua dilahirkan pada bulan 12. Ibu ayah terpaksa redha dan akur dengan ketentuan Allah. Selepas anak kedua dilahirkan, ibu menyuruh along sewa diluar kerana bimbang aurat kakak ipar tidak terjaga kerana adik-beradik kami banyak lelaki. Ibu ayah bersetuju untuk membantu along membayar kereta dan menanggung kedua2 anaknya sehingga kewangan mereka stabil.

Tapi along dan kakak ipar seakan tak faham bahasa dan bagai diberi betis hendak peha pula. Hal ini kerana diorang masih boros sedangkan kami sekeluarga mengikat perut di rumah. Dan saya sangat marah apabila kakak ipar mengandungkan anak yang ketiga ketika anaknya yang pertama dan kedua berusia 2tahun walhal mereka masih ditanggung ibu dan ayah. Dan apa yang lagi pedih diorang mengandungkan anak kembar. Maksudnya diorang perlu menangung 4 orang anak yang masih kecil dengan pendapatan bulanan sebanyak rm 1500. Ibu ayah mengamuk kerana mereka ambik acuh tak acuh dalam pengambilan pil perancang. Sedih tengok ibu ayah yang susah payah untuk ubah kehidupan along ke arah yang lebih baik tapi along sendiri yang tak nak ubah hidupnya. Teruk along kena marah. Along janji akan ambik berat pasal perancagan keluarga. Nak tak nak ibu ayah terpaksa menanggung cucu2 mereka kerana tidak sanggup melihat mereka sakit dan kelaparan.Walaupun sekarang sudah berhenti menghasilkan anak (hahahaha)..sikap boros diorang tak banyak berubah.. Saya selalu cakap kat ibu stop la tolong along, biar la dia berdikari, tapi itulah ibu sentiasa fikirkan cucu-cucunya.

Seterusnya, along dan kak long bukan la ibu bapa yang baik. Mempunyai 4 orang anak di usia 26 tahun bukan la mudah..sekarang anak2 sedara dah besar(dalam umur 4-6 tahun, lebih kurang macam tu lah). Sepatutnya sebagai ibu bapa, mereka akan berkorban apa sahaja untuk anak2 mereka. Tapi sebaliknya bagi abang long dan kak long, Mereka anggap anak2 mereka menyusahkan dan sentiasa memarahi dan memukul mereka jika mereka berbuat silap. Dan paling sakit hati bila saya perhatikan diorang ni pentingkan phone berbanding anak sendiri. Anak lapar diendahkannya disebabkan terlalu asyik bermain phone. Kalau anak2 kacau diorang bermain phone, dimarahnya budak2 tu dan kadang2 sampai dicubitnya budak.. Saya ni bukan suka sangat budak-budak, tapi saya sangat benci kepada orang yang suka lebihkan phone berbanding anak-anak ni. Dalam FB , insta sibuk upload gambara anak-ank dengan caption acah ibu bapa syurga walhal sebaliknya. Dan banyak kali diorang tinggal anak-anak diorang dekat kami, sedangkan dia bersuka ria tengok wayang la ape la.. Banyak kali ayah dan ibu tegur along tapi dilawannya balik. Kami pernah gaduh adik beradik sebab along tampar dan pukul anak dia masa tu baru je 3 tahun sebab tertolak jatuh phone dia yang ada atas meja. Dan sejujurnya, anak-anak sedara lebih rapat dan manja dengan pak2 , mak2 sedara diorang berbanding along dan kak long.

So, saya nak nasihatkan sikit kepada couple yang beria membabi buta pasal kahwin di usia muda ni. Korang jangan ingat kahwin ni pasal korang berdua je. Ini melibatkan kedua2 belah family dan paling penting, jangan disebabkan ibu bapa tak guna macam along dan kak long saya ni , lambakkan penghisap dadah, perogol, psiko, penjenayah meningkat. Sebelum kahwin tu, fikirla sanggup ke kita berkorban hiburan kita,masa kita, harta kita, tenaga kita untuk anak anak? Kalau rasa kahwin tu nak enjoy je, please la fikir semula. Ini semua pasal tanggungjawab dan amanah bukan benda yang boleh main-main. Jangan ingat nak sweet je.. Jangan cakap kahwin ni sebab nak elak maksiat. Kalau sekarang pun iman lemah nak lawan setan dan nafsu macam mana bila dah kahwin nanti. Janji nak berubah lepas kahwin? Hurmm..kalau tak berubah jugak, sanggup ke tanggung risiko?

Then, check diri tu, kewangan macam mana, agama macam mana. Macam dalam cerita saya, kak long ada diploma. Susah payah family dia tanggung nak hantar dia masuk universiti. Dan saya juga seorang student, saya faham bertapa struggle nya nak dapat segulung diploma. Tapi kak long, dia sia-siakan macam tu je. Ya menuntut ilmu tak pernah rugi tapi takde ke rasa nak bagi duit kat mak ayah yang banyak berkorban untuk pelajaran kita? Takde ke rasa nak enjoy guna duit sendiri? Pada pendapat saya, kita enjoy la dulu berkerja, dapat duit, berhibur, travel dengan kawan sebab once dah kahwin korang kena fokus dekat keluarga. Kalau korang skip masa untuk diri sendiri untuk berhibur dan kahwin di usia muda, korang akan berkemungkinan akan jadi macam along dan kak long saya. Susahkan kitorang untuk jaga anak-anak diorang so diorang boleh pergi enjoy..

Next untuk perempuan, korang sebelum kahwin rancang dan bincang la pasal perancangan keluarga dengan pasangan. Malu? Kita bukan suruh melucah, kita suruh bincang family planning je. Kalau reaksi bakal suami macam memang tolak family planning dengan alasan anak tu rezeki daripada Allah, korang fikir la banyak kali sebelum akad nikah. Yang barai, yang sakit lahirkan anak, jaga anak siapa kalau bukan kita perempuan kan?

Anak tu amanah Allah.. Jaga la anak untuk berbakti kepada masyarakat bukan menjadi sampah masyarakat. Anak-anak yang bermasalah lahir daripada keluarga yang bermasalah. Sebab tu la sekarang dalam masyarakat kita banyak penjenayah psiko macam pedofilia sebab benda2 macam ni la. Family education sangat penting harap sangat Kerajaan Malaysia menitikberatkan lagi institusi kekeluargaan. Pendakwah-pendakwah pun, banyakkan lagi dakwah tentang pendidikan keluarga, ramai yang ambik jawapan lepas diri dengan mengatakan anak pembawa rezeki..Tak guna negara maju tapi rakyat berakhlak buruk. Kesian saya tengok anak-anak sedara saya dapat ibu bapa tak guna macam along dan kak long saya. Saya tak salahkan diorang andai suatu hari diorang jadi jahat (nauzubillahminzalik), saya salahkan ibu bapa nya yang gagal mendidik.. Saya salah kan diri saya dan keluarga saya kerana tak mampu berbuat apa2. Semoga Allah jadikan anak-anak buah saya orang yang baik dan berakhlak mulia.(korang tolong la doakan jugak, huhuhu)

Kepada along, ko tahu tak bertapa tersiksanya kitorang sekeluarga atas keputusan along yang penting diri sendiri tu? Tahu tak bertapa susahnya ibu ayah mencari duit nak support ko anak bernak? Ko tahu tak bertapa sedih nya adik-adik ko yang lain cari duit sendiri nak sambung belajar sebab ibu ayah sibuk tanggung ko anak beranak? Along… Mana tanggungjawab ko sebagai anak sulong dekat ayah ibu? Dekat adik-adik?

Maafkan saya andai tersalah kata dan tersalah ejaan( tulah dulu cikgu ajar bm dalam kelas ko gi ponteng, lepak dalam bilik guru..hahhahahaha). Dan sesetengah cerita ni pun saya ingat- ingat lupa … Btw, Ini hanyalah pandangan saya dan saya terbuka untuk terima pandangan korang jugak. Cuma jangan la guna perkataan kasar, hati saya lembut hahahahhaha… Doakan saya untuk bertemu jodoh yang baik-baik, dan menjadi ibu bapa yang baik pada masa akan datang.. Bye bye!

-strongwoman21-

– Strongwoman21

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.