Hi Assalamualaikum,
Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita pada tahun ini diterima olehNya & semoga ibadah pada tahun ini jadi ibadah yang terbaik sepanjang umur kita..Amiinn Insyaallah.
Sebelum aku mulakan cerita, aku nak minta maaf kalau ayat aku tunggang-langgang atau susah untuk faham, maklumlah dah berapa tahun tak tulis karangan, last aku tulis karangan dalam bahasa melayu rasanya masa SPM, itu pun 10 tahun sudah (tua pulak rasa..hahaha).
Ini kali pertama aku tulis confession kat sini, tak pernah terdetik pun nak buat confession kat sini, selalu jadi silent reader & makcik bawang je. Confession aku bukanlah pasal aku tapi pasal kawan aku Ivy (bukan nama sebenar). Sebelum aku start pasal Ivy ada baiknya aku ceritakan sikit pasal diri aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang normal takdelah alim sangat, tapi family aku memang menitik beratkan soal agama especially part ibadah wajib, pada kecil aku tak pernah sekolah agama, pendidikan agama aku just dari sekolah kebangsaan & sekolah menengah dan juga melalui ceramah-ceramah yang aku dengar. So aku consider ilmu agama aku sangat limited dan cukup-cukup makan untuk diri aku je.
Dipendekkan cerita, aku kenal Ivy dekat office, masa mula kenal dia, aku ingatkan dia bukan Islam, yela nama dia pun Ivy and cara dress up dia pun macam non-muslim. Tapi Ivy ni baik, dia yang tegur aku dulu, sebabkan office kitorang tak ramai melayu jadi aku jadi baik dengan Ivy (tapi tak lah jadi rapat macam kawan baik). Lagipun tak ramai yang suka Ivy sebab dia kan lain dari gaya hidup Melayu normal .
Dipendekkan cerita lagi, sebabkan kami selalu lepak sama, jadi ada lah cerita yang Ivy ceritakan kat aku, pasal life dia. Urut dada aku, life Ivy sangatlah social dan jauh terpesong dari landasan Islam dan adat Melayu.
Baru-baru ni, masa tengah lepak dengan Ivy, dia cakap kat aku “mesti BD ingt Ivy ni nk convert agama kan?” Aku terdiam, ye aku memang pernah terfikir macam tu, dari gaya hidup dia yang seolah-olah tak berbatas. Ivy sambung lagi, “sebenarnya Ivy tak pernah terfikir langsung nak tukar agama, pada Ivy, Ivy masih lagi Islam, cumanya hati Ivy tertanya-tanya betul ke semua yang kita pegang tu (Al-Quran & Hadith)? Macam mana kalau tu semua tu cerita rekaan manusia je? Macam mana yang kita boleh yakin semua tu ( Al-Quran & Hadith) betul?”
Macam yang aku cakap tadi, ilmu agama aku sangat limited untuk aku berhujah dengan Ivy yang pada aku ilmu dia lebih dari aku (cuma dia tak amalkan). Masa tu aku rasa diri aku macam tak guna sebab aku tak mampu nak pertahankan agama aku & dalam masa yang sama selamatkan kawan aku sendiri, aku hanya diam tanpa ada jawapan dari persoalan Ivy tadi.
Lillahi aku sayang kat Ivy sebagai kawan aku, punyalah baik Ivy ni kat aku dia yang tolong aku masa aku ditimpa musibah sedangkan boyfriend aku tinggalkan aku masa aku tengah jatuh. Setiap kali aku fikir pasal Ivy, mesti aku menangis. Yela, berjuta kat luar sana yang mencari-cari kebenaran & hidayah Allah, sedangkan Ivy yang lahir dalam agama Islam, yang tahu asas agama tapi seolah-olah tak dapat cahaya hidayah. Apa yang aku mampu buat setiap kali lepas solat aku akan doakan untuk Ivy, semoga Allah beri hidayah pada dia.
Kalau boleh aku nak minta pendapat dari semua pembaca, apa yang patut atau yang boleh aku buat untuk selamatkan Ivy, walaupun dari cara hidup Ivy memang macam dah tak boleh diselamatkan lagi tapi aku yakin tak ada yang mustahil & hidayah milik Allah. Harap-harap tak ada yang mengecam confession aku ni.
Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca confession aku & tinggalkan pendapat.
Dan untuk Ivy, maafkan aku sebab aku bukan kawan yang baik, jauh kat sudut hati aku, aku nak tolong kau supaya kita sama-sama boleh mengapai syurga.
-BD
– Bidadari Dunia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment