Terima kasih kalau confession ini disiarkan.
Aku seorang anak sulong tapi aku bukannya ingin ceritakan tentang diri aku, tetapi tentang adik aku, Angah, satu-satunya adik perempuan yang aku ada.
Hujung tahun 2015, ayah aku di diagnos dengan 1 penyakit kronik dan perlu berulang-alik ke hospital. Pada masa itu, keadaan kami tersangatlah susah kerana ayah aku tidak dapat bekerja dan ibu pula suri rumah. Aku ketika itu masih belajar di peringkat diploma dan adik2 aku masih lagi bersekolah. Mujurlah ketika itu aku sedang cuti semester dan dapatlah aku menguruskan adik-adik terutamanya hal2 persekolahan mereka.
Alhamdulillah setelah tamat belajar aku terus dapat iv sebagai kerani dan lulus iv tersebut. Boleh la bantu keluarga sikit2 kan.. Ayah aku pula mengambil keputusan untuk pencen kerana tidak mampu lagi untuk bekerja. Setahun lebih bekerja, aku mendapat tawaran untuk sambung belajar peringkat ijazah. Angah pula sedang menunggu keputusan STPM. Ketika itulah ayah aku membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai makan untuk support ekonomi keluarga dan meminta Angah untuk uruskan kedai tersebut memandangkan aku dapat tawaran untuk sambung belajar. Angah bersetuju sahaja. Aku berbelah bahagi, sama ada untuk batalkan hasrat aku untuk sambung belajar bantu keluarga aku uruskan kedai makan atau sambung belajar.
Akhirnya, aku memilih untuk sambung belajar atas nasihat ibu dan ayah. Berbekalkan wang simpanan dan saguhati dari bos aku, aku uruskan hal2 pengajian aku.
Tiap2 kali cuti semester, aku akan membantu Angah di kedai, Allahu.. kadang sedih aku tengok Angah, gigih dia bekerja, sepatutnya aku yg berada di tempat dia. Sejujurnya memang penat bekerja di kedai makan, tp aku suka tolong Angah kat kedai, sbb masa ni juga la aku boleh spent time dgn Angah. Adik2 aku yg lain juga selalu bantu di kedai ketika cuti sekolah. To be honest, Angah memang cekap buat kerja, lepastu dia memang peramah, tak lokek dengan senyuman, aunty uncle kedai runcit semua kenal dia. Tiap kali aku ikut dia beli barang, aku nampak kecekapan dia bajet barang untuk berniaga, semua jenis ikan, semua jenis daging, segala macam rempah dalam masakan semua dia tahu.
Kadang tu Angah luahkan juga kepenatan bekerja dan penat melayan kerenah pelanggan yang macam2 tu. Aku terdetik untuk berhenti belajar, aku bagitau ibu, ibu cakap,”kalau kakak berhenti belajar lagi la ibu dan ayah kecewa”. Aku terdiam. Aku nak berhenti sebab aku nak Angah sambung belajar. Tiap kali aku tanya Angah bila nak sambung belajar, Angah akan jawab, “nantilah kakak, malas lagi nak sambung”. Itu saja ayat dia. Aku tahu dia nak sambung belajar sebab dia selalu bercerita tentang kawan dia belajar di uni ni uni tu. Aku tahu, dia tangguh hasrat dia sebab keluarga.
Angah juga la yg selalu ulang alik bawa ayah ke hospital. Angah juga la yang bawa ibu dan ayah kemana-mana ketika aku tiada di rumah. Angah jugalah yang hantarkan adik2 ke asrama. Angah juga la yang hantar aku ke stesen bas bila aku nak balik ke kampus dan dia jugalah yang ambil aku di stesen bas bila aku pulang ke rumah.
Alhamdulillah.. keadaan ekonomi keluarga semakin baik dan aku juga akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Keadaan kedai juga semakin baik. Aku tak sabar nak habis belajar dan aku akan pastikan Angah akan sambung belajar juga. Aku nak adik2 aku semua sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pengorbananmu sungguh besar Angah, kakak sayang Angah sangat2. Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin kongsikan tentang Angah, mungkin di lain waktu.
Angah, maafkan kakak kerana kakak tak dapat sentiasa bersama dengan Angah.
Doakan agar Angah akan dapat capai cita2 beliau dan doakan yg baik2 untuk Angah.
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment