Salam. Aku sebenarnya banyak kali fikir nak confess disini atau tidak. Tapi sebab dari page ni aku banyak dapat kekuatan/motivasi hidup (baik dari penulis mahupun orang yang komen) ,aku rasa sini yang terbaik untuk aku confess kisah aku. Aku harap korang sudi tinggalkan nasihat, sokongan yang positif dan membina. Hidup ni bukan untuk bersainag tahap kecaman siapa paling kejam kan?
Aku nak confess kisah Mak aku. Sebenarnya dah lama aku nak share kisah ni. Tapi aku juga tak mahu nak aibkan dia. Sebab dia mak aku. Tapi sekarang atas beberapa sebab dan aku rasa mak aku macam makin melampau je, aku betul2 sedih dan down. Harap sesapa ada kisah lebih kejam sudi share macam mana korang urus kehidupan berhadapan dengan mak macam tu dan boleh kuat terima takdir.
Kisah hidup aku ni bermula bila mak aku kena kawin paksa. Dia kawin dalam umur 21/22 macam tu lah. Saat kawan2 dia semua masuk U, dia kena paksa kawin. Alasan Atok aku masa tu pulak sebab anak “perempuan ni bukan boleh bela parents pun, kena ikut suami, so tak payah belajar tinggi2” . Kira mak aku ni dia banyak dendam dengan kisah hidup dia apa yg aku nampak. Dari tak dapat belajar dan kerja bagus macam kawan2 dia harini, kena pulak kawin paksa dengan lelaki pilihan keluarga. Drama jadi tragis lagi bila dia termengandungkan aku di awal perkahwinan. Aku pernah dengar sendiri dari mulut dia, dia cerita dekat mak sedara aku yang dia dulu tak mau mengandung sebab baru kawen lagi, macam2 dia makan untuk gugurkan kandungan (aku) , tapi Allah izin aku hidup jugak sampai harini. Keluar pulak aku , Allah uji dia aku kena sawan tangis, tapi masa tu tahun 90’an takda sapa tahu bab sawan tangis, yang mak aku duk sebut sampai sekarang (tahun 2018 ni) ,aku masa baby dulu “taik teriak, taik melalak” tu lah cerita yang dia sentiasa canang bila jumpa baby sesapa. Dengan ayat, baby dia yg taik teriak dulu adalah baby paling teruk di dunia. Tak payah bagitau lah kalau takat kata menyesal tak buang aku baby dulu apa semua. Tu biasa ja sampai sekarang ni dengar. Aku pernah dengar ceramah, penceramah tu cakap “kalau mak ni macam tak rela mengandung, duk cuba gugurkan, memang mak akan benci anak tu”..
Bila aku makin dewasa, apa aku perasan Mak aku ni makin benci aku. Tahap benci dia kadang aku rasa geram jugak. Selalu mengaibkan aku depan2 orang. Aku di sebelah macam nak menangis habis. Macam2 lah keaiban aku Mak aku selalu canang dekat orang, dia macam nak buat orang lain benci aku jugak. Pernah dulu, (benda ni aku ingat giler), ayah aku nak bawa aku pegi umrah (sponser aku ikut mak sedara aku) , masa tu mak aku pun tak pernah pegi lagi. Aku tahu dia lagi benci aku masa tu, sebab ayah aku pun tak pernah pegi tiba2 nak bayar kos untuk aku. Lepas ja ayah aku bayar, Mak aku ni tak henti2 maki aku hari2. Tak boleh salah sikit, maki berapi. Kalau lewat solat, terlepas subuh ke maki double berapi. “solat pun tak jaga, mana la hang layak p umrah !!” . Ni ayat aku tapis. Ayat berapi sampai menitik air mata aku tak sanggup nak tulis. At the end, aku mohon pada Allah, tak pelah aku tak nak pegi Umrah. alhamdulillah. Ada masalah macam mana ntah aku tak jadi pergi dan mulut mak aku makin menyakit jugak, mengata aku sebab aku teruk, hati busuk sebab tu Allah tak jemput aku. Serius, sepanjang mak aku duk maki aku selama 20 tahun lebih ni aku banyak diam. Seingat aku berapa kali ja aku melawan tu pun sebab time hormon tak stabil, tak dapat kawal diri sangat. Senang cakap aku tension sangat dengan mulut mak aku.
Tak cukup aib aku, aib mak2 sedara lain pun dia canang jugak. Selalu duk bagitau adik beradik kami, maklong tu bla bla, maklang tu bla bla, kiranya semua benda berkaitan family ayah aku, dari arwah nenek dan atok sampai mak2 sedara dia selalu cerita dekat kami yang negatif dan buruk. Aku kadang sampai jadi benci mak2 sedara aku. Sekarang bila mak aku makin benci aku (makin aku dewasa makin dia benci), aku baru sedar, mak aku ni jenis kaki sebar aib orang. Jenis manusia negatif, jenis orang takda motivasi. Jenis kaki kecam. Sebab aku pun perasan life dia bukan jenis membaca something yang ilmiah. Solat pun takdelah jaga mana, bukan jenis awal waktu, tapi takdelah tinggal solat. Pendekkan. Mak aku memang jenis macam tu, suka buat aku benci orang lain, buat orang benci aku dan dia benci aku.
Mesti ada yang tanya, macam mana adik beradik lain. Yang 2 sampai 6 semua OK. Dia tak pernah maki2 depa macam aku kena. Anak2 lain keluar dating dia OK je bagi, aku ni kalau cakap dengan lelaki nak tau tak dia maki apa? Kalau gedik gatal tu biasa je. Siap kata dekat aku “dah kebulor K**E jantan dah ka?”. Ya Tuhan. Aku memang betul2 down dengan nasib aku ada Mak macam ni. Sedih sungguh dengan persepsi negatif dia pada aku. Dari kecil sampai sekarang.
Aku dulu dari zaman sekolah, study hard nak dapat result bagus. Konon macam kawan2 lah, prinsip dapat result baik nak bagi Mak Ayah bangga. Lepastu ada sepupu aku ni balik Kg duk cerita dekat mak aku di asrama aku ni pulun sungguh study. Mesti result bagus. Haha. Mak aku takdanya nak positif, siap cakap aku ni mana pernah cemerlang. Belajar lah pulun macam mana pun. Duk bodo bengap situ lah. Jadi kisah Allah uji SPM aku 5a ja dari 10 subj. Masa tu aku rasa dunia ni nak kiamat bila mak aku duk maki aku bodoh. Dia malu dengan aku. Bodoh. Then, aku dapat masuk Uitm, sekali lagi dia malu, sebab masuk U orang2 bodo je Uitm tu (aku tak faham kenapa banyak org cakap macam ni dekat Uitm). Siap malu lagi dengan masyarakat sebab uitm tu U yang teruk. Masalah sosial teruk. Emm. Zaman dari diploma sampai degree aku struggle, zaman ni Allah ibarat bagi balik penat lelah belajar zaman skolah. Aku merasa dean list, 1st class dan 4flat. Konon awal2 dapat dekan, excited tunjuk dekat Mak Ayah result, last2 kena kecam, macam ni pun nak bangga?. Kadang aku betul2 jeles dengan kawan2 yang cemerlang mak ayah say “tahniah”. Huhu. Start dari tu aku memang sepi dari keluarga bab dunia belajar. Aku memang dah stop berharap bab impian nak belajar tinggi untuk banggakan Mak Ayah. Aku betul2 tekad aku belajar sampai phD sekalipun untuk diri aku. Ubah hidup aku. Bukan untuk orang lain.
Episod Mak aku mulut puaka ni tak habis lagi sampai tahun 2018, sampai aku dah kawin sekarang ni pun tak habis lagi. Kadang dia mengaibkan aku depan suami aku, pernah jugak dia duk canang benda tak elok bab suami aku dekat aku (sampai pernah aku jadi benci suami aku sebab Mak aku kata suami aku ni tengok cara dia jenis kaki kikis, dia kata suami aku ni nak kikis lah duit duit, duit ayah aku), duk negatifkan aku nanti suami aku suka orang lain, suami aku tinggal aku, (aku tak faham kenapa lah dia nak kami macam cerai berai, walhal aku pilih suami dulu bukan seseorang yg dia tak suka) burukkan mak mentua, bapak mentua, ipar duai aku. Sekarang bila aku muhasabah balik, aku banyak terpengaruh dengan mulut Mak aku. Walhal dulu aku elok ja takda nak prasangka dekat mak mentua ke, suami ke, mak sedara ke apa.
Aku nak ringkaskan lagi, bila aku sedar, betul2 sedar siapa aku di mata Mak aku, apa mak aku buat dekat aku dari aku kecik sampai harini, sikap pilih kasih dia, tahap benci dia, hobi mengaibkan aku, melagakan aku untuk benci orang lain, memburukkan orang lain, tak pernah nak ada sikap positif — aku decide untuk ubah hidup aku. Aku tak boleh terus2 berada dalam kehidupan macam ni. Aku nak hidup yang positif, hidup yang penuh kasih sayang dan cinta. Hidup yang bahagia.
Start dari tu aku letakkan jarak dalam hubungan keluarga. Aku jarang attend majlis2 kekeluargaan aku (sebab kalau aku takda aku perasan semua lagi happy, mak aku pun kurang dosa maki2 aku bila nampak muka aku) , aku jarang balik ziarah mahupun call. Kalau call pun macam tak da motif nak cakap. Bukan jenis sweet2 mak aku call tanya khabar ke apa. Tu namanya buang tebiat ! Pernah jugak call, di cerita benda mengutuk orang je, tu aku dah malas. Sebab aku nak bina hidup positif, takda nak dengar kutuk2 sesapa ke apa. Kiranya lepas aku decide jarang balik kampung, aku memang hidup aman ja, aku slow2 bina hidup positif dan termotivasi. So bila jumpa kena maki tu aku boleh sabar, sebab aku fikir bukan selalu jumpa. Tapi tu lah, di makinya aku pulak dah lupa mak bapak, anak derhaka, tak ampunkan lah bla bla. Tension weihhhhh.
Senang cakap aku sekarang dah mati kutu. Haha. Orang kata nak ambil hati orang tua selalu bagi duit, aku ni yang kerja kais pagi makan lagi hulur jugak duit, beli itu ini jugak tapi tak berubah pun. Siap dengan pakej mencanang merata aku ni lah manusia paling kedekut, kalau aku belanja orang esok kiamat lah apa lah.huhuhu
Jadi harini bila aku cuba jugak confess aku rasa tenang sikit. Dapat luah apa terbuku selama 26 tahun ni. Dengan suami aku pun aku tak pernah cerita macam mana mak aku, aku diam ja walaupun kadang suami aku tengok live mak aku maki aku ke apa. Aku betul2 diam tak mau komen apa bab mak aku dengan orang yg kenal mak aku. Sebab aku rasa bila aku kata negatif jugak bab Mak aku mesti orang akan lagi benci aku. Hidup aku betul2 fobia dengan apa mak aku buat. Aku dah macam takda keyakinan diri. Aku jadi takut orang benci dan aku rasa macam semua manusia sekeliling aku benci aku. Aku jadi takut nak buat salah. Jadi takut nak berkawan.
Aku harap sesapa sudi baca confess aku, bagilah nasihat membina. Jangan lah cakap suruh aku face to face tanya mak aku kenapa benci aku ke apa. Aku takkan buat. Sebab benda tu lagi keruhkan keadaan dan aku ni jenis mudah jatuh air mata, aku takda kekuatan macam tu. Aku lebih rela diam dan doa je lah. Aku kenal mak aku, dia bukan jenis sweet, romantik. Aku sakit dulu pun dia biar je. Dalam aku duk sakit pun dia siap maki hamun lagi. Aku betul2 rasa macam ujian aku bab kekeluargaan ni berat sungguh. Aku mohon nasihat yang positif nak hadapi Mak2 mulut puaka nih, dan aku nak tanya salah ke kalau aku jarang balik, jarang join aktiviti kekeluargaan (family day) sebab aku nak jaga hati aku? Orang macam aku ni boleh berjaya tak dalam hidup bila ada mak macam ni?
-hana
– Hana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment