Sunday, 6 May 2018

“Bolehkan Kalau Abah Bahagia Kejap?”

PengakuanKu

hello

Terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan aku ni.

Korang biasa dengar kan perceraian suami isteri, anak-anak akan jadi mangsa?
Tapi dalam kes aku ni lain yang berlaku.

Mama dan abah berkahwin atas dasar cinta. Kitorang hidup bahagia je. Sampailah umur aku 12 tahun macam tu, tiba-tiba mama datang kat aku dan bagitahu yang
mama dan abah tak tinggal sama lagi. Aku ni anak sulung, baru darjah 6 masa tu. Mana la aku faham maksud ‘tak tinggal sama lagi’ tu.

Proses kat mahkamah memang kami tak amik tahu. Memandangkan mama dan abah berpisah cara baik, maka hak penjagaan kami 3 beradik bergilir-gilir.
Beberapa bulan lepas mama dan abah berpisah, mama kahwin lain.

Masa tu aku sangat pelik. Kenapa cepat sangat mama kahwin lain? Tapi aku tak tergamak nak tanya. Dalam hati aku, abah yang salah. Setiap perceraian puncanya adalah lelaki. Mama ada hak untuk bahagia dan tak kisah la cepat sangat mama kahwin lain.

Bermula hari tu, tinggallah kami dengan ayah tiri. Orangnya ok je. Langsung tak masuk campur hal kami 3 beradik. Daripada cerita mama, suami baru dia tu, duda tak de anak. Kawan mama zaman universiti dulu.

Abah pulak maintain single. Abah kerja cikgu. Hidup dia busy dengan hal sekolah dan aktiviti luar.

Sampailah 4 tahun kemudian, abah bagitahu kami, abah nak kahwin lagi. Aku terkejut. Aku ingatkan abah masih sayangkan mama. Sebab tu abah tak kahwin lagi.
Rupanya aku silap.

Abah bawak perempuan tu jumpa kami untuk berkenalan. Orangnya cantik. Muda lagi. Lagi cantik dari mama.

Aku tak happy. Aku jadi sangat marah. Nampak sangat abah gatal tak sedar diri. Masa tu umur abah dah 40 tahun. Perempuan tu mungkin awal 30-an. Entah malas aku nak amik tahu.

Start dari tu, aku buat perangai. Aku memberontak. Aku nak mama dan abah bersatu semula.

Aku tak pergi sekolah. walaupun mama hantar sampai pagar, bila mama gerak, aku keluar dari pagar. Aku betul-betul buat perangai.
Sampailah abah dan mama kena panggil dengan cikgu disiplin. Abah sangat malu sebab cikgu disiplin tu kawan dia.

Abah cuba slow talk dengan aku. Tanya punca kenapa aku jadi macam ni. Aku pun terus terang dengan dia yang aku tak suka abah kahwin lain.
Aku nak abah bersatu semula dengan mama.

Abah terkedu dengan permintaan aku. Aku janji, kalau mama dan abah kahwin semula, aku akan jadi anak yang baik.

Abah ikut permintaan aku. Masa tu memang hubungan mama dan ayah tiri aku bermasalah. Rupanya dia bukan duda, tapi suami orang. Bila dapat tahu tu,
mama terus minta cerai.

Maka, abah pun kahwin dengan mama. Aku sangat happy. Aku memang berubah jadi pelajar yang baik.

Sampailah aku lepas SPM. Abah ajak keluar katanya nak belanja aku makan. Aku pun seronok la pergi makan dengan abah.

Abah pun mulakan bicara. Abah cakap, aku dah habis SPM dan sepatutnya dah dewasa dan matang untuk berfikir. Dan abah minta aku jadi seorang dewasa yang berfikiran terbuka. Masa tu aku macam pelik dengar abah cakap.

Abah bagitahu yang selama ni, hubungan dia dan mama hanyalah untuk aku. Abah dah tak cintakan mama lagi. Abah cakap, masa dia cerai dengan mama dulu, sebab mama yang minta.
Mama jatuh cinta dengan ex-boyfriend zaman belajar dia (ayah tiri tu la). Mama buat perangai. Mama dan abah selalu bergaduh cuma kami yang tak tahu.

Abah lepaskan mama sebab itu yang mama nak. Sebab tu mama cepat sangat kahwin baru.

Tujuan abah cerita tu, sebab dia nak kahwin dengan perempuan yang dia kenalkan dengan kitorang dulu. Abah minta perempuan tu tunggu dia sampai aku habis SPM.
Dan perempuan tu tunggu. Masa tu aku memang marah gila. dasar perempuan gatal nak tunggu suami orang.

Yang buat aku lagi sakit hati, adik-adik aku baik dengan perempuan tu. Entah bila la abah bawak diorang jumpa perempuan tu. Adik aku siap panggil perempuan tu IBU! issshhh aku memang benci gila kat dia! Yang adik-adik aku pun kemain lagi.

Aku cakap dengan abah, aku tak setuju dia kahwin dengan perempuan tu. Lagipun takkan abah nak poligami? Sebab masa tu abah dan mama masih suami isteri. Rupanya aku silap. Mama dan abah bertahan 6 bulan je lepas nikah semula.

Abah memang dah tak de hati dengan mama sebab terkesan dengan perbuatan mama yang curang dengan abah. Abah betul-betul kecewa. Mama dan abah memang ada rumah asing. Sebab tempat kerja jauh. Selalu jugak abah tido rumah dia. Sebab tu aku tak pelik kalau abah tak tido sebilik dengan mama. Patutlah selama ni kalau kami keluar hujung minggu, abah tak jalan dengan mama. Abah pegang tangan adik-adik. Aku yang jalan dengan mama. Bodohnya aku tak nampak semua tu.

Akhirnya abah kahwin juga dengan perempuan pilihan dia. Aku langsung tak happy. Aku langsung tak salam perempuan tu. Amik gambar sama-sama pun aku tak nak. Aku betul-betul kecewa.

Tapi, abah jadi seorang yang berbeza. Kalau dulu, abah selalu nampak tertekan. Sekarang memang abah sentiasa ceria. Aku nampak cara abah pandang perempuan tu. Pandangan penuh rasa cinta. Itu lagi buat aku sakit hati.

Abah nampak aku memberontak. Abah datang jumpa aku dan cakap “Kakak, abah korbankan perasaan abah untuk tengok kakak bahagia. Masa tu kakak belum matang dan takkan faham situasi abah. Sekarang kakak dah cukup dewasa untuk faham apa yang berlaku. Boleh kan kalau bagi abah bahagia sekejap?”

Masa tu aku menangis. Aku betul-betul pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf kat abah. Tapi, hati aku masih belum boleh terima perempuan tu.

Untuk anak-anak yang menjadi mangsa penceraian, janganlah kita main menuduh ibu atau ayah kita. Ada perkara yang memang tak boleh dikongsi dengan anak-anak. Jangan jadi macam aku yang buat perangai memberontak. Kesian mak ayah kita. Walaupun mak ayah kita bukan suami isteri lagi, tapi mereka masih ibu ayah kandung kita. Jodoh mereka hanya setakat itu. Tapi, jodoh dengan anak-anak sampai bila-bila.

– Si Kakak.

– Si Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.