Hi Rapeah, aku sebenarnya nak tulis ni di ruangan komen je, tapi aku ni jenis pemalu dan reply ni panjang, terpaksa la aku buat confession hihi.
Aku ada baca confession kau tentang bau badan dan mulut (https://www.facebook.com/
Aku perempuan, kurus, tak naik motor ke tempat kerja, dan pernah ada masalah bau badan macam kau. Jadi aku ada sedikit perkongsian tentang macam mana aku atasi bau badan ni. (Disclaimer: Ini bukan nasihat professional, sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengalaman sendiri).
Bau mulut dah tak pernah sejak tak ada gigi rosak, agaknya lah, setakat ni tak ada orang yang bagi hint tentang bau mulut aku. Kalau berbau, adik aku lah orang yang akan berterus terang tanpa berlapik kat aku haha. Sekadar cadangan, cuba kurangkan minum air berperisa, banyakkan minum air kosong, pilih makanan yang segar, elak processed food dan rokok, dan cuba gosok gigi dan lidah 3 kali sehari (bangun tidur, lepas lunch, sebelum tidur).
Tentang kaki yang kuat berpeluh tu aku tak pernah alami tapi aku fikir mungkin kau boleh cuba pilih kasut yang senang kau lap sekali sekala dan jemur supaya kasut tak cepat berbau.
Ok berbalik kepada bau badan, cara yang aku buat adalah:
1. Berhenti pakai deodorant.
Yes. You read that correctly. Dulu aku pun macam kebanyakan orang yang percaya deodorant boleh mencegah bau badan. Hell no. Deodorant lah antara punca bau badan aku (orang lain mungkin berbeza pendapat). Bila aku pakai deodorant dan kemudian berpeluh, bau deodorant+peluh tu melekat pada pakaian aku dan ketiak. Memang susah nak hilang sebab deodorant ni likat. Jadi bila aku berpeluh lagi lain kali, bau yang dah melekat pada pakaian tu akan ‘hidup’ semula dan bertambah pula dengan deodorant+peluh yang baru. Boleh bayangkan macam mana keadaannya lepas berkali-kali kau pakai bra dan baju tu? haaa. Aku tak jumpa cara untuk hilangkan bau dekat pakaian macam ni jadi aku ambil keputusan untuk start anew macam dalam point #2. Sekarang aku pakai tawas/crystal salt untuk elakkan bakteria cepat membiak dan seterusnya hasilkan bau badan. Peluh tu masih ada tapi sangat kurang berbau.
2. Ganti pakaian dalam dan baju yang dah berbau dengan yang baru.
Minta maaf mungkin idea ni costly sedikit, tapi bagi aku pakaian yang dah berbau macam ni adalah penyebab terbesar kepada bau badan yang keluar bila kau berpeluh.
Invest lah sedikit wang untuk kesejahteraan diri sendiri, tapi bukan membazir. Prinsip aku, jangan beli baju terlalu mahal dan pilih kualiti berbanding kuantiti. Kalau boleh pilih fabrik macam rayon atau linen dan design yang longgar supaya peluh dan bau tak mudah melekat. Contoh: fabrik jenama Uniqlo. (Selalunya aku beli waktu mark down/clearance). Aku tak ada banyak baju, baju kerja tu rasanya memang cukup ulang seminggu lebih paling lama. Tapi aku suka apa yang aku ada.
Dan aku fikir, pakaian ni suatu hari nanti kena barganti juga, sebab akan berbau, pudar warna, rosak, bertukar cita rasa etc. Aku percaya tak ada pakaian yang dicipta untuk last forever. Dan, jaga lah pakaian kau sebaik mungkin, tapi jangan ada rasa sayang untuk let go bila sampai waktunya.
3. Sediakan pakaian khas (bra included) untuk beriadah.
Jangan pakai set ini untuk ke tempat lain. Pakaian ni memang tak boleh elak akan berbau juga akhirnya sebab terdedah dengan peluh yang banyak. Lepas beriadah, cepat-cepat rendam atau basuh. Kalau boleh, jangan biarkan baju tu mengering bersama peluh. And sama juga macam point #2, bila kau rasa bau dekat set pakaian ni dah tak boleh blah walaupun lepas di cuci sehabis baik, ganti lah dengan yang baru. Tak ada pakaian yang dicipta untuk kekal selamanya. :)
4. Pilih perfume yang berbau lembut dan jangan pakai terlalu banyak.
Rasanya kau pun faham kan macam mana bau menusuk bila perfume bercampur dengan hangit bau badan? Oh tuhan.
5. Minum air masak secukupnya.
Rata-rata yang aku baca recommend 1 liter sehari untuk setiap 25kg berat badan. Aku biasanya cuba habiskan 2 liter air masak tidak berperisa sehari tapi ada waktu tekak tu memang haus memanjang dan perlu lebih daripada tu, so aku ikut juga keperluan semasa badan. Minum air masak ni membantu buah pinggang kita flush out toksin dari dalam badan melalui kencing. Kalau tidak, terpaksa lah toksin tu duduk dalam badan dan mempengaruhi biochemistry dalam badan kita dan sererusnya mengakibatkan bau badan. Hehe aku bukan pakar tapi inilah yang aku faham dari sedikit pembacaan. Netizen boleh tolong betulkan kalau salah. Thanks.
6. Jaga pemakanan.
Kita memang naturally ada bau badan tersendiri tapi pemakanan pun boleh mempengaruhi. Kalau banyak makan spices macam halba dan bawang memang akan buat bau peluh lebih tengik. Selain tu, macam nasihat aku untuk masalah bau mulut tadi, pilihkah makanan yang segar dan sihat.
7. Sental/scrub badan.
Dengan loofah/shower puff/kain pun boleh, asalkan boleh exfoliate sikit-sikit. Yang ni teori aku sendiri, aku rasa bila dead skin cells tu build up dekat permukaan kulit kita, lebih mudah bakteria membiak dan seterusnya membentuk bau badan bila kita berpeluh. Aku rasa lebih ‘bersih’, ringan dan kulit lebih licin lepas scrub badan dengan loofah (boleh beli kat farmasi, aku pilih loofah sebab lebih mesra alam).
Alhamdulillah sekarang aku dah tak ada bau badan yang ketara kecuali waktu berpeluh yang lebat. Pada aku itu normal, semua manusia ada bau tersendiri bila berpeluh.
Waktu aku sedar tentang logik mengelakkan bau badan ni, aku seolah terkilan sebab tak ada orang tunjuk ajar aku lebih awal. Nak masuk umur 30an baru aku faham perkara ni. Jadi aku harap apa yang aku kongsi ni dapat membantu kau serba sedikit. Semoga kau tak perlu berdepan dengan masalah macam ni lama-lama.
Akhir kata, aku doakan semoga masalah bau-bauan kau ni selesai dan semoga kau dapat beli kereta dengan segera untuk kurangkan risiko berpeluh.
– Meow~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment