Thursday, 10 May 2018

Roommate Aku Gay

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks admin kalau entri aku ni disiarkan.

Hari tu, aku ada terbaca confession tentang ‘ Gay boleh ke masuk syurga? ‘. Disebabkan confession tu, aku teringat dekat roomate aku dulu. Dan ya, dia gay.

Penampilan dia macam lelaki biasa. Sama macam aku. Sama macam kau. Sama macam semua lelaki. Rambut tutup dahi, specky dan putih (dia ada keturunan cina).

Macam mana aku tahu dia gay?

Malam tu, kami borak kosong dalam keadaan gelap sebab niatnya memang dah nak tidur, tapi entah, tiba-tiba dia ajak borak. Jadi, aku akur. Plus, aku pun waktu tu takdelah mengantuk mana.

Kami borak pasal semua benda. Mula dari favourite menu dekat cafe, pasal kucing yang selalu datang bilik kiteorang, pasal macam mana nak nampak cool (memang aku budak nerd dan desperate ) dan macam-macam lagi. Sampailah satu topik. Topik yang kiteorang jarang bukak. TAK PERNAH bukak pun sebenarnya. Topik perempuan. Aku tanya dia

” semua orang dah cop perempuan yang diaorang nak. Kau takde nak cop mana-mana perempuan ke kat fakulti kita ni? ”

Tiba-tiba dia diam. Lama jugak. Sampailah aku dengar macam dia tersendu. Tersendu macam menangis.

Haa! Dan bermulalah sesi confession yang sebenar!

” Zim, aku sebenarnya takde rasa apa-apa pun dekat perempuan. ”

Waktu tu dahi aku dah berkerut.

” Tolong aku zim. Aku rasa aku gay. ”

Kalau ikutkan hati aku waktu tu, memang aku nak heret dia keluar dari bilik. Nak melawak tak kena waktu.

Tapi lepas tu, aku terus teringat apa yang dia buat setiap malam.

Aku teringat yang dia bangun dari tidur. Keluar bilik. Bila sampai bilik, aku dengar dia hampar sejadah. Dia solat. Lepas solat dia berdoa. Aku tahu, waktu dia berdoa dia menangis. Menangis yang bersungguh. Kadang-kadang bila aku solat subuh guna sejadah yang sama, rasa basah dekat bahagian sujud. Aku dengar dia merintih. Dia minta ampun dekat Tuhan. Tapi aku tak pernah tahu dia doa apa. Masa dia berdoa pun, dia seolah-olah berbisik.

Aku teringat yang bila aku balik kelas, aku selalu nampak dia duduk bersila atas katil sambil baca surah Al-hijr (dalam surah tu ada cerita pasal kaum nabi luth) dengan terjemahannya sekali. Pernah sekali, aku masuk bilik dan dia tengah baca Qur’an. Tapi lepas aku masuk je, dia terus keluar bawak Quran tu sekali. Aku panggil dia, kira nak tanya la kenapa pulak keluar. Mengaji je la dalam bilik, bukannya aku marah. Tapi lepas tu dia jawab ” oh aku lupa, aku ada kerja sekejap! ” . Aku tak puas hati, aku pun ikut dia senyap-senyap dari belakang. Last-last dia pergi duduk dekat bangku tepi blok kediaman kiteorang. Dia duduk termenung sorang-sorang.

Jadi malam tu. Waktu tu. Ketika itu. Saat tu. Aku faham. Selama ni mesti dia rasa berdosa. Rasa bersalah dengan perasaan yang dia ada. Rasa tak layak masuk syurga. Rasa keliru dengan ketentuan Tuhan. Rasa seksa menahan syahwat pada lelaki. Rasa takut, tak mahu berkelompok dengan kaum yang dilaknat.

Aku termenung. Aku tak jawab. Aku tak tahu apa yang aku perlu jawab dan apa yang aku patut buat.

Apa yang aku aku mampu cakap dekat dia pada malam tu, dalam keadaan hujan renyai-renyai dan dalam keadaan bilik yang tak berlampu.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan kata..

” Afiq, aku sayang kau kerana Allah. Aku percaya Dia terima apa yang kau buat selama ni. Kau kena kuat fiq…. ”

Buat mereka yang punya kecelaruan yang sama, aku, dia dan semua orang akan bantu kau. Jangan berhenti melawan. Moga Allah perkenan rayu kau selama ni.

Moga segala jerih kau sekarang ni, dibalas kembali dalam syurga nanti.

– X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.