Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan cerita aku “Darjat Menjaga Anak Yatim”. Dan ada yg request tanya pasal keluarga sebelah arwah abah aku. Mereka terdiri daripada 8 org lelaki, dan seorang saja perempuan. Aku pun tak pasti apa jadi dekat mereka, tapi yg aku tahu, daripada 9 beradik, sekarang cuma tinggal 4 beradik saja. Yg lain semua dah meninggal dunia sebab penyakit. Yg perempuan tu tak kahwin sampai sekarang. Andartu maksud kata lainnyanya. Frankly speaking, aku tak tahu nak cerita apa pasal mereka, sebab kami memang total lost contact. Yg bercerita pasal meninggal dunia tu pun, ex jiran aku yg call bertanya khabar dekat mak aku. Dan mak aku tak suka membawang, so kalau jiran call, memang tanya khabar jela. Tak lebih dari tu. Kalau aku nak cerita pasal mereka, aku kena ubah tajuk jadi “Balasan Makan Harta Anak Yatim” hehe.
Mengenai Paklong dan Maklong aku, mereka bukan wakil rakyat. Maklong aku cikgu. Dari jadi cikgu biasa, sekarang dah naik pangkat jadi Penolong Kanan. Paklong aku pula, orang kampung panggil raja tanah haha sebab beliau kerja bahagian tu. Time raya, Paklong aku selalu cakap takmau cuti lama-lama. Sebab ramai orang balik kampung time raya saja, time itulah mereka nak urus semua masalah tanah dekat pejabat tanah. So kalau pegawai cuti, siapa nak sign dokumen-dokumen tu semua? Kalau tak sign, macamana masalah tanah nak settle? Oleh sebab itulah, Paklong aku jarang cuti raya lama-lama. Paklong aku kerja dekat daerah lain. Bukan daerah kampung aku. Tapi kadang-kadang, orang kampung aku pun datang rumah Paklong aku tanya mengenai masalah tanah. Ambil advice kata orang. Sebab tu orang kampung sayang sangat kat Paklong aku, sebab beliau memang suka tolong orang.
Untuk pengetahuan semua, aku pernah menunaikan umrah pada usia 24 tahun. Ya, aku pergi dengan Paklong dan Maklong aku. Mereka yang ajak. Mereka sponser semua. Allah, betapa dasyatnya rezeki mereka. Aku ingat lagi, aku sambung Degree dekat Dungun. Bayangkanlah, Kedah ke Dungun berapa jam baru nak sampai. Paklong and Maklong aku yang hantar aku register. Mereka drive pergi dan balik, sanggup ambil cuti sebab nak hantar aku belajar. Padahal mereka busy. Time aku convo tak payah cakap la, mereka pi sampai dua buah kereta, Paklong aku bawak dari nenek aku sampaila mak saudara yg lain, semua ikut. Punyala nak meraikan harj bersejarah aku. Time adik aku pun sama, mereka yang hantar adik aku sambung mengaji dekat kolej swasta, yuran semua mereka yang tanggung. Siap tolong belikan motor untuk adik aku ulang alik ke kelas. Mereka sangat pandai urus kewangan. Aku pun belajar dari mereka. Macamana nak menyimpan di usia muda macam aku. Semua mereka ajar. ASB tu sangat membantu kita sebenarnya. Tapi bila dah makan tahun, duit dalam ASB dah beranak, jangan lupa keluarkan zakat. Tu pesan Paklong aku. Jangan ingat semua tu duit kita. Dalam duit kita, ada hak orang lain. So, beringatlah.
Mak aku bukannya tak segan dengan Paklong aku. Pernah suatu hari, mak aku cakap nak keluarkan simpanan dia, nak bagi Paklong aku sebab yela abang dia tu dah banyak sangat bantu kami. Tapi Paklong aku marah. Beliau cakap “Hang simpanla duit tu, nanti kalau aku mati, aku boleh mati dengan tenang sebab hampa dah ada simpanan elok”. Mak aku menangis terharu yakmat. Sebab tu kalau anak-anak Paklong aku demam, mak aku yang kalut. Tuam kepala la, masak bubur la, bagi makan ubat la, semua mak aku buat. Anak-anak Paklong aku pun walau belajar jauh-jauh, sebulan sekali mesti call mak aku tanya khabar. Alhamdulillah, walau kami tak mampu balas dengan duit, at least kami balas dengan kasih sayang. Tahun depan aku bakal mendirikan rumah tangga. Itupun Paklong aku yang kalut atur itu atur ini. Bulan lepas beliau dah transfer duit kenduri RM20k dekat aku utk prepare kenduri. Maka nikmat Tuhan yang mana mahu kamu dustakan? Sampai aku nak kahwin pun beliau ambil tahu. Sebelum beliau setuju nak bagi aku kahwin, beliau tanya dulu “Boyfriend kakak pernah jerkah kakak dak?” Itulah Paklong aku, betapa dia sayang dekat kami, sampai macam tu sekali dia jaga kami. Beliau takmau orang sakiti anak-anaknya.
Aku 5 beradik – 4 perempuan, sorang lelaki. Yg lelaki tu la banyak tolong Paklong aku. Dia banyak tolong Paklong aku uruskan kebun-kebun, pokok getah, uruskan kereta, rumah, and ubat-ubat Paklong aku. Kami tak mampu nak balas segala kebaikan Paklong dan Maklong aku, hanya Allah yg dapat membalas, tapi kami tetap akan menyenangkan mereka, in shaa Allah. Kami takkan lupa segala jasa dan pengorbanan mereka. Jika mahu aku senaraikan satu-satu kebaikan Paklong dan Maklong aku, satu lembaran ini tidak cukup untuk aku tulis semuanya. Ini confession aku yang terakhir. Jadi jangan cepat berputus asa atas dugaan yg Tuhan berikan. Akan ada orang yg Allah utuskan untuk membantu kita bangkit. Buatlah kebaikan di dunia, kerana di akhirat pelbagai ganjaran yg menunggu kita. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan Paklong, Maklong dan keluarga aku, semoga doa kalian melantun kepada kalian juga.
– Ilya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment