Tuesday, 29 May 2018

Jangan Campur Hal Rumahtangga Orang

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada admin sekiranya kisah aku ini disiarkan. Dan maaf jika kisah ini agak panjang. Sedikit intro, aku berasal dari Kelantan dan sudah berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Jawa bernama A selama hampir 10 tahun. InsyaAllah 23 Julai akan genaplah 10 tahun pernikahan kami. Kami dikurniakan 2 orang cahayamata yang berumur 9 dan 7 tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka setelah diperkenalkan oleh kenalan ibuku. Awal perkahwinan kami tinggal di Puchong, selama 6 bulan. Setelah itu suami disuruh pulang ke kampungnya untuk bekerja dengan bapanya. Aku tidak pernah bersetuju untuk duduk serumah dengan ipar duai dan keluarga mertua yang sudah tentunya sangat tidak selesa dalam keadaan aku sendiri yang mengandung. Untuk pengetahuan pembaca, suami saya adalah anak yang menjadi kesayangan keluarga.

Ditakdirkan aku berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa setelah berpindah dan tinggal serumah bersama keluarga suami. Dan untuk pengetahuan, suami aku tak pernah dibayar gajipun selama bekerja dengan bapanya. Sehingga waktu aku sudah sarat mengandungpun, tiada persiapan dibuat, hinggalah abah aku yang menghulurkan duit untuk perbelanjaan persiapan kelahiran bayi sulung kami. Bapa mertua aku hanya membayar ansuran kereta suami saja tiap-tiap bulan. Aku memang tidak pernah memasak di rumah mertua, memandangkan sudah sebati dalam diri aku, barang2 orang tidak akan aku sentuh apatahlagi suami aku sendiri tak ada duit untuk membeli barang dapur untuk kumasak. Sehinggalah anak aku berumur setahun, rumahtangga aku diuji dengan campurtangan keluarga mertua yang tidak mengizinkan aku menyambung kemahiran dalam bidang yang aku minati. Arwah bapa mertua aku pernah berkata, ‘ Buat apa lagi nak belajar, dah ada anak kok nak belajar lagi.’ Dan kakak ipar aku pernah berkata, ‘Balik kampung nak tenangkan fikiranlah tu.’

Pernah juga disindir dengan perkataan, ‘Melayu memang mudah lupa.’ Pendek kata selama beberapa tahun aku hanya menahan telinga mendengar sindirian pedas sehinggalah aku buat keputusan untuk diamkan diri dan makin jarang menyertai acara keluarga yang sering diadakan. Aku tahu, aku bukan menantu yang baik. Tak mahir memasak seperti menantu yang lain. Dan bila aku masakpun, pernah mak mertua aku buang seperiuk besar ikan yang aku masak. Korang rasa tak apa yang aku rasa? Pernah aku tidak tahan, aku lari balik Kelantan disebabkan tidak tahan dengan sikap keluarga mertua.Dan suami hanya menyebelahi keluarganya tanpa memikirkan perasaan aku. Namun rezeki anak, setelah dipujuk, aku beri peluang kepada suami, dan ditakdirkan kami dapat sewa rumah tanpa deposit dan selang 3 hari menetap di rumah sewa, aku mendapat kerja sebagai penyelia taska. Namun selama tinggal di situ, masalah lain pula berlaku. Aku membayar sewa dan barang dapur, suami dengan alasan selamba menegaskan yang aku nak duduk rumah sewa, aku sendiri kena bayar. Dan dia menjadikan rumah sewa kami seperti hotel. Jumpa hanya bila aku balik kerja, lepas maghrib, dia akan keluar dan balik hanya selepas jam 2pagi.

Suami aku, pernah meninggalkan aku bersama anak sulungku, selama 45 hari untuk menunaikan haji bersama bapa dan maknya tanpa nafkah yang cukup. Bayangkan menjaga anak sendirian, pergi kerja sendirian dan menolak motor rosak sendirian bersama anak yang masih menyusu badan, menangis-nangis minta disusukan di kala aku menolak motor ke kedai motor untuk dibaiki. Tinggal di rumah sewapun, masih difitnah lebih teruk dari pelacur. Pernah difitnah membela saka. Dan kes paling aku ingat, adik ipar aku memfitnah aku pernah menghantar mesej kepadanya yang menyatakan aku mahu membomohkan bapanya sampai mati menggunakan bomoh Siam. Walhal waktu tu aku bersama dengan ummi aku menguruskan bisnes ikan keli. Kawan, aku pernah dipukul semasa mengandung. Pernah ditarik rambut hanya kerana aku call kawannya bertanyakan di mana dia berada sedangkan jam sudah 3 pagi waktu itu dan dia, bila aku call, siap off handphone. Dalam pantang anak ke-2, baru seminggu aku bersalin, dengan jahitan episiotomi masih lagi belum pulih, aku gagahkan diri keluar ke kedai membeli barang dapur kerana suami tidur di rumah sepanjang hari. S

uami aku jenis kalau tahu aku ada duit, memang dia tak endah sebab dia tahu aku boleh keluar sendiri. Aku pernah dipukul sehingga muntah, lebam sebelah muka akibat ditampar dan aku terhentak dan kesannya rahim aku jadi lemah dan tulang belakangku ada masalah kata doktor dan bergantung kepada pain killer setiap kali sakit menyerang, dipijak peha hingga mengengsotpun tak mampu selama lebih 2 jam. Keadaan yang berlaku, pernah diberi pilihan oleh sarjan yang mengambil kes sama ada mengarahkan anggotanya menangkap suami atau bagi warning supaya tidak melakukannya lagi. Masa ni, aku sangat tiada pilihan memikirkan aku seorang diri di tempat orang dan keluarganya sangat agresif bila ada ahli keluarga yang disentuh. Dan aku cuma minta sarjan tersebut bagi warning saja. Dan Alhamdulillah lepas kejadian terakhir pada 6hb Mac 2014, suami tidak lagi memukul tetapi menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan marahnya.

Setelah beberapa tahun aku memberi peluang, ekonomi keluarga kamipun masih tak berubah selama berkahwin sedangkan aku bertungkus lumus bekerja untuk menyara sewa dan persekolahan anak, sedangkan dia selamba saja, akhirnya pada 20 September tahun lepas, aku membuat keputusan muktamad untuk memfailkan cerai. Sudah beberapa kali aku failkan namun aku batalkan setiap kali dia memujuk demi anak-anak. Aku nekad, bila adiknya sendiri sampai hati menyatakan kepada aku, ‘Tak malu datang rumah orang,’ bila aku datang ke rumah maknya untuk melihat keadaan suamiku setelah dia sakit selepas kami tidak lagi tinggal sebumbung. Moral dari kisah aku, janganlah campurtangan atau sibuk komen hal rumahtangga orang, sebab kalau kita sendiri kena sindir, kena perli depan orang lain, ada rasa malukan?

Apatahlagi bila orang lainpun tahu, yang kita sendiripun tidak disukai mertua. Untuk pengetahuan, ipar yang pernah menggelarkan aku lebih teruk dari pelacur dulu, anak-anaknya pula seperti yang dia sebutkan kepada aku. Allah balikkan segala yang difitnah, depan mata aku. Yang memfitnah anak aku adalah anak luar nikah, di sendiri sebelum nikahpun sudah berisi. Yang mendoakan aku bercerai dengan suami, doanya telah makbul kerana kami akan dijatuhkan talak oleh hakam panel selepas raya puasa nanti. Cukuplah peluang yang selama ini aku beri demi anak-anak. Untuk Fuzi, Izzah dan Seri, terima kasih atas segala yang pernah kau buat. Ingatlah, Allah itu Esa. Tiada dua dan tiada tiga. Tak lambat dan tak cepat, pasti ada balasannya untuk kalian. Aniaya orang, samalah macam kalian aniaya diri sendiri. What you give, you will get back. Pandang sekeliling, ingat kafarah dosa itu ada. Jangan masuk campur hal rumahtangga orang dan jangan jadi batu api hingga memusnahkan. Maaf plot tak tersusun. Semoga jadi iktibar untuk semua. Assalamualaikum.

– Aisy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.