Wednesday, 23 May 2018

Aku dan Palestin

PengakuanKu

Bulan Mei tahun 2015 saya ada menghubungi pejabat NGO yang berpusat di Selangor di mana Ngo ini aktif dalam membantu warga Palestin. Saya tertarik dengan beberapa pakej tajaan… Antaranya menaja anak yatim Palestin nun di sana dengan amaun tertentu setiap bulan. Di bawah antara perbualan Whatsapp saya dengan ustaz Akib..

” Assalamualaikum ustaz. Saya berminat dengan…(beritahu pakej tajaan). Saya nak tanya..kalau saya tak mampu nak bayar di kemudian hari…boleh tak saya nak stop bila2 masa yang saya mahu? ” Ini disebabkan komitmen amaun yang diperuntukkan setiap bulan dan saya seorang yang tiada pendapatan tetap.

” Waalaikumussalam. Ya, boleh jika nak stop bila-bila masa ” ustaz Akib memberi jaminan ketika itu. Saya sedikit lega tetapi tak dinafikan masih ada rasa was-was. Mampukah saya commit every month..
Selepas itu prosedur memilih anak angkat.. ya,saya anggap sebagai anak angkat saya sebab saya menaja kanak-kanak Palestin tersebut setiap bulan.. Air mata tumpah juga melihat biodata kanak-kanak… Sedihnya saya tak tahu nak cakap hatta semasa saya menaip sekarang ni.

Saya seorang surirumah. Saya juga freelancer dalam salah satu bidang pelan kejuruteraan yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Tahun 2015 saya di kurniakan rezeki yang melimpah alhamdulillah. Saya ada beberapa orang client tetap. Saya hanya beroperasi dari rumah di depan laptop. Duit hasil freelance yang saya dapat ribuan ringgit setiap bulan tidak tahu di alirkan ke mana. Kerana saya shopping hanya perlu dan hidup saya makan minum malah hingga ke bil telefon di tanggung sepenuhnya oleh suami.
Saya bukan kaki shopping walaupun sekitar rumah saya penuh dengan mall dan butik barang berjenama. Tetapi kalau saya berkenan sesuatu,saya beli tanpa banyak soal. Memang ALLAH bagi kesenangan sudut kewangan masa tu.

Penghujung tahun 2015, penyakit eczema anak kami semakin teruk dan melarat hingga satu badan. Jika duduk dekat,boleh bau hanyir nanah di muka. Di seluruh badan gatal-gatal. Sangat dahsyat.. tidak ada tempat yang tiada terkena eczema dan gatal merah. Tidak ada kulit dibadannya yang licin. Malam-malam tidak dapat tidur menangis kerana gatal. Hanya lena tidur di ribaan kami. Bila saya letih,suami pula take turn riba anak sambil gosok2 dan tenangkan dia. Masih saya ingat suami hanya dapat tidur pukul 4 pagi. Itu pun dalam keadaan duduk. Di ribanya anak kami baru lena. Jika alpa sedikit,digarunya habis sambil berdarah. Memerlukan masa 24jam. Segala cara,kaedah kami cuba.segala test blood, consultation dengan pakar paling top di Malaysia kami sudah jumpa. Segala ceruk kampung air penawar ustaz kami jejak. Beberapa kali juga anak kami menangis ‘pelik’ tanpa henti,precisely start at certain hour. Itulah saat saya terasa sangat down. Bila suami ke office, saya mula menangis. Susu saya pun merundum kerana stress. Saya tinggal sekejap anak saya, tengok2 sudah berkubang dengan darah di garunya muka. Bagai di simbah cat merah. Malam2 saya lari menangis dalam bilik air. Tiap-tiap pagi saya di sajikan dengan bantal dan baju anak yang penuh darah luka garu. Dunia saya hanya dalam rumah. Saya sangat tertekan.. saya tanya ‘why me?’. Saya nak jadi macam parents lain.yang dapat bawa tayang anak happy. Dapat keluar jalan-jalan. Dapat cium pipi anak tiap-tiap masa. Saya sudah lupa bila kali terakhir saya dapt cium pipi anak saya. Saya sudah lupa bila kali terakhir saya lihat anak saya senyum. Saya sendiri lupa bila saya dapat ketawa.

Bila keluar dari rumah..bermulalah juga satu stage penyiksaan untuk saya. Ada yang lihat anak saya macam alien. Semua kasihankan anak saya. Pelbagai krim di cadangkan. Pelbagai rawatan di usulkan. Seperti saya tergamak membiarkan sahaja anak. Saya di nasihatkan jangan kedekut. Saya hanya mampu ketawa dalam hati. Saya habiskan beberapa ratus dalam sesi satu jam untuk consultation pakar. Beribu-ribu saya habis itu ini. Tapi saya penat nak explain lantas option mudah saya hanya berkurung di rumah. Tapi tidak lama kerana saya fikir,anak saya perlu juga keluar jalan-jalan. Saya lapangkan fikiran saya. Bukan mudah tetapi saya anggap semua yang menegur kerana ambil berat dan sayang anak. Saya senyum,senyum,senyum.

Dengan keadaan anak saya begitu, saya terbatas untuk membuat kerja freelance. Tapi projek2 datang bertali arus. Jika masih berkerja di office,boleh concentrate berjam2. Di rumah, nak membuang air besar pn tunggu suami balik kerja. Ya,memang sangat struggle. Saya rasa kalau manusia tak perlukan tidur,sayalah paling happy. Dalam pertengahan tahun 2016 sudah banyak kerja tertunggak di rumah saya. Semua client saya sudah tahu situasi anak saya. Mereka memang orang yang baik-baik. Tapi saya pasrah sebab dalam dunia freelance, siapa yang mahu ambil freelancer yang buat kerja lambat?

Tahun 2017, anak saya warded atas multiple issue bukan setakat eczema sahaja.. segala test blood,x ray,tiub. Saya beraya di hospital.berminggu-minggu berumahtangga disana. Duit di bank semakin susut. Maklumlah kerja tak jalan berbulan-bulan. Mana nak dapat payment kan. Susu khas, itu ini. Saya ikhlas anggap ini ujian Allah. Kami suami isteri tak merungut. Tapi sedih dan penat memang ada.

Banyak kali saya fikir nak stop tajaan anak yatim Palestin. Selain itu terapi2 anak di hospital dan swasta menelan belanja tinggi yang berterusan. Susu yang serasi dengan anak pun hampir 600 sebulan. Gaji suami pun cukup-cukup untuk cover bil2 dan segala keperluan khas anak. Tapi saya tahan… Sama juga apply duit belanja untuk ibu saya di kampung. Saya fikir bila duit saya hanya berbaki rm1 di akaun bank, barulah saya stop. Tapi Allah selalu sayangkan saya. Walaupun dalam akaun bank saya tidak meriah macam dulu tetapi ada dan cukup untuk bayar pada anak angkat saya di sana. Kadangkala saya tengok duit ada 300 sahaja. Saya pejam mata tolak amaun itu untuk bayar bagi bulan tersebut. Untuk bulan depan,tak apa lah. Tapi saudara semua….percaya atau tidak…bulan depan memang Allah akan bagi rezeki untuk saya continue lagi.

Pernah saya hold bayaran tajaan. Biasanya awal bulan saya bayar. Lepas tu bila tangguh..saya lupa sampai la 20hb. Hari ini saya bayar ke akaun NGO tersebut, esoknya client saya contact untuk bagi rezeki. Bulan depan sy buat lagi…saya tak puas hati.. beberapa ketika selepas itu tiba2 datang projek baru untuk saya urus. Allah Maha Besar. Balik kampung,dalam beg saya ada 200 sahaja. Saya serah semua kat ibu sampai kosong. Padahal dalam bank saya ada baki rm150 lagi.. saya fikir tak apa lah. Nantilah Allah nak bagi yang lain. Lagipun saya jarang jumpa ibu. Tengok ibu senyum rasa bahagia dah.. Allah nak tunjuk kat saya. Sejam lepas tu semasa dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah saya dan suami,client suruh patah balik nak berjumpa. Ada kerja baru katanya. Saya rasa nak menangis masa tu.

Semalam lepas solat saya sujud syukur. Saya sebut Alhamdulillah banyak kali tak terucap betapa saya akui Allah sangat sayangkan saya. Saya bukan alim pun. Kalau jumpa saya kat luar,saya bukan berjubah bertudung labuh. Tapi masih berusaha untuk jadi lebih baik.. hari ini ada client call. Hari ni saya dapat payment dari kerja yang saya pun dah lupa sebab terlalu lama. Rezeki Ramadhan katanya.. tengoklah…semalam saya sujud berterima kasih.. hari ini Allah hantar lagi rezeki.

Hidup saya sekarang lapang. Allah juga bagi saya lapang fikiran walaupun saya tak boleh mewah. Dulu saya paksa untuk bersangka baik pada yang bertanya hal anak. Sekarang saya dikelilingi jiran2,kawan2,keluarga yang baik. Imagine kalau saya cepat melatah dulu…mana mungkin jadi macam sekarang. ALLAH bagi rezeki saya pergi ke mana-mana bertemu orang yang baik.
Suami saya kerap cuti urusan anak… Bukan wajar dijadikan contoh pekerja mithali tapi itulah…tiap tahun gajinya naik melebihi staff lain dapat.
Anak saya makin sihat. Suka senyum. Dulu payah sangat nak tengok macam tu…
Allah bagi rezeki dalam berbagai bentuk.. wajiblah kita bersyukur setiap masa kerana Dia tidak pernah lupa pada hamba-Nya..kepada yang membaca,saya mohon jika sudi doakan anak saya sihat sepenuhnya. Maaf panjang luahan kali ni…

– Glitter mom

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.