Assalamualaikum. Alhamdulillah berkongsi secebis kata di sini lagi. Aku Nur, masih bergelar pelajar kolej.
Membawang. Okay makcik makcik bawang yang dulunya hanya melakukan kerjanya di kampung kampung kini virus mereka telah merebak ke seantero dunia.
Tahukah anda? Nabi berpesan pada umatnya supaya ” speak good word or remain silent ” terjemahannya ” berkata baik atau diam ” itulah dakwah baginda Nabi saw, tepat padat ringkas dan padu. Tetapi apa yang berlaku? Fitnah, gossip, bawangan berleluasa di sana sini.
Salah satu daripada 10 Wasiat Imam Hassan Al Banna,
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
Maksud dekat sini, jangan berkata kata kecuali kebaikkan. Tak penat ke kalau buat amal tapi mulut tak henti sebar aib orang, sebar fitnah. Kalau berita itu betul, dinamakan buka aib. Kalau berita itu salah, dinamakan fitnah. Sedangkan Allah jaga aib kita, siapa lah kita yang hina, lemah dan jahil ini untuk menyebarkan aib orang lain?
Simple rule. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Lebih kurang what you give, you get back. Awak bagi orang bunga takkan orang baling kita durian kan? Allah Maha Mendengar. Dunia ni berputar. Semalam kita buka aib orang, tak mustahil esok orang buka aib kita.
How to avoid this cancer? Caranya dengan husnuzon. Dalam surah An-Nur awak bagi surat cinta dekat kita, Allah kata apa? Allah berfirman, jangan suka bawa berita yang tidak sahih dan Allah memberi peringatan seksa azabNya itu hebat.
Kemudian, lelaki dan perempuan yang beriman kalau mendengar berita perlu bersangka baik. Kalau tanpa limpah dan rahmat Allah pasti dikenakan azab besar bagi siapa yang terlibat dalam berita palsu.
Allah berfirman lagi pada ayat seterusnya, semasa kamu menghebohkan berita dusta itu dengan lidah kamu, meperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tak mempunyai pengetahuan mengenainya dan kamu sangka perkara kecil padahal di sisi Allah ialah perkara yang besar dosanya.
Haa kalau nak membawang ingat ayat ayat tu. Last, Allah berfirman ayat 17 ;
” Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika kamu tergolong dalam kalangan orang yang beriman ”
Don’t like, comment, share negativity. Spread good vibes. Spread love not hate.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment