Monday, 14 May 2018

Sebab Aku Tengok Kau Daripada Pandangan Baik Daripada Pandangan Buruk

PengakuanKu

Namaku Amy (bukan nama sebenar) berusia 24, seorang gadis yang suka hidup sendiri dan tak pernah mengharap bantuan orang lain. Seorang gadis yang guna sepenuh tenaga dia untuk mencari rezeki.

Dulu semasa zaman sekolah aku pernah bercinta monyet bertahan sampai lah masuk semester pertama ijazah, diriku yang selalu pandang “JANGAN MENGHUKUM LELAKI” , ape aku tak bagi, hasil perniagaan dropship aku bagi pinjam duit, aku belikan iphone, tapi hancur lepas aku jumpa sendiri dia dengan perempuan lain, tapi aku okay, biarkan dia pergi, mungkin ada kesilapan aku, ya, aku perempuan baran, aku akui, itu salah satu punca aku kena tinggal

Sepanjang kehidupan ijazah, aku tak minat langsung nak ambil tahu pasal kehidupan berpasangan ni, sampai lah semester akhir, semester di mana aku tengah busy dengan final year, semester di mana bisnes aku melingkup, aku dah tak boleh fokus kedua-duanya, muncul seorang lelaki yang aku rasa dia baik sangat-sangat, penasihat yang baik, “Amy nak pergi Present FYP kan ? Saya baca kan yassin ya, Dulu Arwah Ibu selalu buat macam tu”, “Amy azan je terus solat taw”, “Amy, jadi perempuan kena kuat, jangan lemah” , “Amy, kalau seusia ini takda saving, percaya lah Amy akan susah lepas habis study nanti”

Ya, aku jumpa orang yang aku nak, lelaki yang tak pernah jemu menasihati, lelaki yang selalu ingatkan aku jangan membazir perkara bukan-bukan, lelaki yang akan membebel bila gaji tak saving dulu, lelaki yang memekak bila beli bukan-bukan melebihi bajet, lelaki yang support aku beli rumah, utamakan ayah ibu aku, lelaki yang tak kisah aku selekeh tak make up, tapii semua berubah bila aku tak dapat handle sifat cemburu dia,

Jadi lelaki yang ignore, jadi lelaki yang cepat melatah, jadi lelaki yang menengking yang mengalirkan air mata aku tanpa ada sikit pon rasa bersalah,

Aku pon tak pernah ada rasa nak curang, aku pon tak pernah melayan, tapi komen dekat facebook, ig, twitter akan jadi masalah, benda yang aku sendiri tak boleh kawal

Sebab kebaikan dia terlampau banyak, dia lelaki yang terima aku masa aku jatuh tersungkur, dia lelaki yang ajar aku bangkit, dia lelaki yang tak pernah lelah menasihati aku, lelaki yang ada aura positif bila aku keluar mencari rezeki, dia lelaki tu, dia lelaki yang baik, dia baik sangat, sampai aku terpaksa pejamkan mata aku bila dia cemburu melampau sebab aku sayang sangat, aku sayang manusia yang wujud saat semua orang sisih aku, saat semua orang hina aku, dia wujud hulurkan tangan,

Lelaki yang tak pernah habiskan duit untuk hiburan, lelaki yang guna duit dia sepenuhnya untuk masa depan, lelaki yang sanggup keluarkan duit setiap bulan bayar insurans aku, dia lelaki tu, tahu tak semua perempuan sanggup dapat lelaki macam ni, tapi aku ok sebab itu keperluan, kemahuan aku boleh tolak tepi

Tak minta banyak, doakan kami ada jodoh, sebab aku tahu kemampuan aku hidup tanpa bantuan lelaki aku masih mampu berdiri, tapi memiliki insan istimewa ni ada kelebihan dalam diriku

semoga aku kuat sebab dia lelaki yang memiliki 1001 kelebihan berbanding kelemahan, aku terlampau sayang

Doakan hati kami tetap, doakan kami ada jodoh, doakan dia berubah, mungkin kenangan lalu yang jadi kan dia begini, aku harap aku kuat

-Amy-

– Amy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.