Assalamualaikum. Terima kasih andai kisah ini disiarkan. Salam 6 Ramadhan.
Saya seorang isteri yang menanti zuriat untuk suami. Ini Ramadhan ketiga kami hidup berdua. Kami tidak kufur nikmat, malah kami rasa cukup bahagia. Kami yakin nikmat Allah itu terlalu luas malah dalam bentuk berbeza-beza.
Ramadhan, nikmat hidup berdua tiada tandingan. Qiam, sahur, iftar, tadarus, terawih bersama penuh bahagia. Disaat saya mendengar rungutan kawan-kawan berperang dengan anak dan sebagainya, timbul rasa nikmat bahagia walau tanpa cahaya mata. Namun itu dari satu sisi, dari sisi lain sebagai suami dan isteri pastinya kami menantikan buah hati kami yang akan Allah beri satu hari nanti.
Sebelum melalui pengalaman ini, saya berfikiran isteri adalah orang yang paling tertekan dengan ujian tanpa anak. Namun setelah melalui hampir 3 tahun, saya memahami dari sudut berbeza. Saya merasa sangat bertuah dipilih Allah, atas ujian ini( jujur, bukan nak sedapkan hati).
Kasih sayang dari suami yang tiada anak sungguh luar biasa, dan tiada syarat, sempadan mahupun pecahan. Sepenuhnya pada isteri. Suami melayan saya bagai menatang minyak yang penuh, padahal saya bukan mengandung, bukan juga wanita yang melahirkan anak-anaknya. Kadang saya rasa kagum dan pelik. Pernah saya tanya pada suami,
“Kamu tak penat ke layan saya, setiap hari walaupun kita tak ada anak?”
Jawab suami,
“Macam mana nak ada anak, kalau isteri sorang ni pun abang tak mampu layan dengan baik, abang tak mampu sayang sepenuh hati, macam mana Allah nak bagi yang lain lagi?”
Allah, tersentap hati saya. Berderai air mata. Semoga Allah memandang setiap usaha suami ini.
Hampir setiap hari, suami bangun dulu sebelum saya. Dah siap mandi suami akan kejutkan saya. Setiap hari saya buka mata diperlihatkan senyuman manis seorang suami. Saya gembira hidup bersama suami. Saya cukup dengan adanya suami sebaik ini. Tapi saya tahu dan yakin suami perlukan zuriat. Usaha apa yang saya tidak lihat dari suami. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda. Doa, tawakkal, baiki diri, rawatan hospital dll.
Ramadhan yang mulia ini, saya harap Allah kurniakan zuriat buat siami dari rahim saya. Saya harap Allah kabulkan doa-doa suami saya. Saya harap Allah pandang setiap usaha dan kebaikan suami saya. Saya harap saya mampu lahirkan zuriat terbaik buat suami dan saya sedia kasih sayang suami pd saya akan terbelah pada zuriat akan datang. Saya sedia kerana kebaikan suami pada saya 3 tahun ini, sudah cukup saya rasai.
Mohon doakan saya dan suami. Terima kasih. manfaatkan ramadhan sebaik mungkin, hantar doa sebanyak yang boleh, semoga Allah kabulkan.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment