Nama aku Ain. Aku sudah bekerja. Nak dipendekkan cerita aku suka perempuan. Awalnya dulu aku ada hubungan dengan kawan baik aku sendiri. Kami bercinta akhirnya putus atas alasan aku mahu berubah dan ingin meneruskan hidup seperti muslimat yang lain. Selepas itu aku bercinta pula dengan ex boyfriend aku selama 4 tahun dan akhirnya dia mengajak aku berkahwin. Tetapi aku tidak bersedia lagi. Akhirnya dia berkahwin dengan orang lain.
Aku jadi manusia yang tidak tentu arah. Menangis setiap hari kerana sedih dia tinggalkan aku untuk perempuan lain. Sepanjang aku berduka, kawan-kawan baik aku termasuk ex girlfriend aku ada di sisi aku menemani aku. Mereka melakukan pelbagai cara untuk menggembirakan aku semula. Aku sangat terhutang budi kepada mereka. Hidup aku kembali kelam selepas aku mengenali seorang perempuan ini. Mahu dipendekkan cerita dia mencari aku untuk cerita tentang masalahnya sehinggakan ada timbul rasa sayang dalam dirinya terhadap aku. Rakan-rakan aku tahu berkaitan benda ini. Mereka menghalangkan aku untuk berhubung dengan perempuan ini lagi. Tetapi aku terpaksa. Terpaksa melayankan perempuan ini yang tidak sudah-sudah mencari aku. Aku terpaksa menipu kawan-kawan baik aku sehinggakan kami bergaduh besar.
Aku jadi buntu. Aku hilang arah. Aku kusut. Aku hilang kawan-kawan yang aku sayang. Aku hilang orang-orang yang ambil berat tentang aku selama aku hidup. Aku jadi serba salah. Aku jadi bodoh kerana gadaikan masa dan keringat serta wang aku untuk perempuan ini. Tetapi aku lupa tentang kawan-kawanku yang telah habis pelbagai benda untuk aku. Aku sanggup tipu mereka. Aku serba salah. Aku rindu mereka. Aku ingin lari dari perempuan ini tetapi tidak boleh kerana aku akan sunyi. Hanya dia tempat aku hilangkan sunyi.
Tetapi aku juga manusia biasa yang ingin berubah kearah kebaikan. Aku takut akan azab yang bakal aku terima selepas aku mati. Aku risau dosa yang ditanggung oleh bapa aku terlampau banyak atas kesalahan anak perempuannya ini. Aku banyak membaca tentang azab yang diterima oleh kaum nabi luth. Aku jadi takut. Aku tidak mahu mati dalam keadaan yang mengaibkan. Aku ingin berubah. Tetapi aku tidak mampu.
Pada suatu hari, terdapat seorang hamba Allah telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada ibuku. Orang itu telah menyuruh ibuku untuk menjaga aku dengan sebaik mungkin agar tidak lagi terjerumus dalam gejala songsang ini. Luluh hatiku melihat raut sedih ibuku. Dia menangis sehabis boleh selepas menyampaikan berita itu kepadaku. Apakah dosa ibuku sehingga dikurniakan anak sepertiku? Aku tidak lantas lagi untuk berada dalam hidup seperti ini.
Aku ingin berubah. Tetapi perempuan itu masih menghantui aku. Tolong aku. Aku tidak mampu untuk bersuara dengan perempuan tersebut kerana aku risau dia akan berkecil hati. Aku rasa sudah cukup buat ramai orang sedih termasuk rakan-rakanku. Aku tidak mahu tambah lagi sorang orang yang sedib atas perbuatanku.
– Sarah (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment