Friday, 11 May 2018

Lelaki Underweight

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Baharu. Terima kasih kepada admin kalau tulisan aku ni disiarkan. Dah lama nak menulis tapi kesibukan kerja buat aku lupa. Aku nak berkongsi sikit pasal menjadi seorang lelaki tak cukup berat ni. Aku ni seorang lelaki pertengahan 20-an. Bekerja di ibu kota dan Alhamdulillah masih bujang. Hahaha.

Aku sebenarnya dah penat kena kutuk, keji sebab aku kurus. Kena tuduh hisap dadah, hisap itu ini la sampai mak aku sendiri pernah bergurau kasar dengan aku kalau aku balik kampung, “Kau lepak depan rumah tu jangan lama lama, nanti orang ingat penagih dadah” sambil dia gelak. Aku senyum je tapi dalam hati aku sumpah aku terasa. Oh lupa, tinggi aku 180 something tapi berat aku dalam 62 je. Lepas berak dia turun 60. Hihihi. Kalau ikut BMI katanya normal tapi itulah mungkin ni ujian tuhan kat aku kan. Kadang mulut cakap redha tapi dalam hati ni Allahu.

Dah macam macam aku buat makan itu ini tapi berat tak naik naik. Ingat nak pergi gym tapi aku ni takde kawan kaki gym yang boleh tolong. Aku cuba jugak la PM kawan kawan yang keje doktor tapi PM tak direply pun. Hahaha. Ingat aku nak pinjam duit gamaknya. Aku cuba jugak la tips tips makan 6 kali sehari tapi sejak patah hati ni makin tak berselera, ditambah pulak supplement ni korang fahamlah kan bukannya murah. Jadi untuk konsisten tu kadang susah. Disiplin kena ada, kena pulak aku ni memang hidup sorang, kekurangan sokongan moral.

Jadi secara langsungnya benda ni menjejaskan kehidupan harian aku, aku jadi bertambah malu nak berhadapan dengan orang ramai. Setahun dua ni kalau aku off day memang aku terperap je dekat rumah tengok tv, smule. Personaliti aku memang drastik gila berubah. Dulu time belajar aku ni kaki huha huha dalam kelas sebab aku tak amik kisah pun pasal berat ni. Aku sekarang dah jadi pemalu tahap gaban, tak mampu nak bersosial macam dulu. Bersosial maksud aku tu keluar lepak mamak, buat road trip. Sambil sambil drive pergi keje, aku hari – hari persoal diri aku, kenapa sampai macam ni aku berubah. Hahaha.

Haa ini lah part paling sakit, cari pasangan hidup. Yela lagi berapa tahun nak masuk 3 series. Aku ni takdelah kacak ganteng tapi manis tu ada la hahaha. Dalam family aku kiranya dah sampai turn aku kawin ni. Mak aku makcik makcik aku sibuk duk tanya. Aku cuba jugak la blind date through tinder hahaa jangan salah faham aku bukan kaki tinder, salah satu ikhtiar namanya. Bila jumpa je pompuan ni terkejut tengok aku kurus. Tengok air muka dia pun aku tahu dia turn off. Bazir duit aku belanja makan hahaha. Aku kadang sampai dalam kepala otak aku pikir, aku ni memang tuhan takdirkan jodoh aku kat syurga kot haha. Baitul muslim pulak kalau nak mengorat kena pakai duit haha.

Jadi aku harap menerusi tulisan ni, ada pembaca pembaca yang sudi bagi khidmat nasihat macam mana untuk dapatkan berat badan yang ideal. Terima kasih la kalau ada yang baca sampai habis. Aku hargai sangat sangat kalau korang sudi bantu. Mungkin tuhan balas korang dengan cara lain nanti. InsyaAllah.

– Abang Kurus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.