Friday, 11 May 2018

Syurga Yang Kalian Lupa

PengakuanKu

Assalamualaikum semua, confession ini ditujukan kepada beberapa orang. Ya, orang-orang yang mungkin sudah lupa bahawasanya mereka masih mempunyai insan bergelar Ibu meskipun ibu dan bapa mereka telah lama bercerai. Nak disampaikan secara depan-depan, tak mampu sebab aku menjaga hati Ibu kalian.

Adakah kalian tahu, setiap kali perayaan yang semestinya kalian pulang ke kampung, dia menunggu kalian tiba untuk melawatnya. Kalian hanya tiba bila ada yang berkata,” Ibu kamu dari pagi menunggu kamu datang”. Barulah kalian terhegeh-hegeh datang dan bawa Ibu kalian keluar makan. Kalau tidak silap, ini berlaku 2 tahun lepas, semasa Aidilfitri. Itu pun sebab kawan kalian yang berfikiran macam aku yang suruh kalian datang.

Tahun lepas, kalian datang, itu pun setelah adikku mendesak dengan menghantar gambar Ibumu setelah kelihatannya kau cuba memungkiri janji sekali lagi. Dan selepas itu, adikku pula dimarahi Ibumu kerana berbuat demikian. Itu aku tidak kisah, tapi telahku pesan supaya adikku padamkan sahaja semua nombor telefon kalian. Malas mahu bersekongkol dengan janji palsu kalian. Kalian hanya tunjuk muka bila memerlukan duit dari Ibumu yang miskin ini. Sebelum ini? Pandai pula balik rumah bapa yang meminta duit kalian. Bila sudah habis, minta dekat Ibu.. tak malukah kalian? Jelek sungguh perangai kalian.

Pilihanraya, kalian pulang namun tiada masa mahu singgah dan melawat Ibu? Lawak apakah ini? Kalaupun mengundi tempat lain, susah sangatkah hendak melawat Ibu yang dekat sahaja jaraknya? Yang tinggal di perantauan mahu pun yang tinggal dengan Bapa, semuanya tidak ada sentimen ke? Tidak ada langsungkah Ibu dalam hati kalian? Melawat sahaja sudah memadai. Ibu tidak mengharap wang ringgit kalian.

Mungkin ini karma buat Ibu kerana tidak pernah mengingati emaknya sendiri. Jika begitu, ingatlah wahai kalian, jangan terkejut jika suatu hari nanti anak-anakmu juga tidak menjengukmu di hari tua. Dikala kalian setiap hari menyebut-nyebut nama mereka, memuji-muji kejayaan mereka, mengingat kembali zaman kecil mereka, setiap tangisan mereka dalam dakapanmu, namun mereka tak kunjung tiba. Ya, tunggulah hari itu! Allah Maha Adil.

Kalau sekadar kalian pos gambar dimedia sosial dengan caption,”Syurga dunia akhirat” itu tidak dapat menutup kekejaman kalian terhadap Ibu kalian. Mental yang terseksa sangat susah diubati. Jangan tiba suatu hari, kalian datang melawat dan Ibu kalian sudah tiada barulah nak menangis teresak-esak baru nak menyesal semuanya sudah tidak berguna wahai anak-anak.

– W

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.