Terima kerana sudi menyiarkan coretan aku ini. Aku Ana , berusia lewat 20-an, bujang dan kini menetap dengan ibu bapa. Aku sudah bekerja hampir 5 tahun ,sudah memiliki rumah dan berkereta, alhamdulillah rezeki buatku diusia yg muda. Walaupun begitu, aku masih merasakan kekurangan pada aku iaitu aku masih belum lagi memiliki pasangan.
Aku hampir berputus asa setelah melalui beberapa siri kekecewaan dalam cinta dan bermacam aktiviti aku telah lakukan utk melupakan kesedihan itu dan ianya berkesan walaupun bukan 100%. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang sangat memahami dan juga keluarga terutamanya adik perempuan aku. Lupa aku nak cakap yang aku juga mempunyai abang dan kakak yang sudah berkahwin.
Adik aku lah menjadi pendengar setia dan dia juga lah menjadi kawan aku sejak aku habis study di universiti dahulu. Wlupun beza umur kami yang agak jauh, tapi aku bangga dengan cara pemikirannya.
Segalanya berubah bila dia menyatakan akan melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya , perancangan yg sudah lama dirancang tp dirahsiakan dari aku semata-mata xingin melihat aku sedih. Tipulah kalau aku tidak merasa sedih bukan kerana iri hati, tetapi sedih bakal kehilangan peneman setia aku. 2 minggu aku banyak termenung dan menyendiri, aku bermunasabah diri dan aku tenang dan mula okey.
Disaat aku mula tanamkan diri aku ini dengan menyatakan aku okey jika hidup bersendiri sebab aku masih punya ibu dan ayah, ayahku menyatakan hasrat untuk menjodohkan aku dengan anak kawannya yg jauh lagi muda dariku. 4 hari aku beristiqarah dan meminta jawapan dariNya.. akhirnya aku bersetuju.
Malam merisik itulah pertama kali kami berjumpa, dan ayahku menyatakan mahu melangsungkan pertunangan sama tarikh dengan adik aku. Keluarganya sangat excited dan untuk pengetahuan semua, plan jodoh ini datang dari ayahnya dan kalau boleh ayahnya ingin mempercepatkan pertunangan kami.
Selepas dari pertemuan itu, setiap hari kami text, wish morning, nite everyday. Joging bersama .. tgk wayang bersama, hampir 4 kali perjumpaan jugalah sepanjang sebulan setengah kami berkenalan. Bagi aku, aku membuat keputusan yg benar dengan menerimanya tapi ada sesuatu yg musykil bagi aku iaitu dia tak pernah bercakap soal pertunangan kami walaupun ayah kami masing-masing kerap berjumpa untuk berbincang hal ini. Aku berani kan diri bertanya kepada dia dan aku mahu dengar sendiri dari mulut dia adakah dia sedia tahu tentang pertunangan ini. Dan dia reply ” jika ini yang dirancang oleh family kita, kita teruskan ya , tiada paksaan dr diri sy “. Waktu itu, hati aku memang sedang berbunga, senyum sampai ke malam, dan korang paham tak mcm mana perasaan bila tarikh pertunangan adik aku yang aku takut untuk lalui sebab fenomena makcik-makcik bawang ni juga menjadi bersejarah buat aku. Betul kata adik aku, kalau dah jodoh tu sampai pada waktunya,cepat je segala urusan.
Sejak aku bakal jadi tunangan orang.. aku mula survey barang – barang hantaran tiap-tiap dan aku azam nak design sendiri, baju tunang pun aku dah beli, tiap-tiap hari aku goggle cara nak design hantaran. Sampai adik aku cakap, excited kan? Macam tu perasaan dia dulu, aku senyum je mengiakan. Sampai kekadang aku termenung xpercaya yang aku bakal bertunang . Sejak jadi tunangan org jugak la aku reject 2 lelaki yang ingin berkenalan dengan ku sbb aku percaya maybe pilihan ibu ayah yang terbaik
“Jom dinner malam ni ” dia text aku pagi tu buatkan aku buat keje tersenyum2 smpai ke petang. Rupanya itulah pengakhiran segala-galanya bila dia kata dia belum bersedia dan minta keluarga aku untuk postpone pertunangan kami. Dia perlukan masa lagi untuk mengenali aku. Sukar aku untuk gambarkan perasaan aku ketika itu. Makanan yg sedap tu terus jadi tak sedap. Padahal itu dinner untuk sambutan birthday aku. Sampai betul hati awk kan. Mlm tu lepas balik dinner kami ambil keputusan untuk berterus terang dengan ibu bapa masing-masing.
Aku menangis sepuasnya malam tu depan ibu bapaku wlupun dalam kereta dengan dia aku begitu “cool” sbb terlalu blank. Dia minta maaf berkali-kali sebab dulu dia pernah kata confirm kami bertunang sebab tak mahu melukakan hati ayah dia. Ayah aku cakap dengan ibu aku yang ini salahnya tp aku tak pernah anggap ini salah ayah aku.Sejak tu aku xpernah tunjuk kan muka sedih aku depan mereka.
Keesokkan nya setelah mata aku bengkak kiri kanan, dia text ” morning ” kat aku seperti biasa. Aku makin sedih dan tak paham apa yang dia nak sebenarnya. Dia kata dia akan text aku untuk menjawab semua persoalan aku nanti and itulah text kami yang terakhir. Khabar dr ayahnya juga tiada itupun ayahku terserempak dengan ayah dia dan ayah aku kata kesal dengan apa yang terjadi. Bukan salah siapa-siapa, aku tak mahu ayahku memusuhi kawannya sendiri disebabkan kami.
Tq Allah kerana menjawab doaku kerana sepanjang mengenali dia, aku xpernah miss untuk melakukan solat istiqarah . Kebetulan adikku terjumpa tweetnya di Twitter yg dia dalam dilema antara pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa. Tarikh tweet masih dalam tarikh perkenalan kami. Aku kesal kenapa dia tidak berterus terang dengan ayah dia lebih awal sblm datang merisik aku.
Dua bulan aku memulihkan diri dan mcm biasa aku makin okey. Tp nk dijadikan cerita aku teringat balik kisah kami sebab kami terserempak masa mengundi tadi. Sebab itulah confession ini terhasil.Hanya masing-masing tersenyum mcm tak ada apa-apa yang terjadi antara kami sebelum ini.
Majlis pertunangan adik aku berjalan dengan lancarnya. Aku lah org yang paling sibuk, dan waktu pertunangan tu tak lah se scary yang aku pikir. Adalah sorang dua makcik-makcik bawang ( aka jiran ) yang kata “adik sudah,awk tu bila lagi” , padahal mak sedara aku cool je,tak pernah gatal mulut.
Aku redha dengan suratan yg telah Engkau coretkan untuk ku. Terima kasih Ya Allah , Kau hadirkan rasa bahagia itu walaupun seketika. Rasa manjadi bakal tunangan org. Aku masih setia menunggu takdir ku yg terbaik drMu Ya Allah.
Ana
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment