Assalammualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Nama aku Nur. Masih bergelar pelajar kolej dengan bantuan pinjaman, Alhamdulillah.
Straight foward, aku akan cerita pasal ujian. Trust me, tak semua ujian itu dugaan dan tak semua keistimewaan itu kelebihan. Seorang yang tidak taat perintah Allah tetapi sentiasa berasa selesa dengan kehidupan nya sebenarnya orang itu telah berada di dalam kehinaan. Itu istidraj.
Ujian. Ujian itu merupakan asam garam kehidupan. Tiada kehidupan andai tiada ujian. Allah menghantar ujian itu untuk menguji hambaNya adakah ia hanya bersyukur tatkala waktu senang dan melupakan Allah dikala susah? Ujian juga membuatkan hubungan kita yang rapuh dengan Allah bertambah erat kerana dengan ujian dapat mengetuk pintu hati bahawa dari Allah ujian datang, dari Allah juga kita diminta kembali agar diberi pertolongan dan perlindungan. Ini lah makna surah Al-Fatihah, ayat 5 yang kita baca selalu ; ” Hanya kepada engkau aku menyembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan ”
Allah menyebut sebanyak 31 kali dalam surah Al-Rahman, ayatnya berbunyi ” Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? ” Tidak terhitung nikmat Allah, begitu banyak nikmat Allah hingga kita lupa masih ada rumah itu nikmat, cukup makan pakai itu nikmat, kesihatan nikmat, udara nikmat dan masih diberi peluang hidup juga nikmat. Maka mengapa mengeluh dengan satu ujian sedangkan engkau diberi seribu nikmat?
Sabar. Perkara yang perlu dilakukan bila diduga ujian. Mukmin itu merupakan seorang yang sabar ketika ditimpa bala, bersyukur ketika aman, redha terhadap terjadinya qada’.
Allah berkata ” Ketika Allah suka kepada seorang hamba Allah mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya ” – petikan Kitab Imam Al-Ghazali, penenang jiwa.
Satu riwayat tentang Musa; Allah berkata ” Wahai Musa, katakan pada mereka, jika mereka redha kepadaKu, Aku pun redha kepada mereka ”
Rasulullah saw bersabda ” Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan ”
” Kalau sabar itu seorang lelaki, tentulah dia mulia. Allah menyukai orang-orang yang sabar ”
Allah kata dalam Al-Quran Allah tak menzalimi kita, tapi kita yang menzalimi diri kita sendiri. Berusaha mendapat redha Allah, bersabar dengan ujian Allah, berpeganglah pada rukun iman yang ke-6 sekuatnya iaitu beriman kepada Qada’ dan qadarNya.
Tak rugi berbuat kebaikan kerana surat cinta Allah dalam surah Ar Rahman ayat 60 ;
” Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan juga ”
Segala kekhilafan, minta diampuni. Moga penulisan yang tidak seberapa ini mendapat manfaat buat penulis dan juga pembaca tak lupa juga buat admin.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment