Friday, 25 May 2018

Minta Maaf Patutnya Sebelum Puasa, Bukan Pada Hari Raya

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi tip yang aku dapat dari makcik aku berkaitan dengan kemaafan. Sebab yang peliknya makcik aku cakap berulang-ulang dari dulu, nak minta maaf sebaiknya sebelum bulan puasa dah setelkan. Tapi biasalah, aku tak sibuk pun.

Aku dapat petua ni pun, sebab aku tercerita dengan makcik aku pasal masalah aku. Serabut lah sedikit sebab duit tak cukup, bisnes dropship aku tak jalan sangat kebelakangan ni dan aku susah hati fikir mana nak cari duit tambahan sebab gaji aku pun manalah cukup bila dah duduk dekat KL ni.

Last yang makcik aku tanya benda ni je, ada tak buat salah dekat orang?

Blur kejap lah aku. Apa kaitannya masalah duit aku dengan salah dekat orang (jahil pulak soalan cenggini haha).

Makcik aku pun explen lah sikit. Kadang2 tu masalah datang (atau dalam kes aku rezeki cam tak best ni) ada kemungkinan aku ada buat dosa dekat orang lain. Tak semestinya dekat mak ayah, adik beradik atau sedara mara, boleh jadi juga dosa sakitkan hati orang lain, dengan kata-kata kita atau perbuatan kita.

Dosa tu jadi penghalang untuk rezeki nak masuk dalam hidup, sudahnya ada je urusan dalam hidup ni tak kena. Sebab dalam hidup ni bukan takat hubungan dengan Allah je ko kena jaga, hubungan dengan manusia pun kena ambil berat jugak. Makcik aku siap tunjukkan hadis tu yang ada orang solat sunat zikir power tapi amalan dia sia-sia sebab mulut dia suka sangat sakitkan hati orang lain.

Benda simple je boleh fikir, komen dekat fb ke ig kalau nak troll n sakitkan hati orang lain pun dikira jugak tu. Apa lagi kalau ada ko buat jahat/zalim kat orang lain (atau haiwan) ke, kurang ajar, tak amanah ke, ambik hak orang lain lagi la berat dosa tu sebabkan rezeki ko susah masuk.

Lagi2 orang yang ko ada salah tu pulak samada doakan yang buruk dekat ko, atau maafkan ko senyap2, jadi lagi berat untuk Allah balas balik bagi pihak dia, sebab ko sendiri tak mintak maaf kat dia. Orang dah kena aniaya, dia doa minta apa pun takda hijab dekat Allah, lagi2 bulan pose ni lagi cepat makbul doanya.

Makcik aku pesan, sebab tu kalau ada buat salah, pergi minta maaf dekat orang terus. Tak elok tunggu atau buat tak tau sebab nanti hidup kita pun susah, atau lagi naya mati esoknya tak sempat minta maaf kat orang tu, ko kena buat jugak dekat sana nanti. kalau dekat sana pun dia tak nak maafkan ko, habisla pahala ko dia ambik.

Kalau tak bersalah, maafkan lagi mulia. Hati ko tenang, lagi mudah rezeki nak masuk. Bab balas2 tu biar Dia setelkan. Ko doa tak doa pun kifarah tetap ada.

Aku cerita ni sebab Tuhan tunjuk satu persatu sebab aku pergi minta maaf dan aku maafkan orang sekali. Masalah aku beransur-ansur Allah setelkan. Setakat ni ok lah, bersyukur ada duit lebih hasil bisnes sikit untuk hidup (buat sekali dengan solat duha, cam ada confession sebelum ni share). Jadi aku kongsikan lah kat sini.

Soal hubungan dengan manusia tak boleh dibuat main beb. Sebab amalan ko tinggi banyak mana pun hilang macam tu ja kalau banyak dosa dekat orang lain, bila dia tuntut dekat ko kat padang masyar nanti.

Alang2 dalam confession ni jugak, kalau aku ada silap salah, maafkan aku lah ek. Aku pun sama, maafkan korang yang membaca kalau ada pernah tersalah silap ke apa. Peace.

– Mat Ryan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.