Tuesday, 1 August 2017

Cara Pemakanan Kita

PengakuanKu

Saya harap confess saya ni tersiar . Saya nak bagi kesedaran mengenai kencing manis. Saya perempuan berumur 24 tahun dan dah berkahwin. Straight to the point. Saya penghidap diabetes(kencing manis). Disahkan masa awal tahun haritu . Sebenarnya saya tahu dah lama , google google tanda majoriti semua kearah diabetes . Saya memang ada keturunan kencing manis . Belah mak dan ayah majoriti ‘pergi’sebab Tiga serangkai.Semasa perjumpaan mula mula dengan doctor , doctor agak terkejut muda lagi. Saya diberi kaunseling dan pemeriksaan berkala 3bulan sekali .

Semasa sedang belajar saya , jujur saya cakap fastfood menjadi bestfirend saya. Asal ada je iklan kat tv sayalah orang pertama yang akan pergi. Air bergas dan air bergula menjadi rutin saya juga. Asal balik kolej saya akan singgah beli air kelapa , air tin sentiasa ada dalam petia ais rumah sewa.Waktu tu berat saya 135kg.Tapi masa tu saya tak fikir sebab muda lagi.Kita ingat org tua yang selalu berpenyakit. Tambahan pula , dengan jadual makan yang tidak teratur , malam asyik dengan maggi , outing pergi minuman ice blended tak payah kata,

Sudah bekerja sekarang ,saya pantang ada restoren baru buka sama ada western ke melayu saya pergi. Segala kek , coklat kalau viral sahaja saya akan mencari . Padahal gula dalam tu , kita pon tahu . Tapi kita tak endahkan.Selepas berkahwin , saya dan suami bekerja. Kami jarang masak masing masing tak sempat. Kalau makan wajib makan nasi bergoreng dan air mesti yang manis manis. Dulu yang viral yang cup besar tu semua perisa saya dah rasa. Kemudian kalau ada Pesta Makanan , saya akan ajak husband pergi.Saya tiada anak lagi walau dh beberapa tahun berkahwin .

Masa appointment kali pertama , Saya diberi kaunseling pemeriksaan mata , dinasihatkan kaki kene jaga. Doktor kata penyakit kencing manis ni xkan sesekali sembuh. Cuma kita kene jaga paras gula dalam darah . Akan ada pemeriksaan berkala 3bulan sekali. Tahan telinga lah . Doktor nasihat nak mengandung gula kene jaga , bukan apa kalau mengandung banyak komplikasi . Kita ni , sebab makanan banyak menjadi faktor . Kadang kadang tanpa sedar. Kalau nak tahu kita ada kencing manis kita akan rasa nak minum , kencing malam kerap sebab banyak minum, badan susut dan belakang leher kita ada mcm daki .

Selepas di diagnos penghidap diabetis , saya mula mengamalkan cara hidup sihat . Makan semua di rumah . Doktor pon pesan kurangkan gula , sebab nasi kita sebenarnya ada gula. Air paling kurang 1,5 litre air kosong ye. Kemudian senaman perlu , paling kurang paling kurang ye 3kali seminggu . Alahai sekarang kan berlamabk dalam facebook semua. Tinggal rajin tak rajin. Tapi paling besar dugaan bila suami tu kaki makan nasi. Pagi nasi petang nasi malam nasi.

Apa yang perlu kita buat . Saya buat macam ni. Saya masak untuk husband tapi masa yang sama saya makan lauk sahaja . Sebab saya tahu nanti husband akan rajin nak menyuap. Nak ditolak kecik hati. Jadi dari pihak kita makan dr tangan dia je . Mula mula agak kekok but trust lama husband akan support kita.

Zaman kita sekarang , makanan gula merata -rata tanpa kita sedar. Semua sedap sedap. Tapi jangan lupa kencing manis ni penyumbang kepada penyakit seterusnya . Kegagalan buah pinggang kene cuci , . Jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Masa tu menangis airmata darah pon tiada guna .

– hannad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.