Bismillah.
Salam semua. Alhamdulillah, baru saja lepas solat maghrib dan sedang menunggu masuk waktu solat isyak. Sengaja curi-curi masa untuk menaip, nak kongsi cerita dengan semua.
Pernah tak kawan-kawan semua rasa sempit dada? Masa yang Allah bagi 24/7 sama macam yang lain tapi rasa selalu tak cukup masa. Duit selalu short padahal guna untuk makan je. Kawan pulak macam haram, semua lari bila kita ada masalah. (Sorry, bahasa kasar sikit.)
Saya dah lama nak berkongsi cerita dengan semua. Moga-moga perkongsian ni dapat bagi manfaat pada semualah ya.
Saya sedang berpraktikal sebenarnya sekarang. Dua sem sebelum saya berpraktikal, jujurnya hidup saya kelam kabut. Masa tak cukup nak kejar semua assignment dengan project. Duit selalu habis, padahal beli makanan je pun. Kawan pulak, hmm tak payah cakap, semua entah apa-apa. Saya rasa sempit dada sangat-sangat.
Saya penat. Saya menangis. Saya putus asa. Saya persoal kenapa Allah bagi ujian begini kepada saya. Saya lemah, layu dan tak upaya.
Rupanya Allah sedang menegur hambaNya. Allah sedang mengetuk pintu hati dan cuba membuka mata hambaNya. Allah sedang berbicara tentang taat, sabar dan syukur dengan hambaNya.
Saya flashback hari-hari saya sepanjang dua sem sebelum berpraktikal. Saya pergi kelas, balik kelas, tidur, solat ala kadar, berdoa tak bersungguh.
Oh, rupanya salah saya. Saya jadi faham kenapa saya sesak dada.
Sebab Allah itu ada untuk beri segala tapi saya lalai dan tak bersungguh bila meminta sesuatu dengan Dia. Nak markah tinggi dalam tugasan, tapi sebab takbur rasa diri pandai, jadi kena belajar supaya dapat markah tinggi tapi solat akhir-akhir waktu. Rasa konon boleh bagi idea topic best buat project supaya orang puji, jadi lupa baca Al-Quran, asyik menghadap buku teks dan layan bukak internet nak cari idea.
Allah jentik saya dengan rasa sempit dada saja dan alhamdulillah saya buka mata.
Saya muhasabah.
Saya tengok balik diri sendiri.
Segalanya. Ibadah wajib. Ibadah sunat. Hubungan dengan ibubapa. Lecturer. Kawan-kawan. Bahasa, lisan dan mulut saya.
Semuanya saya muhasabah.
Alhamdulillah, saya mula berubah ke arah kebaikan. Sem sebelum berpraktikal, saya nekad berubah. Saya dah tak mahu rasa sempit dalam dada sebab sakit sangat rasanya.
Solat, saya jaga. Cuba di awal waktu sentiasa. Sebelum azan lagi dah siap berwuduk, kalau sempat baca Al-Quran dulu.
Saya tambah dengan amalan sunat dhuha. Alhamdulillah, saya rasa perubahannya. Dada semakin lapang dan tenang. Rezeki jangan cakaplah. Alhamdulillah, mungkin dengan rahsia dhuha saya rasa rezeki saya sangat murah sem sebelum praktikal.
Saya apply cuma satu tempat praktikal tapi harapan tak letak tinggilah dan saya merupakan salah seorang yang dapat tempat praktikal awal. Syukur. Segalanya dipermudahkan. Saya terus terima tawaran praktikal tanpa hantar apa-apa lagi application ke mana-mana syarikat sebab memang saya target untuk berpraktikal di syarikat yang saya dapat ni. Alhamdulillah.
Bila praktikal, alhamdulillah saya tambah lagi amalan sunat saya. Saya bangun tahajud. Paksa diri. Mula-mula susah tapi lama-lama saya rasa macam tahajud itu jiwa saya. Rasa rohnya. Seronok tahajud ni. Sekali tinggal rasa nak menangis bergelen-gelen sekarang. Menyesal kenapa tak bangun padahal lima minit je solat sunat tu.
Sedekah. Saya cari anak yatim. Kebetulan saya ada kawan yang memang yatim piatu dan tak dapat sambung belajar sebab susah. Saya tolong, tapi sikit je. RM50 sebulan. Alhamdulillah, saya rasa lega sebab saya tahu dalam rezeki saya ada rezeki orang lain.
Alhamdulillah kalau tanya saya sekarang. Saya betul-betul tenang dan bahagia. Jiwa terasa sangat lapang. Rezeki masyaAllah melimpah ruah. Sederhana tapi cukup. Kawan-kawan, semua bantu bila saya buntu dan staf-staf semua ramah dan boleh buat kawan.
Saya pernah dua ke tiga minggu tak check langsung atau tak withdraw langsung duit. Sampai terlupa berapa dalam akaun sebab rezeki Allah bagi tak pernah putus. Orang belanja makan, ada farewell party, birthday party. Jadi memang tak keluar duit langsung masa tu.
Duit minyak RM50 ringgit sebulan. Logik ke tak? Saya pakai kereta, pergi kerja ulang alik jauh jugak jaraknya. Tapi RM50 je sebulan. Jalan-jalan hujung minggu ada je tapi mesti ada orang offer ambikkan atau bawakan. Hehehe. Allah tolong, alhamdulillah.
Duit bagi pinjam kawan dalam RM 200. Gaji cuma RM500 je tapi boleh survive sebulan. MasyaAllah, baiknya Allah tolong saya.
Syukur sangat. Jadi, kawan-kawan jomlah kita tambah ibadah kita pada Allah. Solat sunat. Baca Al-Quran. Seronok sangat rasa bila diri dekat dengan Allah. Rasa diri bebas daripada masalah dan belenggu. InsyaAllah, kita ingat Dia, Dia akan ingat kita.
P/s: Saya cuma berkongsi. Maaf kalau ada yang tak senang dengan perkongsian saya. Saya dah rasa seronoknya bila kita dekat dengan Allah dan saya cuma nak bantu dan ajak semua kawan-kawan turut sama rasa apa yang saya rasa. Salam semua. Dah isyak dah ni.
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment