Sunday, 20 August 2017

Rindu Ibu

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku seorang wanita, sudah berkahwin dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Aku ni selalu duduk dalam bayang adik bawah aku, As namanya. Ibu aku banyak melebihkan keperluan dan banyak menangkan As dari aku kecil hinggalah kami dah dewasa.

Kecil-kecil dahulu aku selalu nangis sebab aku rasa terlalu rindu dengan ibu aku walaupun dia ada depan mata. Aku nak sangat perhatian daripada ibu aku. Ibu aku seorang suri rumah jadi aku memang ada banyak masa denhan ibuku banding adik di asrama. Aku pernah paksa diri aku untuk dapatkan 8a dalam Pmr supaya aku layak masuk boarding school macam adik aku. Alhamdulillah aku berjaya. Tapi orang kata budak lembab tak sama dengan budak cerdik. Aku selalu di tangga yang corot sebab terlalu lambat untuk faham. Nak nak lagi dalam sains tulin. Aku tahu aku tak sepatutnya terima tawaran itu. Tapi sebab aku terlalu desperate mahukan penghargaan daripada ibu aku.
Aku nak pengiktirafan daripada ibu.

Dari kecil aku ada berimaginasi untuk membunuh diri atau dibunuh didepan ibu atau ditimpa penyakit berat. Supaya ibu aku berikan aku perhatian saat2 hujung nyawa aku. Kadang aku akan ambil jarum/pisau aku akan menoreh tangan aku(luka hanya permukaan kulit), kerap juga aku menghentak kepala didinding jika aku sudah tidak mampu bendung perasaan aku. Aku harap aku boleh mati selepas itu. Dan setiap kali selepas mencederakan diri aku rasa lega. Dan aku boleh lupakan hal yang aku terasa pada ibu.

Tetapi apabila meningkat dewasa aku mula ‘kenal’ tuhan. Aku berhenti buat kerja bodoh sebab takut Allah tak terima aku jika aku bunuh diri tetapi imaginasi buruk tetap datang. Berulang-ulang lagi-lagi bila aku terasa pada ibu aku.

Aku sekarang hanya seorang suri rumah. Dengan kemahiran yang aku pelajari di kursus aku buat perniagaan kecil-kecilan sebagai seorang therapist. Sambil duduk dirumah jaga anak-anak. Banding adik aku bekerja dengan syarikat gergasi dan bergaji rm5k sebulan.

Ibu aku bandingkan aku dan adik aku. Pendapatan aku kecil tak boleh buat apa. Adik aku pula mampu buat apa sahaja. Sekali lagi aku paksa diri aku untuk berikan macam-macam yang mahal untuk ibu aku. Aku paksa diri aku bekerja dan bekerja untuk dapatkan duit. Kadang sehingga aku ikat perut, mujur suami tunaikan sgala nafkah. Ya aku tahu. Aku buat sebab aku mahu dapatkan pengiktirafan ibu aku.

Tapi sekarang aku sudah kurang sihat. Perniagaan aku pun kurang rancak. Aku selalu terbaring. Sakit dada menekan-nekan. Selera makan semakin berkurang. Badan aku dah macam penagih dadah. Tapi aku cuba paksa diri aku untuk mengambil client juga untuk lepaskan sejumlah wang yg aku perlukan untuk beri pada ibu dan ayah.

Aku pernah mengadu pada ibu hal diri aku. Aku sekadar mahu rasa diambil berat. Tapi ibu hanya dengar sahaja.

Beberapa bulan sebelum ini adik aku berkahwin dengan lelaki yang juga bergaji 5k. Ibu aku sering ceritakan mengenai suami adik aku kepada aku. Sebelum majlis mereka aku lihat ibu sangat gembira dan melakukan persiapan dengan sungguh-sungguh. Banding semasa majlis aku. Hantaran aku ibu sekadar letak dalam dulang. Tp adik aku ibu hias cantik-cantik. Ibu buatkan bunga tangan yang sangat cantik untuk adik. Bilik penganting pun sangat cantik. Sedangkan aku ibu aku suruh aku tidur diruang tamu bersama suami pada malam slps akad nikah.

Aku masih ingat air mata aku sentiasa menitik bila lihat semua apa yang ibu aku sediakan. Aku rasa sedih yg amat. Kadang aku rasa bodoh sebab aku memang tahu. Dari kecil lagi ibu banyak lebihkan adik kenapa aku mengharap lebih. Kadang aku doa banyak-bangak minta mati cepat. Sebab aku rasa terlalu sedih. Aku rasa kosong. Aku rasa rindu belaian seorang ibu. Aku tahu Allah lebih utama tapi aku juga manusia. Aku nak disayangi ibu.

Kadang aku rasa aku anak angkat ibu tapi bukti kukuh aku anak kandung dia. Sekarang aku semakin diamkan diri. Aku sudah jarang call ibu sebab ibu selalu bandingkan aku dengan adik. Atau pun suamiku dengan suami adik. Suami aku bekerja biasa sahaja. Gaji 1.5knsahaja tp alhamdulillah serba cukup untuk kami di kl ni.

Kadang aku rasa ibu lebihkan menantu gaji besar dia banding diri aku. Aku teringat macam mana aku dari jauh balik rumah ibu. Langsung tak makan sepanjang perjalanan yang ambil masa 5 jam. Sampai dirumah ibu, adik-adik lain tolong hidang makanan. Kebetulan makanan kegemaran aku. Aku baru sahaja nak jamah. Tak masuk mulut ibu da bersuara. Tinggalkan untuk menantu dia. Sedangkan makanan itu sangat banyak. Ibu mengulang-ulang ayat tu lebih 5x. Hingga akhirnya aku stop makan walaupun jamah sedikit sahaja. Ibu aku terus tutup dan simpan.

Aku ketika itu sangat terluka. Aku rasa ibu tak adil. aku anak kandung dia yang berapa puluh tahun dengan dia. Dan adik ipar yang waktu itu baru sahaja jadi ahli keluarga kami. seolah aku ni macam tiada kaitan dengan ibu aku. Aku ingat lagi waktu itu aku menggigil sebab penat, lapar, dan sedih.

Sejak adik berkahwin aku perasan aku semakin teruk. Hampir setiap masa aku nak mati. Aku tahu macam benda kecil tapi aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Aku tahu salah. Aku tahu rahmat Allah itu luas. Aku tak tinggalkan solat, ratib, zikir quran semua. Tapi perasaan tu tetap himpit dada aku.

Sehingga suami aku bawa aku berjumpa doktor tapi aku ok sahaja doktor kata. Suami aku risau melihat aku selalu lemah dan kerap sakit dada, sukar bernafas. Tetapi dia tidak tahu aku sering susah hati, aku selalu nangis, aku rindu, aku rasa kosong. Aku nak ibu aku. Bila semua ni terpa benak fikiran aku. Aku cuma nak mati.

Aku tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab suami aku seorang guru agama. Masyarakat sekeliling pandang tinggi pada suamiku. Dan membayangkan aku perfect. Aku malu untuk cerita pada orang mahupun pada suamiku. Sebab aku rasa malu. Ibu selalu lekehkan aku. Kadang bila balik dari rumah ibu aku rasa nak lompat dari kereta waktu kereta bergerak laju. Lagi bagus lepas tu aku hilang ingatan. Atau koma. Tapi aku takut tak cium bau syurga bila mati bunuh diri.

Aku minta maaf. Aku tahu karangan aku ni bercelaru. Aku cuma mahu meluahkan. Dan sekarang aku menangis semalaman sebab ingatkan ibu. Perasaan aku bercampur rindu, sedih, kecewa.

– Anak ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.