Assalamualaikum. Ini cuma sekadar luahan hati tatkala malam dan perasaan mula menghantui diri sehingga sukar melelapkan mata. Aku anak bongsu. Perempuan. Sejak mula masuk universiti, banyak benda aku belajar terutamanya dari segi spiritual.
Pernah suatu masa dulu, aku tersedar dari hidup yang aku sangkakan sudah cukup baik tetapi hakikatnya tidak langsung. Menjejakkan kaki di asasi pada minggu pertama, aku didatangi oleh sekumpulan “kakak Usrah”. Waktu itu masih belum sedar akan kuasa Allah yang mengurniakan hidayah kepada aku. Dipendekkan cerita, aku mendaftar sebagai ahli usrah. Akan tetapi aku tidak langsung gembira kerana satu perkara.
Setiap kali usrah, aku cuba elakkan diri. Nak keluar dari group usrah dah terlambat. Aih sudahnya terpaksa bagi macam macam alasan untuk tidak hadirkan diri. Kelentong ada assignment, ada meeting dengan classmate, ada aktiviti kolej. Macam macam aku kelentong. Sampai satu masa, terpaksa juga hadir. Ya, TERPAKSA. Sebab waktu itu hati tidak merelakan, jasad sekadar mahu exist di situ. Biasanya usrah mula dengan bacaan al Quran. Satu perkara yang aku sebutkan tadi. Sebenarnya dahulu, aku tak pandai langsung baca Quran. Senang cerita, butalah orang kata. Pernah satu masa disuruh baca lepastu merangkak rangkak aku tak kenal huruf. Malu dia hanya Allah je tahu. Waktu itu, dalam hati mula terdetik “Kena belajar ni. Malu kat orang.” Ya, masa tu niat sebab malu kat orang. Sebab tu niat tu semua hanya tinggal niat je. Sebab tak selalu ingatkan diri.
Tapi kenyataannya Allah masih ingin memberi hidayahNya kepadaku. Kebetulan kena pindah bilik dan dapat kawan sebilik yang memang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, akhlak, agama. Memang tiptop dari hujung rambut sampai hujung kakilah. Sejak dia ada, aku rasa makin malu dengan diri sendiri. Solat lewat, Quran tak baca, lepas solat angkat je sejadah tak baca doa. Tapi dia solat sunat, baca Quran, doa, zikir semualah complete.
Aku ambil inisiatif untuk baca Quran, solat sunat, zikir. Sebijik buat macam dia. Tapi Cuma part Quran tu je lah aku pura-pura. Yela, buta kan. Tapi aku try jugak. Dari tiru dia semua tu, satu benda yang kekal dengan aku. Solat awal. Satu anugerah yang bagi aku tak ternilai Allah pernah bagi dekat aku sejak masuk universiti. Kalau masa izinkan aku solat awal, aku memang akan sentiasa solat awal. Sebab aku ada satu pemikiran yang akan sentiasa berlegar dekat otak “Kalau Allah tarik nyawa aku kejap lagi and aku tak solat lagi nanti macam mana?”
Long story short, aku boleh katakana hari demi hari aku berubah kerana Allah bagi aku orang-orang yang baik untuk didampingi. Dah boleh baca Quran lancar sikit walaupun kadang-kadang some words tak dapat nak baca betul. Walaupun kadang-kadang tersalah tanda baca. Sebab pernah baca hadis, Allah bagi dua pahala untuk orang yang tak pandai baca Quran tapi cuba. The keyword here is CUBA. Alhamdulillah tak pernah terlintas Allah beri nikmat sebegini dalam masa 3 tahun.
Tapi masih lagi sedih. Sebab bila balik rumah, tak ada sesiapa yang baca Quran. Parents tidak. Alasan mak tak dapat jaga wuduk. Ayah pulak lepas balik Haji sahaja la baca. Itu pun tak sampai 2 tahun. Solat pun Zohor dengan Asar. Maghrib dengan Isyak. Sekalikan. Aku sedih sangat sebab kalau dulu ayah jenis solat sunat, zikir, berdoa banyak. Tapi sekarang… dah lain.
Aku bersedih hati sebab kenangkan kalau tak mereka yang doakan aku siapa lagi…. Setiap kali lepas solat aku mesti doa “Ya Allah jadikanlah kami keluarga yang sentiasa solat awal waktu, membaca al-Quran, menunaikan ibadah sunat. Ampunilah kami seandainya kami tidak mensyukuri nikmat yang Engkau berikan.” sambil memikirkan mak ayah. Kalau aku tak boleh solat, memang tak ada orang baca Quran di rumah. Setiap kali balik rumah bila dah lama tak balik, mesti rasa macam ada satu perasaan tak baik. Selalu rasa tak puas hati, rasa nak bergaduh, rasa rumah ni panas je.
Apa yang harus ku lakukan?
P/S: Ini bukan nak aibkan sesiapa. Cuma perlukan bimbingan.
– Perlu Bimbingan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment