Harini aku tertarik nak menulis lepas baca dua kisah; ‘Masalah ADHD’ dan ‘Its the little things’. Lebih kurang macam brother papadom, aku lelaki, 30-an, berkahwin, anak 2.
.
Dari kecik walaupon aku macam ada mild ADHD yg tk pernah di diagnose, tapi sebab aku asal dari kampong yang keluarga pon financially tak brapa senang, aku sentiasa belajar bersungguh2 dan berusaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Dengan keputusan SPM 9A1, aku dapat biasiswa belajar di luar Negara, dapat keje best dalam oil & gas, keje naik helicopter, gaji lebat. Dalam 2-3 taun keje dah simpan ratusan ribu. pastu aku resigned, sekali lagi keluar untuk sambung master pulak sebab aku nak dapatkan keje dan position yang aku suka. Sebelum habis tulis desertation, aku dapat keje baru yang aku idamkan, gaji pon best jugak. Selepas tu aku rasa umur dah cukup untuk kahwin, so aku pon kahwin. Dapat pulak isteri yang bekerjaya walaupon bidang lain2.
.
Lepas kahwin kami hidup macam keluarga biasa, isteri sibuk dengan kerjaya dia, aku sibuk dengan kerja dan routine harian biasa. habis keje, work out or exercise kat gym. Konon nak maintain badan zaman bujang macam masa duduk luar negara dulu2, tapi lama2 naik jugak hahaha. Alhamdulillah tak lama lepas tu dapat anak sorang. Tapi activity harian kami berdua macam biasa. Aku makin sibuk nak tambah saving dan buat investment. Orang lain tengok kami dari luar macam best kan? Hidup bekeluarga, travel sana sini, takde masalah wang. Apa yang aku nak selalu dapat. Tapi …
.
Ok sekarang baru masuk cerita yang aku nak sampaikan. Dalam kami berdua sibuk dengan kerjaya dan activity harian, anak kami yang pertama terabai. Kesian dia main sorang2 ataupon main dengan orang gaji. Aku tak ambil kisah sangat dengan perkembangan anak, serahkan bulat2 pada isteri aku sebab aku percaya dengan latarbelakang bidang perubatan dia. Tapi sebenarnya isteri aku pon busy dengan kerjaya dia. Kawan2 aku pernah jugak cadangkan untuk install apps yang monitor perkembangan anak2, aku mengiya kan je, tapi tak pernah install. Ada jugak yang pernah menyuarakan concern mereka sebab anak aku umur setaun lebih tapi tak bercakap lagi, taknak main dengan budak2 lain, tapi sebab terlalu dengar cakap orang2 sekeliling yang lain ‘takpa perkembangan budak berbeza, ada yang lambat ada yang cepat’. So aku buat acuh tak acuh. Aku fikir nanti sampai masa pandai la dia cakap. Bile dia dah mula paham and tau cakap aku ajar lah calculus, linear algebra tu semua.
Sampai la umur anak aku masuk dua taun setengah tapi tak pandai cakap lagi. Kami mula risau, bawak jumpe doctor kanak2, doctor sahkan dia ada speech delay. So ikut recommendation doctor buat hearing test (hearing takde masalah), jadi hantar anak ke speech therapy. Selepas beberapa sessions, speech therapist kata anak aku banyak tantrum, tak bekerjasama dan tak mendengar arahan. Dia cadangkan anak aku hantar ke behavioral dan occupational therapies. So bertambah therapy anak aku kene pergi.
.
Bile umur 4 taun di pra sekolah pon cikgu complain yang anak aku tak tau duduk diam, tak focus, tak mendengar arahan. Kami mula membaca dan mengkaji tentang perkembangan kanak2. Anak aku ada sikit2 ciri budak2 austistic. Along the way kami juga pergi jumpe doctor lain untuk mendapatkan second opinion dan proper diagnose, dah anak aku di sahkan menghidap ASD/ Austism. Masa ni kami tak terkejut sangat, sebab dah agak, tapi terkilan tetap ada. Ye la, sapa tanak anak yang normal, nak petah bercakap, dah main macam kanak2 yang lain? Kami suami isteri duduk berbincang dan tengok balik kesilapan2 kami. Walaupon takde sapa tau punca autism, atau faktor2 yang membawa kepada austism, aku tetap menyesal tak ambil berat perkembangan anak aku. Sejak dari tu aku dah kurangkan masa untuk diri sendiri. Setiap hari lepas balik keje aku cube luangkan masa untuk anak aku. Berbual2 dan bermain dengan dia.
.
Kalau dulu aku berkira nak belikan mainan untuk dia, tapi sekarang rumah aku dah macam nursery penuh mainan dengan buku cerita kanak2. Kalau mula2 aku berkira nak hantar dia ke therapy private yang biasanya charge 200-300 / session (1 jam) tapi sekarang setiap seminggu aku hantar dia ke 3 therapy sessions – speech, behavioral, occupational, satu session sehari. Untuk membantu perkembangan dia, kami jugak hantar dia ke kelas renang, dan social group supaya dia bergaul dengan kanak2 lain. Kalau dulu aku tinggalkan dia dekat playground dengan orang gaji supaya aku boleh jogging keliling taman, tapi sekarang aku stay main sama2. Kalau dulu aku pergi gym petang2, sekarang ni aku buat activity yang boleh aku lakukan sama2 dengan mereka, ataupon bile mereka tidor, samaada malam atau awal pagi. Alhamdulillah anak aku dah mula show progress, dah boleh bercakap sikit2 walaupon tak capai target usia dia. Dah pandai menulis dan membaca. Sekarang ni aku akan rasa bersalah sangat kalau nak tinggalkan budak2 tu dengan orang gaji tanpa alasan yang kukuh. Anak yang ke dua so far Alhamdulillah ok. InshaAllah aku harap budak2 tu akan membesar dengan sempurna dan berdikari.
.
Apa yang aku nak sampai kan untuk muda mudi yang lain ialah:
1) Berkahwin dan bekeluarga bukan perkara yang main2. Pastikan anda betul2 bersedia sebelum decide untuk kahwin. Persediaan kahwin bukan dengan kumpul wang hantaran sahaja, tapi sila tambah ilmu hidup bekeluarga dan cara2 membesarkan anak2. Ilmu pendidikan awal kanak2 adalah sangat penting.
2) Luangkan masa bermain sama anak2. Mereka takkan pandai dalam sesuatu kalau tak di asuh. Kebolehan bercakap takkan datang tanpa stimulation.
3) Duit bukan segala-galanya. Duit boleh di cari, masa yang lepas takkan kembali.
4) Jangan mudah judge kalau nampak budak2 throw tantrum atau berperlakuan tak normal, sebab kita taktau apa underlying issue yang budak2 tu ada; ASD, ADHD etc?
5 ) ..
6) .. abang2 kakak2 yang berpengalaman boleh share pengalaman masing2 supaya dapat digunapakai oleh muda mudi yang lain
– Abdullah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment