Sunday, 20 August 2017

Manusia Berperangai Pelik

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Tujuan saya tulis confession ni sebab saya nak minta pendapat daripada pembaca disini. Mana tahu, mungkin ada orang yang berperangai pelik macam saya atau korang ada kenal sesiapa macam saya.

Nama saya Sya dan saya merupakan seorang student di IPTA. Okey, hampir 20 tahun saya hidup macam ni. Saya tak tahu ni sejenis penyakit ataupun tidak.

Kehidupan saya macam orang biasa, alhamdulillah saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Orang lain tengok saya, diorang takkan sangka saya pelik. Saya saja yang tahu yang saya ni pelik.

Saya akan jadi pelik bila saya berseorangan. Mungkin sebab saya kuat baca novel dulu (sekarang dah tak baca) atau sebab saya kuat berangan. Setiap kali saya berseorangan dalam bilik, kalau saya bosan main phone, saya akan mula wujudkan situasi yang tak pernah jadi kat saya.

Contoh kalau time tu saya tengah baring, saya akan berlakon macam dekat hospital. Saya bayangkan ada wayar kat tangan, ada orang ziarah, ada doktor merawat, duduk atas katil hospital dan macam-macam lagi. Pelbagai situasi saya wujudkan. Sampaikan saya pernah wujudkan situasi saya sedang nazak. Ya, saya sendiri akan main watak saya sebagai pesakit. Saya akan bayangkan orang datang ziarah, bersembang dengan saya, dan pada masa tu saya juga gerakkan bibir saya menandakan saya bersembang tapi tidak bersuara. Watak saya ada, watak orang lain dalam bayangan saya.

Sekarang kan cuti semester, bila waktu sekolah ,rumah saya akan sepi sebab masa tu hanya ada saya dengan kakak. Biasanya kakak akan turun pukul 12tgh hari. Jadi, kat ruang tamu memang akan kosong. Di ruang tamu tu, ada satu cermin yang panjang. Bila saya turun ja nak ke ruang tamu, akan jumpa cermin tu dulu. Bila nampak ja cermin tu dan tiada sesiapa disitu, saya akan wujudkan situasi macam kat tempat shooting. Sama ada saya jadi pengacara, pelakon atau model. Yups, saya akan bercakap macam pengacara tapi tidak bersuara, berjalan macam model sambil membayangkan ada photographer yang tengah snap gambar saya.

Kalau tengah drive sorang, saya akan bersembang seolah-olah ada orang sebelah saya. Tapi saya tahu, tiada sesiapa pon. Dalam kereta saya bersembang mengeluarkan suara. Tapi, jarang jadi kalau dalam kereta.

Benda ni bukan jadi bila saya kat rumah ja. Waktu saya di kolej kediaman pon saya macam ni juga. Kalau kawan-kawan keluar ke kelas (roommate saya tak sama course dengan saya), saya akan jadi macam kat rumah. Macam biasa lah, saya akan wujudkan situasi. Wujudkan watak. Kadang-kadang tengah study pon, bila time saya rehat sekejap, saya jadi macam tu.

Saya sedar apa yang saya buat. Benda ni saya boleh kawal, tapi entahlah. Nak jugak wujudkan benda tu.
Macam mana eh nak buat? Kalau saya dapat persoalan macam ni. Saya akan cakap kat dia “sibukkan diri awak”. Yes, saya sendiri dah cuba sibukkan. Tapi jadi jugak.

Saya takda pon cita-cita nak jadi macam watak yang saya wujudkan tu. Saya ada ramai ja kawan. Cuma saya jadi macam tu bila saya rasa macam dah takda apa nak buat. Dari kecil lagi saya berperangai macam ni tapi saya tak pernah cerita kepada sesiapa pon. Sekarang baru rasa macam serius nak tahu apa masalah diri sendiri tapi takut dan malu nak cerita kat orang secara face to face. Pelik kan?

– Cik Pelik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.