Monday, 30 April 2018

Murabbi Munafik

PengakuanKu

Salam guys. Harini nak ckp pasal pengalaman aku hidup dgn seorang insan bergelar Murabbi ni. Semuanya okay sampailah aku betul2 kenal dia ni.

Byk benda bagus yg dia buat aku akui. Ye, semua benda yg dlm description usrah tu la. Dia byk bagi tazkirah pasal semua benda bagus tu. Tapi yang paling aku geram adalah dia sembang semua pasal tu tapi satu pon tak buat. So, aku simpukan ape yg dia buat tu jadi fitnah balik pada agama. Ye agama ajar suruh buat benda baik tapi ko tak buat pun pehal? Ckp je tapi sentiasa sakitkan hati org dengan tingkah laku kau? Dah kenape sang murabbi oi?

First, kau cerita pasal Common sense tapi bila aku duduk dgn kau kau takde pun buat semua tu. Waktu org lain masak kau buat ape? Tido dalam bilik. Bila dh siap ko keluar dengan selamba nya ckp oh korang dh siap masak ke? Yg tadi kitorang sibuk masak kat dapur tu kau pekak tak dengar ke? Ke saje buat tak dengar? Bila org panggil ajak kau masak kau buat muka. Tapi bab melantak tak ingat dunia. Lepas makan pulak kau bangun basuh pinggan kau je. Takde nak volunteers ambil periuk utk basuh ke, yg paling sakit hati kadang2 kau tinggal sikit sgt dlm periuk tu just sebab x nak basuh. Weyh, kucing tgok pon x kenyang tau lauk yg kau tinggalkan tu. Pemalas nak mampus. Makan je la habiskan pastu basuh. Bertanggungjawablah sikit. Sinki pulak, aku tak tahu la kau ni spesis anak raja ke apa konon geli nak pegang sisa makanan terus kau biarkan org lain yg bersihkan dah kenapa? Rumah sama2 tanggungjawab bersama la. Islam tu ajar suruh kita jadi pembersih, kau pulak buat yg sebaliknya? I kenot brain la wahai murabbi!

2. Sidai kain. Kau sidai kain kau smpai seminggu tak berangkat buat macam penyidai tu kau punya dh kenapa? Klau kau nak guna personal punya penyidai beli la sendiri. Jgn buat harta barang awam. Org lain pun nak guna jugak. Igt kau sorang je ke yg basuh baju? Be considerate sikit.

3. Bila makan atau pergi kat kedai. Tak kisahlah masa lepak mamak ke, kedai makan ke hatta beli barang sekalipun ko jgn la buat drama tertinggal dompet ke ape ke. Dh tua sgt ke smpai nyanyuk nk bwk duit. Pastu gune duit org then lama2 buat2 lupa. Klau ko nk bayar pun ko bundar kasi org lain rugi. Ko bayar kurang takpe eh, wth? Org lain pon dpt ptptn/elaun sama ngm kau tapi kenapa ko no makan duit org smpai mcm tu? Buatnya org tu tak halalkan utl kes yg ko buat2 lupa tu camne? Ko tahu kan hukum hakam agama, aku takyah nk citer detail ngn kau.

Smpai sini je la coretan aku. Aku cuma nak ckp sape2 yg jadi murobbi ke kak usrah ke ketua biro keagamaan, ketua organisasi agama ke atau ape2 yg berkaitan ngn agama ni tolong la jaga akhlak tu dgn baik. Cerminkan islam yg sebenar. Pkai tudung labuh, berserban 24 jam pun klau perangai lahanat kau dah jadi fitnah utk agama kau. Korang Golongan yg perlu dicontohi, highlight pada masyarakat, bukan utk dikeji. Oh ya, baik kat luar saje tapi dgn org sekeliling, rapat ngn kau kau buat perangai lahanat pun tak gune jugak. Secara tak langsung kau jadi fitnah utk agama weyh. Hilang respect aku kat kau. Aku tak expect kau jadi perfect tapi tolonglah jaga benda basic ni dan buat ape yg ko ckp. Please jgn sembang kencang guna dalil al quran bagai tapi dalam senyap ko kencing org sekeliling kau.

Aku cadangkan kementerian pelajaran Malaysia buat lagi satu subjek baru which is subject common sense. Dan pastikan semua org pass sebelum masuk Uni. Waktu orientasi uni ataupun utk budak overseas masa btn tu mohon highlightkan benda ni sbb penting gila. Kita tak mahu generasi buta common sense ni membiak dan merosakkan hidup org lain. Dari kau buat program tepuk bodoh2 yg tak membantu langsung masa orientasi tu baik kau buat program didik masyarakat tentang hidup bermasyarakat.

– -yg terguris-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Terlalu Mengejar Kemenangan

PengakuanKu

Guys, apa solution utk hilangkan rasa give up dalam hidup? At some point, kau rasa life ni useless bagi kau. Hidup as aku, kekalahan, kegagalan adalah suatu benda yang susah kau nak terima. Kadang-kadang aku akan jerit tetiba, cakap sorang2, I’ll hit myself for not doing my best. Aku ada insomnia. Aku tak boleh tidur sebab terlalu fikir kenapa benda ni jadi kat aku. I’m not sure if it small mater for u guys. Have u ever being scolded by ur lecturer in front of ur friends? Pernah tak kau rasa kadang-kadang kau nak buat terbaik, end up kau tak dapat benda tu. Macam kau buat habis gila untuk dptkan anugerah etc but end up kau tak dapat pun. Malahan, lagi teruk kau dapat. Aku rasa malu yang teramat. Teruk sangat ke aku sampai jadi macam ni? Aku tak rasa syok sndiri, some of my friends realize this part. They gave me this quotes “jangan terlalu mengejar kemenangan sampai kau lupa erti kegagalan”

Aku tinggal lagi 5 bulan je nak habis study. Baru-baru ni aku dapat berita kawan-kawan aku ramai dapat interview. Tapi aku…? Tak dapat langsung weh. Even aku apply lagi awal dari diorg. Aku bahagia je kawan-kawan aku dapat, sbb aku still rasa kami punya degree ada valuable market. But then, aku tnya diri sendiri.. apa yang aku kurang dan kawan aku lebih. Which part yang patut aku baiki..? Aku sangat disappointed dgn diri sendiri, for not being the best. Aku benci kekurangan, aku benci bila diri aku kurang dari kawan yang lain. Aku tnya Allah, kenapa aku tak dapat peluang yang sama macam kawan-kawan aku. Kenapa?

Surprisingly, Allah jawab esok harinya. Caranya? Seawal 8pagi satu company ni call aku utk dtg interview. And guess what? Within same week, aku kena submit thesis aku pada lecturer. Aku agak clumsy and exhausted minggu tu. Aku tetap gagahkan diri pergi interview. Aku ada sertakan result every sem dalam file. You guys know what? Result aku mix bm bi. Which is not synchronized. The interviewer asked me, awak belajar Bahasa melayu ke? “I said not”. Then why ur examination result for each sem tulis Bahasa melayu? I admit that I wasn’t aware about that. Then dia buat muka macam tak puas hati, she cannot figure out what subject that I’d learnt in my course. Dan ada few part yang dia tegur “ why you keep repeating ur words, and etc”

Aku sangat nervous masa tu. Some question yang aku boleh jawab and some didn’t. Aku ambil masa around 20minutes je masa tu utk iv. But the one previous me yg interview dgn org sama took about 1 hour. Faham tak apa yang aku rasa sekarang ni? Aku rasa teruk gila. I couldn’t stop blaming myself, I’ll keep jerk myself as I wasn’t gave my best on that day.

And now, aku rasa bersalah sangat dengan Allah. For asking something that you shouldn’t. Allah dah bgtau awal2, that He will give you at the right time at the right place. Jangan persoalkan kerja dia. Dia tau apa yg terbaik untuk kau.

For you guys, I hope that u guys can take this as reminder. Jadikan aku sebagai pengajaran. Aku menulis cerita ni sebab aku tak nak ada manusia lain rasa macam ni juga. And one more things, tolong aku cara nak solve masalah give up? How can I stop myself from “screaming without reason and out of sudden”, “cakap sorg2” “ketawa sorg2” “lying on bed for the whole day” “tak makan seharian”. This are few problems yg aku hadap sekarang ni. Please jangan nasihatkan aku untuk selalu dekatkan diri dengan Allah, be close to ur friends and etc. aku pun tau benda2 ni.

Thanks pada yg membaca
-lol-

– aisy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mainan Tidur Yang Seram

PengakuanKu

Lewat petang hari itu, teman dalam perjalan pulang dari rumah Abg Long, ada sedikit majlis jamuan. Kume bertiga, termasuk ayah dan bonda teman. Alang-alang bercuti sehingga Selasa, teman boleh lah bawa mereka berjalan. Jika di waktu biasa, petang Ahad sebegini alamatnya sudah pulang ke Kuala Lumpur.

Jarak perjalanan pulang kira-kira 70KM. Tapi, terasa begitu jauh dek kerana menahan mengantuk.

Sesampai di rumah ayah dan bonda, teman terus merebahkan diri. Jam kira-kira 7:30 malam waktu itu, Azan maghrib baru sahaja berkumandang.

Hajat teman, mahu melelapkan mata sebentar sahaja, namun terlena sehingga ke jam 10:30 malam.

Kemudiannya, teman bangun dan mandi membersihkan diri. Sempat juga menjamah sebiji limau buat menyegarkan diri, menghilangkan mengantuk yang masih menebal.

Sebaik sahaja selesai menjamakkan solat, teman bingkas bangun, sambung berbaring di kamar teman. Zikir-zikir sunnah selepas solat, teman baca sehinggalah tertidur.

Dalam pada itu, hanya mata yang tertutup, fikiran ligat befikir beberapa perkara, sambil itu, teman menyelitkan doa, agar segala urusan itu dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Sedang teman asyik berfikir, tiba-tiba ada sesuatu menghampiri , seperti ikut berbaring mengiring rapat betul-betul di sebelah kiri sebelah teman. Kemudian, ia semakin mendekat, betul-betul di sebelah daun telinga teman. Tanpa dapat dihalang, ia kemudian seakan menghembuskan nafasnya, seakan meniup ke daun telinga.

Peristiwa itu berlaku begitu pantas, hanya beberapa detik, amarah menguasai diri, teman terus bingkas bangun, tangan kiri bersiap sedia mahu menghayun ke makhluk itu. Kali ini, makhuk itu akan teman tepuk, ini bukan kali pertama teman diganggu sedemikian rupa, dengan cara yang sama, menghembuskan angin di daun telinga teman.

Namun, batang tubuh teman bagaikan telah dipasung, kelopak mata tidak dapat dibuka, apa lagi mahu maenghayun, menepuk makhluk itu. Penat teman mencuba, teman bagaikan berperang dengan diri sendiri untuk bangun.

Lalu, teman membuka langkah dari dalam, ayat Qur’si teman baca, kemudian bertakbir dan tahmid, memohon kekuatan dari Yang Maha Esa, sang pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Kemudian, teman membayangkan di dalam hati, seolah teman meniup ke sebelah kiri teman.

Berbagai perkara menerjah masuk ke fikiran teman waktu itu, apakah ini mimpi, apakah benar-benar ada makhluk yang mengganggu teman, atau adakah ini sekadar sleep paralyses seperti kata ahli-ahli perubatan, dan berbagai perkara lagi, sambil jantung berdegup kencang.

Namun kali ini, amarah lebih menguasai diri dari perasaan takut. Perlahan-lahan seakan satu kekuatan tiba,

“Bukkkkkkkkkk,” teman berjaya menepuk setelah lama berperang mahu menghayun tangan.

Teman bangun dan menoleh ke kiri, kosong. Teman hanya menepuk tilam.

“Mungkin ini hanya mainan tidur, entahlah….” bisik hati teman dalam keadaan duduk di katil.

Teman bingkas bangun kemudiannya, menuju ke ruang tamu. Bonda masih nyenyak tidur. Ayah teman pula pukul tiada di rumah, tidur di dangau dusun, menjaga durian.
Hanya kume berdua sahaja malam itu.

Perlahan-lahan, teman membuka pintu rumah, menuju ke halaman dan menuju ke suatu pohon, memetik hujung dahan halus pohon Bidara.

Jika benar ada makhluk halus yang mengganggu, pasti dia akan tersiksa dengan kehadiran daun Bidara, daun yang biasa digunakan semenjak zaman-berzaman dalam merawat gangguan jin dan disertakan dengan bacaan-bacaan ruq’yah.

Jika manusia tersiksa dengan bau busuk, jika lipas tersiksa dengan bau pandan, maka bangsa Jin pula tidak selesa dengan Bidara. Begitulah syarahan seorang ahli agama apabila ditanyakan mengengai kaitan pohon Bidara dengan amalan Ruq’yah.

Kemudian, teman letakkan daun Bidara yang berduri itu di sebelah teman. Sambil berbaring, teman baca sebahagian ayat Surah Al Baqarah. Menurut hadith, syaitan tidak akan hadir di rumah yang didalamnya membaca surat Al Baqarah.

Teman biasanya balik ke rumah Ayah Bonda sebulan sekali, namun jarang benar rasanya teman membaca Al Qur’an dalam rumah ini. Teman menginsafi diri…..

————————————-

Teman masih tidak dapat tidur, lalu membuka Whatsapp di phone bijak, menulis apa yang berlaku dan meluah rasa di sebuah group Whatsapp. Ahli di dalamnya terdiri daripada peminat IT, dahulunya kami saling kenal mengenali di forum TBD.my, kini forum itu hanya tinggal sejarah, segala aktiviti sosial hanya di group Whatsapp ini sahaja. Dengan mereka, teman selesa berkongsi bermacam cerita.

Jam kira-kira 1:00 pagi waktu itu, selepas beberapa ketika, muncullah 3-4 orang ahli yang membalas, mereka ini malamnya seperti burung hantu, pabila siang, tidak juga menghilang diri. Teman tak pasti bila deme ni tidur.

“Sleep paralysis kot Matz, sebab penat” kata Acey, seorang ahli TBD yang berasal dari Johor.

Teman membalas, “Tak pastilah. Duduk dekat rumah sewa KL tu, bermacam penat ada datang, pernah juga tertidur macam tu, tapi tak pernah jadi walau sekali pun.”

Peristiwa itu masih menjadi teka-teki dalam diri teman, mengapakah gangguan ini hanya berlaku di ruma ini.

Teman menambah bicara, membuka cerita yang terjadi kira-kira 5 tahun dahulu.

Di waktu itu, rumah ini hanya ada ayah, bonda dan abang teman. Deme bertiga sahaja. Yang lainnya belajar di universiti dan ada yang bekerja di ibu kota.

Di suatu masa, ayah dan bonda teman pergi Umarah, 3 minggu lamanya seingat teman. Tinggallah abang teman seorang diri di rumah ini. Seminggu sekali teman datang menjenguk, kerana jarak kampus teman dengan rumah hanya lebih kurang 45 minit perjalanan.

Abang teman ini bukanlah seperti insan lain. Dari kecil sudah disahkan terencat akal. Tapi boleh membaca dan menulis, juga boleh menjaga diri, cuma IQ di tahap kanak-kanak.

Di kala teman menjengukknya pada hujung minggu, tiada apa yang pelik teman perasan. Semuanya dalam keadaan biasa.

Rupa-rupanya, abang teman ada diganggu sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dia punya takut, sehinggakan setiap langsir tingkap ditarik rapat kemudian dikepil dengan pengepit. Kemudian, Bonda cerita lagi, abang teman diganggu.

Pada teman, mungkin itu hanyalah perkara biasa, dia takut akan bayang-bayang sendiri kerana tinggal seorang diri.

Sehinggalah di suatu hari, teman menyaksikan sendiri di depan teman, sebuah peristiwa yang mengubah persepsi teman terhadap hidupan selain manusia dan binatang.

Pada pagi itu, secara tiba-tiba abang teman seakan nampak akan sesuatu, dia memanggil-manggil ayah dalam keadaan takut dan menggelabah, dia ingin ayah melindungi dia. Kemudian, jari di tangan kanannya mengerekot seperti gaya mencakar. Lagaknya itu tidak ubah seperti tangan perempuan perempuan tua hodoh lagi jahat seperti di dalam filem. Kemudian, tangannya seperti ditarik-tarik ke dinding, teman lihat abang cuba melawan.
Teman hanya tergamam melihat, tidak tahu apa yang boleh dibuat, hanya membaca ayat Qur’si dan dihembuskan ke arah abang. Kejadian ini hanya terjadi beberapa minit.

Apakah ada makhluk yang ingin berdamping dan memasuki tubuh, tidaklah teman tahu. Tapi, perkara seperti itu pastilah menyakitkan dan menyeksa jiwa.

Kejadian itu, lebih kerap terjadi beberapa bulan sebelum itu lagi. Cuma, yang teman lihat, hanya kejadian susulan yang jarang-jarang terjadi. Teman memang betul-betul tidak tahu sebegitu dahsyatnya gangguan terhadap abang teman.

Ayah sudah mendapatkan pemeriksaan di Hospital. Juga telah berjumpa dengan ‘specialist’ di hospital besar Ipoh, namun, tiada apa masalah kesihatan menurut doktor. Rawatan alternatif dengan ayat Ruq’yah dilakukan selepas itu.

Perlahan-lahan, rasa bersalah mendampingi diri ku. Tempoh 3 minggu dahulu teman hanya menjenguk sekejap di hujung minggu. Keseorangan menanggung gangguan batin seperti itu, tanpa ada yang menolong, siang dan malam dalam ketakutan.

Maafkan teman, abang.

Berbalik kepada peristiwa malam tadi, apakah ada kaitannya? Mungkin kah ada makhluk yang ingin mengganggu ku pula? Teman tidak tahu.

Namun kini, aku lebih bersedia dan lebih berani, pengalaman mendewasakan aku. Tidur tiap malam, walau masih diganggu, tingkap bilik aku tidak pernah tutup juga.

Lantaran gangguan abang aku jugalah aku menanam pohon Bidara di depan rumah.

Jika lawan ku bukan biasa-biasa, aku juga bukan biasa-biasa yang boleh dia permudahkan.

Hanya kepada Allah AzzaWajalla jua lah tempat berlindung kita semua.

Jika hari ini kita takut, maka, ingatlah, di alam kubur sana pasti lebih dahsyat, seorang diri dalam gelap gelita, bertahun-tahun lamanya, ada yang disiksa, ada juga yang diberikan nikmat, bergantung kepada amalan masing-masing di dunia semua itu benar-benar akan terjadi kepada setiap dari kita….

– matz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Yang Keliru

PengakuanKu

Salam. Saya yg tulis artikel haritu. Tapi saya nak edit sikit beberapa part sebab rasa mcm ada ayat yg mengaibkan abah saya. Walau apapun saya ni anak. Harap dpt post balik.
hi. assalamualaikum. nama aku hayati. aku ni duduk di tengah tengah bandar kuala lumpur. currently taking a degree dekat sebuah university awam yang taklah terkemuka mana, aku tergerak nak tulis pasal benda ni sebab aku rasa macam takde sape yang faham dan tahu dan kisah pun pasal cerita aku. so this is my story.

mak aku housewife, ayah aku pulak ‘bekerja sendiri/I dontknow’ tapi dia ada pendapatan sendiri. cumanya kitorang ni duduk dengan adik mak aku. bapak aku ada pendapatan but it is not enough to pay bills and cars and astro and sometimes groceries. well nasib baik lah adik mak aku ni tak kahwin, dia teruna terlajak usia sebab maybe asyik busy dengan kerja. dia lah yang tanggung family kitorang. dia selalu lah Tanya parents aku ada duit ke tak, Tanya aku ada duit ke tak, langsung tak berkira.

aku selalu cuba mengelak dari discuss hal2 family bila dengan kawan2 sebab I don’t think they can relate and understand even if I tell them my story. tiap kali aku balik rumah bila cuti sem, aku akan disambut dengan kekecahan rumah yang ultimatum (does that word exist?) rumah tak bersapu, cawan kotor sana sini, dapur yang berkecah, kadang2 baju tu aku ingat kat mana dia tergantung sebelum aku balik U, situ jugakla baju tu tergantung bila aku balik dari U, and the list goes on. sometimes I feel like my parents doesn’t care about us. I am confused. they treat us with so much love, I mean, we can talk about anything, laugh about everything and kitorang ni manja sangat. tapi bab baju, seluar, kasut dan sebagainya, it’s not like they don’t have the money, but they simply don’t care. bila aku dah habis sekolah ni aku lah yang selalu mintak duit dekat parents aku untuk belikan baju tshirt untuk adik2 aku, kasut, barang barang kelengkapan n sebagainya. kalau tak diorang akan recycle baju 10 tahun lepas untuk bagi adik adik aku pakai. sebab tu aku kata aku confused. it is not like I have never slow talk dengan diorang, tapi
1, aku tak boleh cakap lebih takut terkecil hati.
2, dah pernah cakap tapi they just took that lightly.
bayangkan lah confidence aku kalau time terCrush dengan orang ke apa ke, selalu rasa aku ni tak layak untuk sape sape sebab background hina dina tak proper.

kalau bab raya or apa2 pun susah nak sama2 sebab kereta. kitorg ni guna kereta pakcik aku so kadang kadang pakcik aku balik raya tumpang sedara lain dia kasi kitorang pakai kereta sebab nak balik kampong lagi satu. and bapak aku selalu rasa rendah diri kot bila dengan family mak aku sebab reputasi dia so dia jarang balik. kalau kitorg balik kg mak aku dia tak ikut, adik aku yang bawah aku pulak sorang ni dia mcm memberontak. aku paham dia rasa marah dengan semua yang jadi, kenapa kene hidup menumpang, kenapa bapak dia tak macam bapak orang lain, kenapa aku yang kene beli baju and keperluan dia, kenapa mak bapak dia mcm tak kisah dengan dia. aku pun rasa mcm dia cumanya BAGI AKU hidup ni, 20 tahun je parents kau mampu affect hidup kau, baik atau buruk, whatever the damage they cause, aku masih ada control untuk hidup aku, future aku. cumanya banyak kali aku slow talk dengan adik aku ni tapi dia masih marah-marah. adoi pening kepala hakak. belum lagi dia bergaduh dengan adik adik bawah dia ya ALLAH sabo je la. segala maki hamun keluar.

bila aku balik dari U, aku ni macam homeless yang tumpang rumah org. aku takde bilik, apatah lagi katil. ada la satu compartment dlm bilik parents aku untuk baju2 aku. and aku tido dekat sofa dekat living room. tapi untuk situasi ni, aku faham la. rumah kitorang pun bilik ada 3 je. satu untuk pakcik aku, satu untuk parents aku and satu untuk adik2 (5 orang) aku. bab makanan kitorg tak pernah ada masalah, kami sangat lavish dari segi pemakanan cumanya dari segi material tu. entahlah. pakcik aku tu mampu je nak beli macam2 dia pun org besar dekat company dia but sometimes dia ni tak effective dalam membeli. and sapelah aku nak tegur dia pasal membeli sedangkan dia yang tanggung family aku, untuk education pulak mak aku sangat educated, she is an engineer before tapi berhenti kerja untuk jadi housewife maybe sebab dia husnudzon kat yg pasangan hidup dia yang mampu menyara keluarga. at the end, she’s stuck. bab reading material, bab English education ke, inshaaAllah kitorg takde masalah. rumah kitorg baaaaanyaaaak buku. national geographic, reader digest, Shakespeare punya buku pun hado kau rase? aku ni siap pernah hafal 9 juzuk alquran sebab aku pernah masuk tahfiz. cumanya parents aku ni mcm aku tak tau la trauma ke (kitorangg ada tragedy) , tak mampu cope dengan hidup berkeluarga ke apa?aku tak faham kenapa aku boleh ada sense tu kenapa diorang takde sense tu? sense untuk take a good care of their children?

aku ni bila balik, tak sempat duduk lagi aku dah start kemas rumah tu sebab geram sgt tengok rumah dah macam tongkang terbalik. lagi satu aku tak tahu kenapa aku rasa yg aku sorang je yang ada sense untuk mencantikkan rumah kitorg. percaya tak, langsir rumah tu langsung takde effort nak tukar. bukannya suruh beli mahal2, yang murah2 je, pun tak beli. Aku paksa baru beli. benda2 lain yang merepek2 tu boleh pulak beii sampai beratus. aku yang tukar langsir, yang pasang, kalau aku tak tukar langsir tu akan stay kat situ smpai bertahun tahun. dinding pun tak bercat beb. korang mesti terkejut tengok rumah aku. sadis. mind u aku ni baru 22 tahun, apahal pulak aku yang kena uruskan semua ni. paham tak apa yang aku cuba sampaikan? haih. sofa baru beli dan kerusi biar je terkoyak2 kene garit dgn kucing, biar je, bila dah koyak pun biar je, aku yang pencinta kucing ni terpaksa buat keputusan untuk buang kucing2 tu sbb family aku cant take of rumah apatah lagi kucing kucing tu. mop lantai pun tidak. perabot banyak je kemain beli aduhai tak paham.

pakcik aku ni pulak baik sangat. Tak berkira pun nak tanggung kitorang. cuma kadang kadang dia pun emosi dan moody, serabut jugakla otak aku. Aku ni dah biasa makan hati, nak buat macam mana, hidup menumpang kan. percaya tak selama bertahun tahun hidup dengan dia, seingat aku,aku tak pernah mintak duit dekat dia. dia selalu Tanya ada duit tak and aku akan jawab ada la. ada berapa? ada la dalam rm10 hahaha. kadang kadang dia tak Tanya pun, dia bagi je. aku tak mintak duit dekat dia sebab, aku taknak ambik kesempatan. aku tak ambik ptptn, sebab dia tanggung yuran aku semua. jadi aku ni kat U memang berjimat yang jenis beli lauk sekali then bahagi dua ( tu pun ada minah pernah cakap aku ni makan macam orang tak berduit uih pedih woo. ) dari segi barang2 tu Nampak branded sebab pakcik aku belikan, tapi aku selalu dimisunderstood sebab dorang ingat aku ni kaya tak ambik ptptn. bila aku taknak ikut kawan2 aku keluar diorang kata aku ni tak setiakawan la apalah. the heck with that, ive got so much other things to care. aku stress jugakla tengok rakan rakan yang hari hari nak beli skincare la, nak tukar fon la, nak beli kasut smpai 3 ya tuhan kasut aku ada satu je tu pun pakai sampai tapak dah berlubang baru aku pikir nak beli baru. aku ni pulak kalau dengan kawan kawan memang hati kering dan takde drama. kalau sembang tu asyik merepek je lahhai.

nanti bila aku dah graduate, aku akan jadi satu satunya dalam family aku yang bekerja, sebab pakcik aku akan pencen dalam beberapa bulan lagi. walaupun aku ni taklah rajin sangat belajar, sederhana je la dari segi pointer and attendance, aku memang tak fikir kahwin or bende lain. aku nak kerja. aku nak belikan rumah untuk family aku. aku nak bawak pakcik aku sekali, aku nak adik2 aku sempat lah membesar dalam keadaan keluarga yang proper. kadang kadang sedih tau, aku ni dah la perempuan, bertahun tahun tido kat sofa since sekolah, kadang2 luggage aku tu la almari aku. bila time hormone tak stabil tu, bayanngkanlah perasaan aku hidup dalam keluarga yang terumbang ambing macam ni. sebab tu aku ni jenis kalau naik kereta aku dapat tengok bintang malam malam , hujan ke, pokok yang tengah blooming ke or sunrays behind the trees pun aku dah happy (berbackgroundkan lagu Sheila on 7). Ye la bertahun tahun berlatih untuk happy walaupun tgh makan hati. Walaupun baru lepas tgk adik adik kene marah sebab pakcik aku penat balik kerja. Baru lepas dengar sedara aku beli kereta baru. Baru lepas tgk baki akaun parents aku. Baru lepas pinjamkan duit aku dekat mak aku. Baru lepas tgk mak aku trpaksa ikut telunjuk org yg lebih berduit. Aku berlatih untuk senyum dan sabar. Aku berlatih untuk positif dgn apa yg jalan yg ada. aku selalu sembang dengan Tuhan ecewwah mcm la aku ni wali sangat. takdelah, aku selalu cakap dengan dia dlm hati. tapi bila situasi tu dah sampai limit, aku rasa mcm tuhan tak dengar apa yang aku sembang dengan dia, sedih tak? aku sampai tak tahu macam mana sbnrnya aku ni patut hidup, aku ada minat aku sendiri, things yang aku enjoy, benda yang aku suka collect, tapi kadang2 aku rasa mcm takde tempat nak simpan barang barang aku. aku jealous tengok semua orang. bagi aku, kalau bapak korang bekerja, dan korang ada rumah yang proper, ada bilik, bersyukurlah. bila aku pergi rumah cousins aku or tgk fb sedara jauh aku, aku tengok dorang ada minat yang sama dengan aku, tapi aku tak boleh nak get into my things sangat simply because ive got no private place.

aku ni kalau dekat kawasan university tu adalah jenis yang dahla tak cantik, Rabun, suara aku macam cringy sikit kahkah. kadang2 pemalu kadang2 loud ( personality disorder ). malu dengan lelaki ( course aku majority lelaki) tapi kalau dengan perempuan kemain gilanya. aku just harap korang doakan aku dapat capai apa yang aku nak. aku bukan nak handbag ke, kasut ke, fon ke, katil ke, bilik ke, aku just nak kerjaya yang stabil dan tetap dan kemampuan untuk beli rumah supaya aku dapat bagi apa yang aku tak dapat, aku nak adik adik aku dapat. semoga aku dapat graduate dengan cemerlang dan terus dapat kerja dlm bidang engineering (kat singapore mungkin?) huhu kemain berangannya. doa tau.

and korang kalau Nampak seseorang tu korang tak suka ke apa, janganlah terus judge. kadang kadang dia ada banyak lagi bende nak pikr selain dari drama judgemental korang tu. dan kalau hidup dia rumit macam aku, ha tak ke sedih dahla takde bilik dibenci pulak tu.

– hayati

– Hayati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buta atau Dibutakan

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd para pmbaca confession iium… Aku X. Cukuplah dikenali sbg X shj.

Aku ada seorang abang. Dah pun berkahwin. Dan dikurniakan seorang anak yg sekarang ni bersekolah rendah. Hidup kami dan keluarga abang aku sangat ok sebelum ini. Boleh katakan aku dpat kakak ipar terbaik la orang cakap. Nak minta temankan pergi mana2 dia selalu ada. Nk minta tolong dia usahakan untuk bantu aku dan adik beradik yg lain. Sebab itu bg kami sekeluarga dia seorang kakak ipar yg baik.

Sebelum ini abang dan kakak iparku tidak tinggal di kawasan yg sama dengan ku. 2,3 bulan sekali baru akan pulang ke kampung. Tapi untuk beberapa tahun sebelum ni mereka sekeluarga sudah tinggal berhampiran dengan kami. Syukur Alhamdulillah mungkin ini petunjuk yg Allah nk tunjuk kpd keluarga ku. Kusangkan panas hingga ke petang. Rupanya hujan ditengahari. Kakak iparku yg disangka adalah yg terbaik rupanya bertopengkan dengan cara pemakaiannya. Sungguh kami tak jangka, tak sangka dan semua sekali yg tak terduga.

Sekarang ni kami sekeluarga masih tak dapat terima perbuatan yg telah dilakukannya kepada abang ku. Pelbagai nasihat yg telah diberikan kepada abangku. Tapi ape yg dia nampak hanyalah itu perbuatan org lain kepada kakak iparku. Padahal sudah terang lagi bersuluh benda tak akan terjadi jika hanya sebelah pihak. Ia akan terjadi dengan adanya kedua2 belah pihak. Aku nk terangkan lebih detail ape yg dilakukan sungguh tak sanggup aku nk ceritakan. Bagai membuka aib org.

Tapi perbuatan yg dilakukan oleh kakak iparku sungguh keluargaku tidak boleh maafkan. Memang betul org cakap itu isteri abang aku, biar la abang aku buat keputusan tu sendiri. Kakak iparku tak ada buat salah dengan keluarga ku secara direct. Salah dia hanya pada Suaminya tapi disebabkan suaminya itu ahli keluargaku itu yang jadi salah dia kepada kami semua.

Dan kini abangku seperti org yg buta. Buta mata hati. Adakah dia buta sendiri atau telah dibutakan itu menjadi persoalan. Setiap kali ahli keluarga ku nasihat pasti akan ada naik suara oleh abang aku. Seperti mempertahankan kesalahan isterinya itu. Cakap maknya dilawan. Cakap isteri dan keluarga mertuanya yg didengar. Walaupun sudah ada bukti yg kukuh yg telah ditunjukkan oleh keluarga ku tapi masih abangku berdegil untuk mempertahankan isterinya. Apa lagi yg kami mampu buat utk sedarkan abgku hanya dari Doa seisi keluarga untuknya.

Aku harap abangku akan sedar akan ape yg telah isterinya lakukan dibelakangnya selama bertahun2 itu yg kami juga baru ketahui. Kami semua terkejut bagai kena pukul di ombak yg besar apabila mengetahui hal tersebut. Mula2 bagiku ada org yg nk pecah belahkan keluarga abang ku. Tapi apabila disiasat dan dikukuhkan dengan bukti memang betul semua itu. Kami dah bagi kakak ipar ku peluang utk berubah. Tapi peluang itu telah disia2 kan. Jadi apabila rahsianya telah terbongkar dengan lebih luas kami dah tidak boleh bagi peluang lagi…

Utk abangku. Pelbagai nasihat ahli keluarga mu ini bagi sila dengar. Sila buka mata hati utk dengar nasihat ibumu serta adik beradikmu. Jangan ikot kata2 orang lain yg ingin ambil kesempatan keatas kelurusan mu itu. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar pintu hati mu terbuka untuk mengetahui hal sebenarnya yg selama ini kamu menidakkan..

Cukuplah coretan dari insan dikenali sbg X adikmu.. utk pembaca iium maaf andai coretan ku ini sukar di ruangkaikan kerana sudah lama aku tidak menulis sebarang coretan.

mohon pembaca iium doakan abangku agar tidak dibutakan lagi oleh isterinya.

– X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sunday, 29 April 2018

Mencari Bahagia

PengakuanKu

Hi assalamualaikum.

Aku mawar, 20-an, dah berkahwin 5 tahun & ada 2 orang anak. Sebelum aku mulakan confession, harap2 takde komen macam “kau silap page ni, pergi post dekat KRT la” aku pilih untuk confess dekat sini sebab aku perlukan komen2 ilmiah bukan komen2 membawang lebih macam dekat KRT sana.

Aku buntu sangat sekarang ni samada untuk bertahan lagi dalam rumah tangga ni ataupun angkat kaki. Aku tak jumpa bahagia yang aku cari.

Seringkali aku dengar orang kata “fikir anak2, kesian dekat diorang” habis siapa nak fikir aku?
Mertua aku pula setiap kali kami laki bini gaduh dia akan cakap “tak kesiankan mama ke?” Habis siapa nak kesian aku?
Salah ke aku angkat kaki? Adakah keputusan aku untuk bercerai itu satu keputusan selfish?

Sebolehnya aku tak mahu cerita 100% masalah rumah tangga aku, aku cuma akan cerita sikit2 supaya korang faham situasi aku. Mcm aku cakap tadi aku dah kawin 5 tahun dan aku duduk rumah mertua.

Kami dah bercerai 2 kali sebelum ni dan sekiranya aku tuntut fasakh kalini, there’s no turning back.
Cerai kali pertama disebabkan aku tak tahan setiap kali gaduh dia akan naik tangan. Yes aku lawan balik, kaw kaw bertumbuk macam wwe. Oh ye, kadang2 parang naik. Tak dia yg naik, aku yg naik. Kecoh, babitkan polis semua, end up kami rujuk. Dia tak naik tangan dah skarang, kadang2 je ada la. Tp jgn risau, dia lempang aku, aku lempang dia balik. Aku bukan jenis perempuan yg da kena terajang pun diam tepi bucu katil.
Cerai kali kedua disebabkan perangai dia yang tak berubah2.

Nafkah–culas.

Kami sama2 berniaga. Dia ada biz dia, aku ada biz aku. Tapi sehingga sekarang, biz aku shj yg alhamdulillah membuahkan hasil. Manakala dia, kejap ada kejap takde sales dan kebanyakannya takde.
Sepanjang 5 tahun kahwin, memang aku banyak bising bab duit. Tapi bukan duit nafkah aku yg aku bisingkan tetapi nafkah anak2. Dah duduk rumah mertua, sewa tak payah bayar, duit makan pun tak hulur apatah api air, kereta mertua bagi, masih lagi tak dapat bagi nafkah anak2 dengan konsisten. Setakat bulan 4 tahun 2018 ni, baru 3-4 kali dia bagi duit susu & pampers. Nafkah aku? Ada la sekali dua dia belikan baju raya. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab aku tau dia tak mampu..tapi nafkah anak tu..

Dia kata bukan salah dia, Tuhan belum bagi rezeki lagi. Dia dah usaha tapi Tuhan belum takdirkan lagi yg biz dia menjadi jadi aku tak boleh salahkan dia.

Aku buntu lagi.

Masa–tak ada.
Aku cemburu tengok pasangan suami isteri yg diwaktu hujung minggu luangkan masa bersama. Aku tak mintak dia bawak aku jalan2 pun, cukup duduk dekat rumah dengan aku dan anak2. Layan anak main, tengok tv sama2 ke.
Rutin dia setiap hari, bangun pergi pejabat, kadang2 balik pukul 7 petang. Pukul 9 malam keluar balik pergi pejabat sampai pukul 2 3 pagi. Kadang2 dari siang straight sampai 2 3 pagi. Macamtu juga weekend.
Duitnya takde jugak. Ha bila aku cakap macamtu tau pulak dia melenting.

Oh ye, dia memang pergi pejabat takde melencong tempat lain sebab dekat pejabat tu ada staff2 dia tinggal sana so lepak2 sekali la. Sebelum ni aku ikut dia, balik pun sekali 2 3 pagi tapi lama2 aku tak larat, aku pilih untuk duduk dekat rumah waktu malam.

Kalau ada dekat rumah masa weekend pun, dia akan main handphone dalam bilik je, cukup masa dia keluar rumah pergi pejabat and the routine goes on like that.

Tenaga–haihhh.
Kenapa la engkau tak ikut macam bapak kau wahai suami, rajin tolong mama buat kerja rumah. Suami aku, malas taktau nak cakap macamana. Ye kadang2 dia ada tolong mandikan anak, KADANG2 YE maksudnya macam sebulan 5-6 kali gitu.

Hantar anak pergi sekolah pagi2 pun aku. Dah dia tidur lewat takdenye dia nak bangun pagi2. Ambik pun aku. Cuci kereta pun aku. Bila suruh dia, melenting2. Bila aku nak buat tak bagi katanya nanti aku mengungkit. Last2 sampai la harini dah 3 bulan tak cuci kereta. Sebab “kononnya aku ungkit” juga lah terjadi bilamana anak ke 2 aku dah 5 bulan baru daftar JPN dan last2 aku yg daftarkan. Kerja2 rumah yg lain tak payah cakap lah. Pinggan makan sendiri pun taknak basuh.

————————————————
Aku pun bukan isteri yg baik–yang sabar, yg diammmm je bila kena apa2. Memang selalu aku whatsapp panjang menjela dekat dia, ada masa aku dah meletop memang kata2 carutan keluar. Dia kata aku punca dia berperangai macamtu. Tapi, kenapa dia tak faham kalau dia tak buat perangai, kenapa aku nak marah dia, kan?

Aku taknak korbankan kebahagiaan hidup aku yg mungkin lagi 50 tahun dengan orang yg aku tak boleh bahagia bila bersama dengan dia.

Aku taknak hidup dengan orang yg marah aku bila anak tak behave di tempat orang ramai–tu kan anak kita, kenapa aku yg kau marah? Kau cuba la suruh dia behave.

Aku cemburu bila tengok abang ipar aku uruskan anak dia bila diminta isterinya tanpa berhentak2 sebab dia tau tu memang tanggungjawab dia. Anak buat sama2 kan–kenapa isteri je yg kena buat.

Aku cemburu bila tengok suami2 yg belikan barang dapur untuk isteri di pasaraya sedangkan suamiku nak suruh dia beli susu anak pun dia tak hingin, kalau aku berkeras baru dia pergi, itupun dia berhentak2–sedangkan duit susu pun aku yg bagi.

Aku cemburu tengok kawan2 anak aku yg dihantar oleh ayah mereka ke sekolah sedangkan suamiku sedap tidur dekat rumah.

Aku cemburu bilamana waktu aku mengandung dulu, isteri2 ditemani suami setiap kali checkup sedangkan suamiku bukan tak boleh tapi dia tak mahu sebab kena tunggu lama. 2 kali pregnant, checkup kali pertama je dia teman. Itupun aku kena marah kononnya menyusahkan dia. Sebabtu aku nekad dan tekad taknak pregnant lagi sebab kedua2 pregnancy journey aku sangat menyakitkan. Ha kalau nak cerita yg ni sampai esok tak habis. Tapi sikit la aku cerita, boleh bayangkan tak aku baru lepas keluar bilik bersalin, nurse hantar ke katil, dia datang bawak nasi goreng kampung yg pedas. Ye memang aku suka pedas tapi aku baru lepas bersalin, bro. Ok takpe mungkin dia tktau, jd aku mintak bubur. Dia takmau beli katanya jauh dan dia terus balik meninggalkan aku dalam kelaparan dan kepenatan selepas meneran anak dia yg kedua

Aku cemburu bila tengok suami orang lain basuh kereta, jaga maintainance kereta. Aku? Tukar minyak hitam pun aku la yg buat selama 5 tahun kahwin ni apetah lagi maintainance2 lain mahupun cek air dalam kereta tu. Duit tentulah duit aku, tapi salah ke engkau wahai suami offer diri bawakkan kereta pergi ke bengkel.

Aku cemburu bila tengok suami isteri lain “tak bergaduh”. Maksudnya kalau gaduh pun orang taktau. Tapi aku? Setiap kali gaduh (dan kitorang mmg kerap gaduh) dia akan meninggi suara yg memang tinggi sampai 1 lorong ni boleh dengar, mertua aku memang tau la. Tak kira kat mana pun kitorang ada, dekat pejabat ke, rumah mak aku ke, macamtulah dia, takde nak control, takde malu malau orang tau kami gaduh. Aku malu sangat2. Sampaikan anak aku boleh cakap apa tau dengan sepupu dia “mama ngan papa kite memang selalu gaduh pun, jom masuk bilik lah”–dan masa tu kami tengah gaduh.

Ah, tak tersenarai kalau aku nak cerita betapa aku mengiginkan segala perkara2 kecil ini terjadi pada aku. Ye mungkin nampak kecil, basuh kereta, belikan susu, bawak aku dan anak2 pergi taman etc tapi tu la yg aku inginkan, itu la yg aku impikan dalam hidup berumah tangga–bukan tengok suami orang buat tu aku pun nak suami aku buat tu–tapi itu lah impian aku bila berumah tangga!

Bukan aku tak pernah suarakan benda2 ni kepada dia. Pernah dan banyak kali. Tapi takde perubahan. 5 years and no changes. Jangan suruh aku tegur dia pasal solat dia akan melenting. Dia mmg solat, tapi entah mcmana dia solat aku tktau la, kalau ikutkan apa yg aku belajar tak sah cara dia solat, dengan fatihah tak dibaca dengan kuat etc.

Aku buntu.

Baru2 ni kami bergaduh besar lagi dan kalini aku tekad untuk bercerai. Tapi aku taktau nak minta pendapat siapa. Kalau nak pergi kaunseling, dia takkan nak pergi dan aku rasa org kaunseling cuma akan bagi kata2 positif walaupun aku rasa dah takde positifnya lagi.
Nak tanya mak ayah aku, diorang jenis tak supportive malahan akan menyalahkan aku yg nak kahwin dengan dia. Mana laaaa aku tau lepas kahwin perangainya jebon mcm gini

Ye memang kalau aku tengok orang lain yg lebih merana, lelakinya kaki perempuan lah kaki judi lah kaki dadah lah, masalah aku ni apa lah sangat kan. Tapi itulah, aku pun nak bahagia juga. Kenapa aku kena bertahan sedangkan mungkin aku lebih bahagia jika aku bercerai?

Aku bertahan selama 5 tahun yg bagi aku mcm 50 tahun ni pun sebab mertua aku. Diorang tersangat2 lah baik. Kaki aku selangkah kedalam ni pun sebab aku fikirkan diorang kalau tak memang da lama aku angkat kaki. Tapi, aku nak bahagia jugak..

Tolong berikan aku pendapat sebelum aku pergi mahkamah untuk buat tuntutan fasakh..

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buat Abang dan Abah

PengakuanKu

Assalammualaikum , hai semua. Terima kasih admin andai sudi post cerita sy ni. Pertama sekali biarlah sy perkenalkan diri sikit ye. Aku Aira (bkn nama sebenar) aku duduk di tgh bandaraya kL. Aku ada 5 org adik beradik . 3 abang (alang je belum kahwin), seorang adik perempuan(masih belajar) dan seorang adk lelaki (dah kerja). Ini cerita tentang keluarga aku.

Aku seorang pelajar lepasan diploma and baru je grad dalam 15 bulan lepas mcm tu. Masa ak masih study lagi mak kesihatan mak aku jatuh merundum. Satu ujian yg sangat besar buat kelurga aku bermula disini. 3 minggu sebelum aku habis belajar mak aku masuk hospital kL. Masa tu adk perempuan and adk lelaki aku bergilir gilir jaga tiap tiap malam dan siang. Mak aku berkerusi roda kaki dah tak kuat lagi kadang2 kalau dia baring atas katil nak bangun sendiri pon susah. Mak aku baru je pencen sebelum dia admit, pencen atas pilihan sendiri sebab kesihatan tak mengizinkan. Dah 3 tahun pencen.
Lepas ak habis je belajar, aku lah amik tugas jaga mak aku sepenuh masa. Adk perempuan aku dah start sem baru dan yg lain keje mcm biasa. Masa ni mak aku kerap keluar masuk hospital. Yg alang dan adk laki aku mirul dtg melawat mak aku hari2 lepas habis keje. Tp along dan angah ak yg da kahwin ni hanya datang hujung minggu . Aku tak berkira tp mak aku yg sedih sebab mak aku rindu abang2 aku. Mak aku selalu menangis.

Selepas 3 bulan selalu keluar masuk hospital keadaan mak makin stabil walaupun masih berkerusi roda. Aku lah yg jaga mak, bawak mak ke toilet mandi ambil air wuduk angkat mak bangku khas solat. Aku lah yang bawa mak aku bila ada appoinment kat hospital dan diaisis 3 kali seminggu. Aku tak kisah galas semua tanggungjawab ni demi mak aku.

Kadang2 aku cepat tertekan dan menangis tanpa org tahu. Hanya orang yg pernah jaga org sakit 24jam faham ape aku rasa. Aku redha. Tapi jujur aku sangat terasa hati dgn sikap adk bdk ak. Abang2 aku yg dah berkahwin tu berapa kali je datang jenguk mak aku padahal dekat je rumah. Bila aku tegur ckp datang lah jenguk mak selalu. Along dan angah ckp kau ape tahu kau belum kahwin. Ya Allah aku memberontak dalam hati. Habis kalau ak kahwin aku kena perangai mcm korang jugak ke. Konon sebab dah ade keluarga sendiri kena fokus lebih . Wehhh mak tu syurga korang kot. Mak tu menagis sebab rindu dan terasa hati anak jarang jenguk sebab dia sakit.

Bila buka insta story , status whatsapp or fb story. Post dari kakak2 ipar aku dan abang aku keluar pergi shopping, pergi makan dekat je dgn kawasan rumah mak. Tak terdetik ke nak singgah. Tak kan sikit pon tak de mak dlm ingatan korang. Kau post gambar makanan makan berdua dengan bini kau abang. Aku menangis, sebab kau bahagiakan isteri kau tanpa kau tahu mak terasa hati juga tengok kau post dlm fb. abang sampai hati kau letak semua dekat bahu aku hanya kerana aku ambil keputusan tak kerja demi mak. Dekaat aku abang. Dekat aku tempat mak luah semua sedih dia. Dah lah abah tak reti balik rumah 3 bulan setengah senyap macam tu je .apa lagi yg kami usaha utk abah balik tapi alasan abah banyak keje.abah hilangkan diri bila mak sakit. Abah tak nak amik tahu lagi tentang kami.

Pedih rasa bila hilang seorang ketua keluarga. Hati aku bagaikan kosong di satu sudut tu . perit terima hakikat abah tak sudi pulang jalankan tanggungjawab abah sebagai seorang suami kepada mak. Bila keluar beli barang terjumpa satu family riang ade abah dia. Tersentap sebab terlalu berharap dapat mcm tu. Aku konvo adik aku sorg je dtg tengok aku . mak sakit susah dtg. Abah langsung tak amik tahu. Keluar dewan tenguk family org lain lengkap. Terguris skejap hati aku .mak cakap mak minta maaf mak tak dpt dtg tenguk anak mak atas pentas mak tk berdaya mcm dulu. Ya Allah berjurai air mata aku dlm hati . hanya mampu menangis dalam hati . aku tak boleh menangis depan mak aku , nanti mak aku tak kuat bila tenguk aku menangis.

Cukup lah sampai sini takut korang bosan baca. Aku redha semua ketentuan Allah. Buat korang yg sedang jaga orang sakit. Ketahuilah jangan korang risau soal kewangan. Rezeki Allah tak pernah henti pada aku. Aku bersyukur sangat. Bila aku tak kuat, selain solat dan baca al quran .aku selalu google hikmah menjaga orang sakit. Aku kembali bersemngat semula. Alhamulillah. Sedikit pesanan :-
Wahai anak lelaki, ketahuilah mak yg pertama sebelum ayah dan isteri korang. Terasa hati mak, menitis air mata mak faham la dimana tempat kamu. Disaat kamu mahu nikahi gadis itu, siapakah orang pertama yang kamu minta kebenaran dan ajak hantar rombongan merisik ? Mak kamu kan, mengapa bila kamu sudah bernikah hati itu yg kau guris ?

Buat kakak ipar , kak ngah dan kak long, ambil lah peranan jika suami lupa tolonglah ingatkannya. Kerana mak adalah syurga mereka. Cukup walaupun sekadar telefon tanya khabar. Hati mak dah riang.
Buat abah, pulanglah abah sebelum semua peluang tertutup untuk abah. Ketahuilah abah kami ini syurga buat abah. Jika abah sakit, walau ape pon abah dah lakukan pad kami. Aira masih sudi untuk menjaga abah.
Buat korang yang sedang jaga orang sakit. Tabahkan hati kuatkan diri. Orang sakit ni kadang kadang banyak kerenahnya jd hadapi dengan sabar. Besar rahmatnya.

Maaf kalau plot cerita aku tak tersusun . Terima kasih sudi baca. Maaf kalau ade silap dari aku . Mohon tegur. Berharap korang sudi bagi kata kata semangat agar aku kuat untuk semua ni. Kata kata semangat untuk mak aku juga. terima kasih semua.

Luahan aira . .

– Aira ismail

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kesilapan Lalu

PengakuanKu

Salam kepada semua pembaca. Sedang aku mencoret kisah aku ini, aku sedang memerah otak mengarang tesis aku. Berfikir berkali kali juga hendak diceritakan atau tidak haha. Aku coretkan disini sebagai pengajaran kepada semua dan mungkin ini salah satu cara untuk aku kurangkan rasa serba salah aku.

Aku bertemu Khairil di awal usia 18 tahun, sewaktu mula masuk U. Pada mulanya hanyalah sebagai kawan sekelas. Semakin lama, kami semakin rapat. Biasalah anak muda, Whatsapp dan FB Mesengger menjadi medium perbualan kami. Walaupun sekelas, tapi Khairil sangatlah pemalu orangnya. Nak bercakap dengan aku, memang boleh dikira dengan jari sebelah tangan kanan haha. Tapi dia baik. Dalam tempoh perkenalan kami, aku mula tanam niat untuk jadikan dia someone special di masa akan datang. Sebab aku percaya kepada setiap perhubungan itu, haruslah diakhiri dengan satu perkahwinan, jika tidak, sia-sia sahajalah.

Fast forward, tahun ke-4 kami berkenalan. Aku semakin lama, semakin kurang yakin dengan Khairil. Aku tak pasti apa status kami. Kawan sahaja atau dia juga menanam niat sama seperti aku? Dalam kalangan kawan-kawan kami, kami berdua yang paling lama kenal. Dalam erti kata lain, ada special bond. Tapi memang kami diam-diam sahaja. Tak nak orang lain tahu. Dalam baik dia itu, dia juga seorang yang kurang ambil berat akan pelajarannya. Where it costs him to repeat a few subjects, lalu tak sama batch dengan kami. Aku sangatlah kesal kerana tidak dapat bersama-sama dengan dia menghabiskan pelajaran. Aku pernah cuba membantu, banyak kali. Tapi dia seperti acuh tak acuh.

Sikap dia membuatkan aku makin ragu-ragu. Bolehkah dia menjaga aku nanti? Bila kami akan berkahwin sekiranya aku dah bekerja dan dia masih lagi struggle menghabiskan pelajarannya? Bila dah bersama nanti, bagaimana kalau sikap malas dia masih lagi sama? Lama aku berfikir tentang ini…

Silap besar aku bila aku terjumpa seseorang semasa aku praktikal. Seseorang yang aku nampak kesungguhannya untuk aku. Yang menyatakan kesudian untuk berjumpa orang tuaku, si Hakim. Dalam pada itu, aku masih ragu-ragu dengan Khairil.

Hakim bertanya dulu jika aku sudah berpunya atau tidak. Aku hanya berkata aku boleh berkawan sahaja dengan dia. Dan aku memang mengaku ini silap aku. Bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi, kan? Dan aku nampak setiap ciri yang ada pada Hakim, ialah apa yang aku mahukan. Pada waktu itu, hati aku kuat mengatakan he’s the one. (Menyesal tak sudah haha).

Setiap hari, Hakim cuba untuk menawan hati aku. Aku seorang yang defensive dan sangatlah sukakan kebebasan aku. Bila setiap hari dia whatsapp, aku katakan yang aku tak suka sebegitu. Aku tetapkan masa untuk berborak. Fast forward (lagi), sebulan lebih perkenalan kami. Disebabkan jarang berborak, aku tak terasa langung perkenalan kami dah menjangkau sebulan lebih. Dalam pada itu, aku confess pada Khairil yang aku dah ada orang lain. (Aduh…jijiknya perangai). Aku ambil masa berminggu untuk beritahu Khairil kerana aku tahu dia seorang yang hati lembut dan aku tersangatlah tak sampai hati nak sakitkan hati dia. Tapi pada waktu itu, aku fikir, aku buat ini untuk aku. Kerana dia tersangatlah tidak yakin dengan hidup dia. (Pada saat itu, aku baru tahu yang Khairil sering bercerita kepada mak dia tentang aku. Disitu nampak tahap serius dia pada aku, tapi aku tak tahu semua itu).

Hakim sangat mahukan sebuah perkahwinan sedangkan aku masih bertatih mencari hala tuju hidup aku. Hakim sudah bekerja dan mungkin dari situ, dia rasa dia sangatlah bersedia. Aku mula rasa rimas bila dia asyik menyatakan tentang perkahwinan dalam setiap perbualan kami. Tanya aku reti masak lauk apa, nak panggil aku apa kalau aku dah kahwin dengan dia, nak ready sebut nama aku bila akad nikah. Ya, aku sangat sangat sangat rimas. Dia juga bercerita tentang aku kepada semua ahli keluarga dia. Mind that we only know each other secara rapat for 1 month lebih. Aku juga perasan yang dia jenis akan ikut kepala dia in which apa-apa decision dia, orang lain kena setuju. Buat keputusan tanpa persetujuan keluarga dengan harapan nanti, keluarga akan setuju juga pada akhirnya. Dia juga sering bergurau tentang berat badan aku. Aku dalam kategori berbadan berisi sahaja. Takda lah tahap berat lebih 60Kg. Aku memang terasa hati.

Aku taknak ambil risiko lebih dalam. Aku putuskan terus hubungan ini sebab aku tak tahan dan rimas. Menangis si Hakim merayu-rayu. Dua tiga hari merayu untuk aku fikir balik keputusan aku. Aku sejenis yang bila dah buat keputusan, I am very firm with it. Mula-mula merayu melalui phone, aku cakap dengan elok sahaja. Bila dah asyik spam dekat whatsapp, memang makan makian aku. Sabar aku pun boleh hilang. Aku bagitahu sebab aku taknak teruskan iaitu aku nak fokus pada diri aku dan keluarga. In which memang betul. Aku dapat bayangkan kehidupan dengan dia andai kata betul kami berkahwin. Terperangkap dan tak bebas mengejar apa aku nak, walaupun dia dah state yang dia akan sokong setiap apa aku lakukan. Percayalah, dia ni memang lelaki yang baik. Cuma aku yang tidak dapat terima dia.

Hati itu berbolak balik. Berapa lama dan berapa kali aku doa pada Tuhan untuk bantu aku buat keputusan, for both people: Khairil dan Hakim. Aku doa pada Tuhan (sebelum aku tinggalkan Khairil), tunjukkan aku jika benar Khairil jodoh aku. Lalu Hakim muncul dalam hidup aku. Mungkin juga atas sebab rasa serba salah aku pada Khairil, aku tak boleh terima Hakim. Aku rasa sangat bersalah kepada kedua-duanya. Mungkin anda yang membaca ini rasa aku mempermainkan perasaan mereka Tapi percayalah, aku tersepit. Jika hubungan berlandaskan cinta sahaja, aku tak rasa aku boleh teruskan hidup (merujuk kepada Khairil) dan jika aku dah mula rasa tak sedap hati dengan hubungan aku dan Hakim, baik la aku putuskan awal-awal sebelum menjadi makin melarat dan mendalam.

So, aku sekarang ni aku tiada hubungan special dengan sesiapa dan I start to like it this way. Aku rasa tenang. Walaupun biasalah, rasa cemburu dengan kawan kawan yang baru setahun confess, dah mula berjumpa ibu bapa masing-masing. Sayang hubungan aku dan Khairil berakhir disebabkan ketamakan aku. Sampai ke hari ini, bilamana Khairil terserempak dengan aku, dia akan membuat aku seperti stranger. Pedih hati ni. Tapi apakan daya, memang silap aku. Orang kata, kita mula menghargai bila orang sudah pergi. I felt this. Maafkan aku, Khairil. Kalau boleh aku putar masa…..

Some void are meant to be filled, but in my case I appreciate the hollowness that this void has. And someday this void will be filled when I am ready and when I met the right one :)

– Yasmin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Life Is Good, But….

PengakuanKu

Life is good but… I always have a badluck in.. FRIENDSHIP.
Baiklah, long story short, masa sekolah menengah, aku ada kawan, Aida. Kami okay je tapi dia jenis tak boleh tengok aku lebih. Sampailah satu hari aku kemalangan jalan raya. Dagu dan pipi aku berparut (koyak). Aku cuti sekolah sebulan sebab kena pakai tongkat. Aku terharu sangat Aida datang melawat aku, rupanya Aida datang dengan niat untuk tengok parut dekat muka aku, bukan sebab aku sakit. Di sekolah, dia bagitahu orang yang ini semua balasan sebab aku perasan cantik. Dia happy sangat muka aku berparut. (Ni kawan kawan lain yang sampaikan). Aku tak pernah pula tinggi diri depan dia, setahu aku, dia yang ikut sebiji sebiji semua yang aku pakai termasuk jenama sabun mandi aku (itu pun nak ikut haha). Akhirnya, kami bawa haluan masing masing sebab kantoi dia bercinta dengan bf aku haha.

Menengah atas, aku berkawan dengan Nina. Dia sangat baik dengan aku, tapi habit dia, kuat merajuk dan mengongkong. Kalau aku bercakap dengan classmate yang lain, dia akan merajuk. Jadinya masa di sekolah, aku cuma berkawan dengan dia sahaja. Dengan orang lain tak boleh. Dia pun akan marah kalau aku guna “kau aku” dengan dia, kena “saya awak”. Aku layan jelah. Satu hari datuk aku meninggal, aku cuma sempat bagitahu seorang kawan sekelas lalu suruh dia sebarkan. Nina jenis tukar2 nombor jadi mesej aku tak sampai. Nina tak bercakap dengan aku sebab dia merajuk, sebab dia bukan orang pertama yang tahu. Aku tukar aliran sains, dia pun ikut tukar kelas sebab nak dengan aku, tak nak duduk sebelah orang lain, nak dengan aku jugak. Sampai lah UPU, dia mintak uni sama dengan aku. Ok lastly dapat uni lain lain. Dah dapat uni lain2, mestilah aku ada kawan baru kan. Tapi Nina tak terima, dia kata terlalu sayangkan aku dan marah betul aku ada kawan org lain. Kecewa katanya. Padahal balik hometown tak pernah tak jumpa. Aku kalini dah malas nak layan, sebab tak munasabah. Kalau masa sekolah boleh terima lagi, ni dah lain2 uni kot. Dia block aku kat semua tempat. Hidup dia tak seindah aku katanya dan dia tak layak kawan dengan aku. Dia tak ada kawan langsung, aku ada. Aku cantik, dia tak, macam macm lagilah. Dari sekolah lagi, kalau keputusan aku lagi tinggi, dia lah yang paling sedih.

Degree, aku ada dua kawan baik, Nabila dan Atika. Everything is good, I have a lot of friends due to join program, pergi volunteer, hiking, and also a part time model. So, dari situ aku kenal ramai orang. Tak kurang juga kawan satu kos. Aku kawan dengan semua orang tapi yang paling rapat is Nabila dan Atika. Lepas dua tahun berkawan, kantoi sebenarnya Nabila banyak tak puas hati dengan aku. Since aku ramai kenalan, Nabila seboleh boleh yakinkan kawan kawan aku yang lain, yang aku ada cakap belakang pasal mereka. Padahal tak pernah pun. Jadi relationship aku dengan kawan kos turns salty. Sesiapa sahaja yang berkawan dengan aku, dia akan cakap pada orang tu, yang aku ada burukkan mereka. Sampailah satu hari kantoi sebab kami semua berkumpul dan kantoi dia reka cerita, then dia kena pulau. Yang ni paling tak boleh tengok sesiapa pun lebih dari dia. Since aku join program, dia jadikan itu modal untuk bagitahu orang, yang aku tak buat kerja group. Padahal aku group dengan orang lain semua orang okay je. Tak ada masalah. Dia tengok aku buat servis mekap, dia kata kat orang aku makeup tak lawa. Muka dia smooth jadi dia lebih cantil dari aku. Dia hafal matric card aku, kalau markah lagi tinggi, nanti dia meroyan dan marah aku. Masa dia tak dapat hostel, aku offer untuk dia tidur bilik aku, tanpa mintak sesen pun untuk satu sem, sebab aku sayang dia. Tapi dia guna tu untuk senjata untuk burukkan aku, bagitahu semua orang yang aku subuh lambat(dia tekankan benda ni sangat2 kat semua orang maybe dh tak de point). Aku sedih, kalau dia lapar (sebab selalu tak da duit makan), aku pura2 dh kenyang sebab nak share half makanan dengan dia, (walaupun sebenarnya aku lapar). Kalau ada duit lebih, aku belanja. Aku bukan family senang tapi aku tak sampai hati tengok dia. Masa dia nak pindah barang, tak da sapa nak tolong (dia tak da kawan lain), walaupun aku penat sangat haritu, tapi aku sanggup teman dia naik blok paling hujung dan tingkat 4 sebab kesian. Cakap la apa sahaja, aku mesti usahakan tolong semampu aku. Punca dia benci aku, dia cakap kat kawan2 lain yang aku ni selalu bernasib baik, padahal bukan pandai pun belajar. Kalau ada talent apa2, dia akan cakap tu luck je. Selalu body shame aku. Aku sedih sebab bukan apa, dia obes, aku bukan tak tahu nak balas balik apa dia cakap, tapi aku fikir apa perasaan dia. Dia paling tak puas hati sebab aku baru ada bf, dan bf aku ada kereta. Dia compare dengan bf dia yang tak da kereta(dia sangat materialistic), dan cakap aku selalu bernasib baik (what?). Tapi since banyak sangat dia fitnah aku, aku pun cut dia dari life aku, walaupun sampai sekarang dia reka cerita pasal aku kat social media sebab aku tak nak berkawan dengan dia dah. Yelah aku ada kawan, dia try hard nak buat kawan aku semua jadi kawan dia sampai burukkan aku, aku ada bf, dia nak buat orang semua tak suka bf aku(supaya kami putus). Aku tak pernah burukkan dia… its okay kalau orang tak suka kita, but the worst part is.. orang tak suka kita dalam diam dan pura2 jadi bff till Jannah kononya tapi dalam diam nak hancurkan everything yang kita ada. Kecewa.

Since Nabila dah tak rapat dengan aku, sekarang kawan aku Atika. Atika, ni tak tau nak cakap macam mana. Layan orang ikut mood. Sukahati. She hates the spotlight that I got. I got a boyfriend, dia nak attention bf aku. Dan tak suka bf aku layan aku lebih sebab apa? Sebab haritu bf aku tak tolong bawakkan barang dia. Barang dia satu je weh, satu ketul. Lepastu, ada seorang lelaki lain suka kat aku, lepastu Atika terus benci lelaki tu sebab lelaki tu bagi attention (macam ajak borak je pun time lepak ramai2). Atika pernah beritahu yang dia selalu insecure dengan aku tapi dia tak patut rasa macamni dekat kawan sendiri. Atika juga pernah bagitahu, dia tak suka kenapa orang/ kawan2 selalu bagi preference dekat aku berbanding dia. Kalau ajak lunch, kawan2 lain nak lunch dengan aku tapi kenapa tak ajak dia. Aku macam… haritu, ada sorang classmate aku, dia keluar bilik pergi discussion, lepastu Atika satu asrama dan mereka berdua nak pergi discussion yang sama tapi sebab tak sebilik, classmates aku pun gerak lu lah kan. Sampai tempat discussion, Atika mengamuk sebab classmates aku tu tak bagitahu dia nak keluar bilik (aku sampai sekarang tak boleh brain), padahal mereka tak rapat ok. Aku sedih, aku selalu ada untuk kawan kawan aku (lagi lagi yang diatas ni), aku sentiasa jadi pendengar setia kalau ada masalah. Masalah aku, aku nangis sorang2 je, simpan sendiri. Sebab tu semua orang selalu nampak aku happy. Aku tak pernah layan orang ikut mood aku. Aku layan je walaupun aku tengah mood rabak koyak hancur teruk ke apa. Atika ni, disebabkan dia moody, dia expect aku faham dia, kalau dia moody, dia selalu kadang2 tengah jalan sekali, dia blah. Aku macam tak wujud. Selalu marah2 tak da reason pun, dan tiba2. Nak ok, ok la, worst part is kita yang kena start over dulu. Kalau tak, dia buat bodoh je. She also like to cut people off! Pantang annoyed sikit dengan sesiapa, dia akan cut terus orang tu. Sikit2 tak nak kawan. Dan, suka cari sebab untuk cari gaduh dengan aku. (macam tiba2 nak jumpa/buat discussion time dia tahu aku tak free). All of sudden ok. Lepastu marah kalau aku tak boleh datang. Ingat masa aku semua untuk dia?? Lambat reply ws sikit, mulalah block aku, buang no aku, unfollow. Aku bukan tak tegur tau perangai dia, tegur, lepastu dia up status(lol).

Yang semua ni aku dah tegur depan2 sebab aku tak nak cakap belakang, dan aku cakap tak marah mereka pun. Aku nasihat baik2 as a friend. But they use my advice against me (cakap aku nak cari gaduh). People never take my feelings into consideration. Aku tak reti nak marah sangat. Kadang aku diam je. Korang yang kat luar sana tu, kalau ada kawan yang tak marah2 korang, nampak happy je(kononnya), korang jangan lah layan macam sampah, suruh2, marah2. :( why people always take things for granted. Fikirlah orang lain. Lagi satu kalau korang ada perangai suka body shame orang tak tengok diri sendiri lepastu orang tu tak pernah balas balik, jangan lah makin sakan bahan dia. Dia ada je nk balas balik tapi hina orang kan tak baik. Entah lah, umur dah 24, dah final sem dah pun, makin nampak sorang2 punya perangai.

Aku minta maaf pos aku panjang, aku tak tahu nak cerita kat siapa, kalau cerita kat orang, nanti burukkan mereka pulak kan. Sekarang ni apa aku nak buat kat Atika? Kalau korang ada suggestion, tell me. Aku sanggup korban masa tenaga duit untuk kawan aku, but after all these, ada satu soalan, am I the problem? .. maybe aku tak baik untuk semua orang.

– Nis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Peritnya Bila Tidak Berduit

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat malam. Di saat aku menaip confession ini aku sedang dirundum dengan seribu kesedihan yang aku tak mungkin pamerkan di riak wajah aku. Aku baru pulang dari kerja. Kerja di sebuah kek dan roti. Sebelum itu, aku perkenalkan diri. Nama aku Hannah. Bukan Hannah Montana ok. Aku anak kedua dari empat beradik. Aku kehilangan ayah sewaktu aku masih STAM. Hubungan aku dengan emak aku tidak berapa baik. Entah.Kadang aku tertanya juga, aku anak emak ke? Nape emak aku layan aku seolah aku ini bukan anak dia? Buruk-buruk aku, aku tetap anak dia.

Demi mengelakkan persengketaan antara emak dan aku. Aku pernah lari rumah. Kalau cuti sem aku sanggup duduk di rumah maksu aku. Aku rela menghabiskan waktu aku bekerja di kedai roti makcik aku. Aku tak pernah rasa malu dan bersyukur kerana dikurniakan makcik yang baik. Yang aku anggap seperti ibuku sendiri. Aku bukan menyalahkan takdir yang menimpa aku. Tapi kekadang aku terfikir dan tertanya-tanya kenapa aku tak dilahirkan dalam keluarga macam dia. Sempurna. Perfect. Bahagia.Kaya.Aku lebih rela mengaku aku anak yatim piatu even aku masih ada emak pada orang asing kerana aku rasa itu lebih baik. Aku tak pernah rasa aku ada keistimewaan. Nothing special about me.

Untuk tampung sesi pembelajaran aku, aku memang membuat kerja parttime. Aku tak buat pinjaman PTPTN. Penat lelah aku mencari duit Tuhan saja yang tahu. Ada masa aku geram jugak dengan segelintir manusia yang riak dan acuh tak acuh menabur duit pada benda yang tidak perlu. Aku benci dengan kesombongan mereka.lagipun emak aku hanya bekerja sebagai cikgu tadika. Aku tak sampai hati ingin meminta-minta even hubungan aku dan emak keruh. Aku tetap sayangkan dia dan tidak mahu menyusahkan dia.

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Menumpang

PengakuanKu

Panggil aku Su dan aku tak tahu mana nak mulakan kisah aku.
Niat aku berkongsi kisah ini untuk minta pendapat, penyelesaian dan mungkin sedikit sokongan moral dan juga doa, jadi siapa yang ingin mengecam tu sila ke post yang lain, terima kasih.

10 kali atau lebih juga aku memikirkan jika aku patut atau tidak untuk menukilkan kisah peribadi ini yang sedang menghancurkan hubungan kekeluargaan aku.

Beginilah kisahnya…

Kami enam adik-beradik dan aku yang bongsu. Ibu bapa aku adalah ibu bapa Melayu yang tipikal. Mereka kadang-kala susah nak dengar pendapat kami. Dan masalah serta fitnah bagi keluarga kami ini timbul apabila ada sebidang tanah yang luas yabg menjadi rebutan.

Kami ada seorang kakak yang dia ni dari dulu agak lain. Lain? Lain mcm mana. Akak lang ni dia kulitnya lebih hitam dari adik-beradik yang lain dan dia juga mempunyai banyak masalah perangai dan dalam pelajaran dari kecil lagi. Walhal adik-beradik tidaklah sempurna, cuma tidaklah membawa banyak masalah sepertinya.

Namun, kami tidak pernah membencinya atau meminggirkannya.
Dia pndai berkata-kata dan olahan cerita dia menarik, kami selalu tertarik untuk “membawang” dengannya.
Dan mak juga selalu percaya dan mendengar kata-katanya.

Dia tidak pula menimbulkan masalah kepada kami sampailah tiba satu masa itu, kantoi segala rancangan dan niat dia.

Dia sudah berkahwin dan beranak lima.
Dia sudah lama tinggalkan rumah dan genap pada tahun 2014, dia memujuk emak aku untuk menerimanya kembali.
Dia mempunyai masalah dengan jiran di flatnya dan juga alasan bahawa suaminya akan selalu meninggalkan keluarga dan rumah atas urusan kerja.

Hari-hari dia akan menelefon ibu kami dan menangis, merintih tentang masalahnya. Aku pula baru habis pengajiaan dan ada di rumah untuk mencari pekerjaan. Ibu pun selalu runsing memikirkan masalahnya.
Ibu mana yang sanggup lihat anaknya kesusahan, jadi ibu pun bersetuju untuk bawa dia pulang ke rumah. Aku pun kesian mengapa dia sering diganggu oleh orang di sekelilingnya.

(Haha, iyeke dia diganggu?
Atau sebenarnya dia yang mengganggu?)

Dan aku suka juga dia balik ke rumah, ada teman berbual.
Itulah sangkaan aku.

Hari dia sampai itu,aku penat sangat. Kemas dan tolong ibu masak makanan special nak sabut dia balik sampaikan aku tak sempat nak cari peluang interview. Aku tidur selepas Zuhur.

Tiba-tibe aku terjaga kerana bergema-gema suaranya di dapur. Aku pun keluar nak menyapa si kak lang. Bestnya teman berborak dah sampai!
Kau tahu apa ayat pertama keluar dari mulutnya?

“Sedap tido?”

Amboi, terdetik di hati aku, aku penat-penat tolong ibu, kau yang balik hanya terus makan je, dah kenapa nak cakap aku macam tu.

Aku biarkan je. Mungkin dia tak maksudkan apa apa yang negatif.

Hari demi hari berlalu. Dia langsung tidak menolong di rumah.
Hanya menguruskan hal anak-anak dia dan menambah beban pada aku dan ibu bapa aku.
Sampaikan, anak-anaknyan hendak ke sekolah pun ayah aku yang sakit lutut dan dah uzur tu yang hantar pagi-pagi buta.

Dia? Hm.
Sihat wal afiat di rumah membawang, memfitnah blablabala buat cerita bohong dan mengatur langkah siapa yang dia nak “bunuh” dengan memburuk-burukkan orang itu pada ibu bapa aku.

Ada sekali tu aku tengah sibuk menyapu di tangga dapur dan dia datang dekat dan cakap “Rajin bibik ni..”

Punyalah menyirap darah aku.
Aku pandang dia dan aku cakap, “Kau sebut lagi sekali.”
Dia senyum sinis dan berlalu pergi.

Rupanya, ini baru mukadimah.

Let’s cut the story short.

Dia kembali untuk “mendapatkan” tanah yang rupanya dah sekian lama dia aim.
Selama lama ini, dia buat baik dengan ibu dan ayah aku supaya mereka “terbuka hati” untuk memberinya tanah itu.

Kau tahu kenapa dia beriya hendakkan tanah itu no matter what, sebab dia pernah jumpa bomoh dengan rakan dia waktu remaja dulu ( ya…. kau ingat makcik makcik tua je pergi jumpa bomoh… ) dan bomoh itu cakap, dia akan jadi paling kaya antara adik-beradik kami.
Gila kau, siapa tak melonjak hati! Dahlah dia yang paling corot dalam akademiknya! Oh, Tuhan Maha Adil fikirnya.

Kata-kata si bomoh itu menjadi zikir di mulut dia waktu aku share bilik dengan dia dulu-dulu. Selalu dia sebut dan dari kata-kata itu rupa-rupanya dia merancang perkara ini.
Beb! 20 tahun kot dia merancang.
Ala ala perancangan New World Order gitu.

Bila dia dah selamat dapat tukar nama pada geran tanah itu, kau tahu apa jenis perangai dia suka buat di rumah yang dia tumpang?

Bila ibu dan ayah aku tegur anak-anak dia yang kadang kala agak nakal dan perangai buruk. Contoh= buang sampah dalam lubang jamban sampai tersumbat.
Bila ayah aku tegur dan marah anaknya, dia akan terjerit – jerit dan memaki hamun anaknya. Tapi kau tahu dia bukan nak marah pada anak dia sebenarnya. Marah anak sindir menantu katakan.

Masalahnya, dia marah anak sindir bapak dia yang tolong hantar anak anak dia ke sekolah setiap hari.
Ibu aku pun terima tempiasnya.
Jika ibu aku menegur sikit atau sebut sesuatu yang dia tidak suka dengar, mulalah dia menjerit- jerit.

Menumpang di rumah ibu bapa pun dia berani buat macam itu. Ini belum minta beras dari dia lagi.
Kau bayangkan betapa tak gunanya perangai dia.
Nauzubillah, korang minta jauhlah dari keturunan korang.
Sakit beb bila Allah uji dalam hal keluarga macam ni.
Cukuplah nila setitik.
Betullah pepatah Melayu tu kan.

“Nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Aku?
Macam-macam dia dah lakukan. Sampai ada satu tahap tu, dia pernah buat ibu bapa aku benci aku dan memulaukan aku tahap tak hantar aku ke klinik walaupun aku demam panas.
Aku yang memandu sendiri dengan suhu 39 darjah Celcius.
Dia juga suka masuk bilik aku dan mencuri baju dan barang-barang aku.

Macam mana dia buat ibu bapa aku sendiri benci pada aku?
Dia licik dan dia pandai fitnah dan buat cerita bohong.
Tapi pandai ke apa yang dia buat tu kalau diambil kira dari sisi akhirat ?

Apa yang dia cakap?
Aku tak sanggup nak ingat balik dan taip. Cukup memedihkan hati.

Satu lagi hobi dia selain mempercayai bomoh, mengasap rumah (ya, dia tu ada kepercayaan yang aku rasa dah jauh dari sirrotol mustaqim wallahualam), mengudakan ibu bapa sendiri, dia juga aktif dalam melaga-lagakan adik beradik.
Dengan no 1 dia cakap no 2 dan 3 mengata … Dengan no 2 dan 3, dia kata no 1 dan 4 mengata.. Dan yang ini benci yang itu … Blablablablablabla…
Apa yang keluar dari mulut dia pasti dia akan turn and twist untuk kesenangan diri dia sendiri.

Penat otak aku fikirkan semula.

Aku dah pun selamat berkahwin tahun lepas dan meninggalkan mereka semua.
Dia masih cuba menggangu aku dan suami ku melalui ibu bapa kami namun kami hanya berdoa dan bersandar pada Yang Maha Kuat dan Maha Mengetahui.

Sekarang ni, dia sedang “pinjam” duit ibu kami untuk membina rumah idamannya di atas tanah yang diraih dengan pelbagai mainan kotor dia.

Aku tidak tahu apa endingnya.
Ibu bapa kami memang tak mahu sebut langsung jahat dia.
Apabila kami mula nak cakap kenapa la si kak lang tu perangai macam itu.
Ibu bapa kami suka sebut “Kesian dia.. Dia tu tak ada apa apa.. ”

Tak ada apa apa?!
Cuba korang check akaun bank dia.
Kita yang kerja 9-5 ni pun takkan dapat menyimpan macam dia beb!
Mana taknya..
Semua perkara ada tukang sponsor.
Huuuuuu!
Haruuuu!

Dan di atas lesen simpati itulah dia mengudakan orang tua kami dan bergerak dengan jaya dan bebasnya menyebarkan manfesto pembohongannya.

Eh penatnya nak taip segala-segalanya.
Kalau nak cerita dari A – Z, mahu lagi tebal dari kamus Dewan Bahasa tu.
Kisah suaminya dan beras tak usah cerita.
Kisah dia dan kumat-kamit di lauk pauk pagi raya Haji tak usah cerita.
Kisah anaknya berdiri di luar pintu bilik untuk mengintip tak usah cerita.
Kisah kereta adik-beradik calar balar waktu balik cuti tak usah cerita.
Kisah dia suap nasi panas dalam mulut anak buah kami depan abang uda kami tak usah cerita.
Bang uda tu punyalah garang, dia berani aniaya anak orang tu depan-depan.

Kau bayangkan betapa licik dan jahatnya dia.
Macam drama sinetronkan?
Tidak. Ini realiti keluarga kami.

Aku mohon kepada kalian…
Doakan supaya Allah mengadili keadaan ini ya dan semoga Allah selamatkan keluarga kami dari fitnah dan kerosakan yang dia kerjakan dan semoga Allah memberi kami pengakhiran yang baik.

Si kak lang tu, korang doakan supaya dia berhenti menzalimi kami semua dan dirinya sendiri.

Dia tak sedar yang dalam dia membuat kejahatan kepada kami, sebenarnya, dia sedang membuat jahat pada dirinya sendiri juga.

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca.
Maaf aku tidak pandai mengarang dan mungkin jalan cerita aku juga berterabur.

Salah dan silap dari diri aku sendiri.
Harap sangat admin poat cerita aku dan mendapat pendapat para membaca.

– Su

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Puaskan Hati

PengakuanKu

Hai Assalamualaikum . Thanks admin jika cerita ini di”published” kan.
First of all, nak mintak maaf kalau ayat yang aku akan gunakan ni tak berapa sedap untuk dibaca sebab memang tak reti. So topik aku ialah puaskan hati semua orang. Semua sedia maklum hati manusia ni macam2, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi bagi aku lah, aku nak puaskan hati kawan baik atau short form dia bff. Tapi banyak kali aku gagal, aku dah buat apa yang dia tak suka, but she still cari kesalahan aku untuk aku perbaiki.

before aku pergi lebih lanjut. aku nak kenalkan watak2 dalam cerita ni. A and B yang mana dorang ni roomates aku. tapi dalam cerita aku ni, A yang banyak.

Okay la macam ni. 3 sem aku duduk dengan lain course and now another 3 sem aku duduk dgn sama course. Housemates dulu memang aku xde masalah. Tak pernah la dorang nak tarik muka sebab aku buat salah. Semua mcm redha je. Tapi skrg, bukan housemates, tapi roomate. Dia (si A) akan tarik muka if aku ada buat something yang menyakitkan hati dia.Tapi dia banyak kali sabar la, sampai la satu tahap if aku buat salah, then aku mintak penjelasan, dia akan mention semua salah aku yang dia pendam. Okay aku tak kisah if dia nak luahkan perasaan, and its good for me sebab aku tahu salah aku, and at least aku tak akan ulang benda yang sama, benda yang akan buat dia sakit hati. Tapi aku kisah bila mana dia akan jadi awkward lepas sesi luahan hati tu, dia akan diam, x tegur aku. Paling sakit hati, dia akan buat diri aku ni tak wujud, padahal aku depan mata dia. Lepas seminggu paling awal, baru lah hubungan kami jadi macam biasa. Padahal bagi pndpt aku, aku yang sepatutnya awkward sbb aku tau dia x puas hati dengan aku. Tapi sumpah aku ckp, if aku jumpa dia dpn2, aku x akan awkward, aku akan jd mcm biasa. but for now, bila dia awkward, of course aku akan awkward jgk. Faham tak kat situ?

Dulu aku pernah buat satu kesalahan, aku overthinking, paranoid. Aku fikir roomates aku tak suka aku sebab tu banyak kali tinggalkan aku sendirian. Aku akan call kwn aku dpn dorang, semata2 nak bagitau apa yang aku rasa (and ini adalah salah) . Tapi hakikatnya dorang tak macam tu pun, malah dorang jadi macam tu sebab aku. Aku tak fair dengan dorang. Tapi serious, aku tak sangka benda yang aku buat tu buat dorang rasa aku ni x adil. Aku rasa bila aku tinggalkan dorang (4org) and aku jalan sorang dgn another friend (tp bukan house/roomate) dorang tak akan terasa, tapi rupanya yes dorang terasa. Aku terima lah rasa tak fair tu even aku sendiri pelik kenapa benda tu dorang rasa tak fair. Pernah sekali tu, aku ajak dorang puasa. Tapi petang tu aku ckp dengan dorang, aku nak keluar dengan sorang kawan ni sebab dia ada prob, and as her friend yang dia ada, of course aku kena teman. Tu function kawan. Tapi dorang ni my roomates rasa x adil, aku ajak dorang puasa, tapi aku berbuka dengan orang lain. Aku tersepit.

kalau korang tertanya2 macam mana aku tau apa yang dorang rasa ni semua. jawapannya, aku berterus terang. aku ni sejenis orang yang curiosity tinggi. aku rasa dorang tak suka aku, tp aku x dpt jwpn atas sbb apa dorang nak benci aku. so aku akan tanya. tapi aku x straight to the point, aku akan kias2 and at the end baru straight to the point. Tapi benda ni pun aku ambik masa yang lama untuk cari jwpn, aku amek masa yang lama untuk beranikan diri tanya dorang. Lepas je tamat sesi luahan hati, mcm biasa, sorang roomate aku yang mana aku mention awal2 tadi. Dia akan awkward, dia akan ambik masa untuk baik dengan aku.

Pendekkan cerita, skrg masalah tu da settle. And skrg masalah lain pulak dtg (yg ak mention awal2 td). Apa kslhn aku kali ni? aku ni seorang yang sensitif, aku akan cpt marah if aku terasa. Tapi since aku tau dorang tak suka aku jadi mcm tu, aku cuba tahan marah aku ni, aku naikkan tahap kesabaran aku. Tapi one day aku x leh sabar, sbb limit aku betul2 dah habis. Tapi akux marah dorang pun, aku marah org lain. Tapi A ni terasa, dia igt aku marah dia. Malam tu, lepas makan kt luar dengan dorang, aku ajak sorang kawan aku lepak, A ni terasa lagi sekali. tp kali ni bukan dia je terasa, tp B pun. Dorang fikir asal aku x ajak dorang lepak, asal aku ajak kawan lain. Asal aku tak nak share prob dengan dorang. Bukan aku x nak share, tapi aku nak ketenangan dulu, aku xnak balik rumah lagi bcoz I know aku akan tambahkan stress aku. Aku rasa mcm stress aku tak akan terbang. Yes I know aku salah dalam hal ni, tapi aku x ajak sebab aku fikir dorang ni tak suka lepak luar situ. Aku fikir kalau aku ajak, confirm dorang banyak tanya, kenapa aku nak duduk situ. and aku ni kalau tgh moody/stress memang aku x suka orang banyak tanya. Aku takut aku akan marah dorang. Tapi dorang ni x faham. Malah time aku tgh lepak tu, boleh dorang dua pergi keluar without tanya aku nak ikut ke tak? again dorang tinggalkan aku. Ha lagilah stress aku, dah la dengan paranoid aku ni lagi.

Plus stress aku bila si A ni buat status ws menyalahkan aku dlm hal ni, kata aku selfish bagai. Bayangkan stress aku bertambah 3 kali ganda sampai aku call kwn baik aku nangis2. Aku dah la stress sebab kawan aku pagi tu, and dah settle pun sebelum malam. Lepas tu aku moody tanpa sebab. Aku nak ketenangan, nak buang mood swing aku tu. tup2 si A ni dtg kan mslh baru. x pasal2 mood swing aku tu dtg balik.

Agak menyakitkan hati la di situ. Elok2 aku cari ketenangan kat luar, dia boleh pulak dtg kan balik stress tu.

Esok tu, aku nak jumpa B. Kenapa aku x jumpa A? sebab aku tau A bukan seorang yang calm mcm B. Aku ckp dengan B apa yg aku rasa. B explain la apa yang dorang rasa bila aku lepak ngan org lain (aku da bgtau kt atas). and actually dorang x kesah pun aku moody waktu kt kelas tadi, dorang faham. cuma dorang terasa psl aku lepak , tu je. Tapi lps aku da explain apa sebenarnya yg terjadi, dia okay & terima.

Tapi lain pulak si A ni, bila aku ajak discuss, dia elak. aku ni jenis x akan duduk diam if prob tu x settle. so ak pm dia, aku ckp sorry sbb bg dia terasa padahal dia yg salah faham. Sekali dia bgtau semua benda yg dia x puas hati kat aku yang dia da pendam dulu. Dah pulak another prob dtg, rasa bersalah aku tinggi gila nak mampus, aku mintak maaf beribu kali tapi SEKALI pun dia x layan maaf aku tu, malah dia sambung lagi bagitau kesalahan aku apa. At the end, aku mintak jgn awkward dgn aku,and guess what? dia kata bg dia masa.

wey aku yang patut rasa awkward sebab aku tau salah aku. Tapi skrg terbalik? Aku dah mintak maaf, tp dia yang xnak terima. aku ni sejenis terima apa orang fikir psl aku, sbb aku nak berubah, aku nak bg orang lain puas hati. Tapi hati aku sendiri, aku xdpt jaga. konon nak jadi perfect la, tp ada je org x puas hati. aku x pernah ambik hati atas apa yang orang complain pasal aku. x pernah la nak sakit hati psl pendapat tu.

tapi akhirnya aku bg lah dia masa, aku kena faham even until now I still x faham sbnrnya. dia kata aku mintak org fhm aku, tp ak sendiri x fhm org. yes nk fhm seseorang tu mmg payah.

tp aku agak terasa bila dia xnak maafkan aku, mana aku tau dia x maafkan aku? wey kalau dia kata dia perlukan masa, itu mksudnya dia x maafkan aku sepenuh hati. betullah kata orang, bila kita buat jahat org nmpk, bila kita buat baik?
yang baik semuanya hilang mcm tu je, kalau dia igt balik apa jasa aku kat dia, aku yakin dia akan maafkan aku time tu jugak, tp malangnya mata dia nmpk jahat aku je. jasa aku bukan biasa2 je, ada yg luar biasa. akux akan mention sekali pun apa jasa aku pd org, sbb aku ikhlas.

kalau seorang anak pun mampu derhaka kat seorang ibu yang melahirkan dia dengan mengorbankan nyawa. apatah lagi seorang kawan, setakat jasa aku tu, alah kecik mcm semut je di mata dia.

sebab kan mslh nilah, bila bangun tidur je, aku akan stress. automatic aku akan fikir semua tu. aku x nak balik hostel sbb ak tau ada org tgh marah aku. if she know aku depressed, kalau dia ada hati yang baik, confirm dia x akan sampai hati biarkan aku macam ni. Tapi tula how can she know my condition right now if aku dpn2 mmg nmpk kuat.

orang tak akan tau apa yang kau da korbankan, orang x akan tau selagi dorang x tanya. orang akan ambik jalan yang mudah iaitu jump into the conclusion yg sebenarnya salah. org kata aku selfish, tp sebenarnya before aku jadi selfish, aku ada niat aku, niat yang baik utk dia sendiri. org kata aku x faham mereka, tp sebenarnya aku try hard utk faham kan dorang sampai korbankan hati perasaan sendiri.
hanya mereka yang always ada waktu kau susah je tau apa yang kau harungi.

sorry sbb ayat aku mmg panjang, ak nak luahkan kat sini sbb aku rasa dpt release kan stress aku. congrats pada korang yang baca sampai akhir and thank you.

next post aku akan cerita how I handle this situation. aku xakan biar diri aku jadi mcm ni sebenarnya. ada benda yang aku buat untuk bagi diri aku kuat. thanks again korang.

– Raniya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Dendam Si Miskin

PengakuanKu

Assalamualaikum..
Aku anak felda, anak kedua dari 11 org adik beradik. Sudah berkahwin dan punya anak 3. Masa kecik kami susah. Adik beradik ramai. makan apa yg ada, tapi tak pernah tak makan.. Ayah mak sentiasa berusaha bagi segala apa yg mereka ada utk kami. Ayah akan pastikan beras sentiasa ada. Lauk tak kisah sebab mereka bercucuk tanam. Nak apa semua main petik je.Sesekali beli Ikan yg murah tapi muai. Xde duit nk beli ikan, kami makan ayam. Mak ternak ayam kampung. Tapi selalu kami makan sambal tumis,Ikan kering, Pucuk ubi celur. Mak memang handal memasak. Nasi seperiuk besar mmg licin, selalunya. Saja aku cerita supaya org tau walaupun kami tak punya duit, tapi kami tak pernah lapar. Sebab ada org kata kalau dengar tangisan dari rumah kami, mereka anggap kami menangis lapar. Tapi mereka silap. Mungkin kami menangis sakit perut sbb kenyang.. Hehe.. Xdela.. Biasa la anak ramai. Begaduh tu normal la kan.. Alah.. Adik bradik.. Jap bercerekau. Kejap kang baik la. Gitu la sifirnya..

Tu intro.. Isinya baru nak start.. Kami ni selalu niaga kat sekolah. Jual dengan kawan je. Kdg2 jual buah, makanan yg ringan2 macam sagun. Satu hari ayah beli buah tembikai dari kebun. Banyak. Balik rumah ayah potong2 dan minta kami bawa ke sekolah utk jual. Aku sekolah rendah lagi masa tu. Darjah 4 tak silap aku. Dan aku memang suka jual macam tu. Lagi seronok bila jualan habis. Aku sekolah pagi. Adik aku sebelah petang. Dua2 bawa tembikai tu. Dan selalunya memang habis. Duit tu kami bagi ayah mak utk perbelanjaan rumah. Zaman tu gaji felda tak cukup utk tampung kehidupan kami. Duit tu la utk beli lauk. Untuk bekal kami ke sekolah.
Tiba2 ada 1 hari, aku bawa tembikai macam biasa, sorg pon tak nak beli. Aku pelik jugak. Selalu mereka berebut2. Aku selidik punya selidik, rupanya ada seorang cikgu yg sekat semua kawan2 aku dari beli dan makan tembikai tu. Dia kata kalau dia nampak siapa2 beli dan makan, akan kena hukuman. Aku tak igt hukuman apa yg kawan2 sebut. Sedih aku masa tu tengok tembikai tu terbiar. Aku offer je kawan2 makan, pon kawan2 tak nk. Takut cikgu tu nampak mereka makan. Sampai waktu rehat aku pun buang dalam tong sampah. Sedih sangat. Lagi sedih bila sebelah petang adik aku pulak bawak tembikai yg sama. Banyak. Tapi aku xsempat jumpa adik aku. Jadi dia tak tau apa yg terjadi pada aku pagi tadi. Mesti dia excited nak jumpa kawan2 dengan tembikai tu, macam aku pagi tadi. Mesti nnt dia kecewa macam aku sekarang. Bila ayah tau cerita tu, ayah sedih.. Aku igt muka sedih ayah.. Sampai sekarang.

Ye aku dendam.. Dendam dgn cikgu yg sekat kawan2 aku. Kenapa dia tak cakap sendiri dengan aku kalau ye pun tak boleh berjualan kat sekolah. Kenapa perlu warning kawan2 aku macam tu sekali sampai aku perlu buang makanan tu macam tu je.
Mungkin pada orang lain benda tu kecik je. Alah tembikai je pon. Tapi pada budak kecik macam aku masa tu, aku sangat sedih. Aku simpan dalam hati. Sampai sekarang aku ingat semua tu. Sebab kita miskin, buang tembikai tu sgt besar pada kita, tp x pada cikgu tu. Jangan igt budak kecik takde perasaan. Lagi2 budak kecik miskin macam aku.

Cikgu tu cikgu perpustakaan. Dan aku pulak ada terhilangkan 1 buku. Jadi aku kena bayar rm10. Cikgu tu selalu perli2 aku pasal buku tu. Depan kawan2. Dekat perhimpunan. Dia perli adik aku jugak. Dia kata ” dah la kakak awak hilangkan buku” kesian adik aku malu. Balik tu mesti adik aku marah aku sebab hilangkan buku tu. Aku sebenarnya tengah kumpul duit. Sehari 10sen atau 20sen.. Tapi kan lambat nak cukup. Jadi lama la masa aku nak dapat bayar balik buku tu. Setiap kali aku terserempak dengan cikgu tu mesti aku lari2. Takut, malu.. Macam2 la. Dan aku elak untuk masuk perpustakaan sepanjang tempoh tu. Tapi kalau terpaksa masuk jugak, aku mesti takut, sebab cikgu tu mesti akan tanya depan kawan2 aku. Malu la aku.

Dua sebab ni la yg buat aku dendam dengan cikgu ni. Sampai aku cakap aku xkan maafkan dia. Dendam si miskin kecil yg juga ada perasaan sedih dan malu. Entah la, aku rasa macam cikgu tu tak suka kami Adik beradik. Ada je kawan lain yg berjualan tapi dia tak tegur pulak. Hati jahat aku kata cikgu tu tak suka org miskin macam kami.

Korang tau kenapa harini aku taip cerita berpuluh tahun lepas ni.. Sebab harini aku terserempak dengan dia.. Dia jadi penyambut tetamu kat majlis kenduri kawen anak bos aku..Dia sambut aku. Dia yg sambut salam aku. Aku terkedu. Tapi aku buat macam biasa. Entah dia ingat ke x aku ni. Rasanya tak.. Hehe
Dari siang Aku asik terfikir kenapa dia ada kat majlis tu. Malam ni baru aku dapat jawapan.. Nama ayah bos aku dan ayah cikgu tu sama.. Dan cikgu tu pun pakai baju sedondon dengan family bos aku.. Rupanya dorg adik beradik.. Sungguh kecik dunia ni kan…

Sekarang ni aku terfikir haruskah aku simpan lagi dendam itu.. Sebab bila aku pandang muka dia tadi, peristiwa lama berlari2 dalam otak aku… Masih ada saki baki sakit hati pada wajah dan suara itu..
Aku mohon semua nasihatkan hati aku ni.. Supaya hilang karat2 dendam yang dah lama bersarang.

– Kak ros

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tugas Sebagai Anak / Ibubapa

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf jika bahasa tunggang langgang. dikenali dengan nama su. berumur 20++ dan asal daripada negeri pantai timur setelah sekian lama memerhatikan sikap antara anak dengan ibu bapa dan sikap ibu bapa terhadap anak. saya ingin berkongsi tips antara anak dengan ibu bapa. mungkin selama ini sudah ramai yang confess tentang hal ini. mungkin ini sebagai peringatan kita semula mengenai hal ini.

seperti yang kita sedia maklum. kebanyakan masalah antara ibu bapa sebenarnya berpunca daripada perangai anak itu sendiri. jadi saya akan lebih fokus kepada tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.

Pertama sekali, untuk menjaga hubungan dengan ibu bapa kita harus menjaga hubungan kita dengan Allah. Bagaimana? dengan menjaga solat ialah perkara yang paling asas dalam agama. Solat sangat penting kerana Allah memandang kita pertama sekali dengan solat (semua mungkin maklum tentang ini). saya tidak tahu tentang agama lain mungkin ada upacara tertentu.

Yang kedua ialah hormat ibu bapa kita walau apapun perangai mereka. contohnya dari pengalaman saya sendiri. ibu bapa saya sendiri tidak mementingkan hal2 agama seperti tutup aurat dan hukum hakam tetapi selepas saya ambil keputusan untuk berubah dengan belajar agama, merek a juga terikut-ikut atas sebab mereka malu dengan saya (segala puji bagi Allah). oleh itu, hormatlah ibu bapa anda bagaimanapun perangai dan cara mereka kerana itu juga adalah keberkatan hidup seorang anak. tapi jangan mengikuti apa yang mereka lakukan yang bercanggah dengan agama. saya tahu bukan semua keluarga asal daripada keluarga alim @ beriman. mulakan dengan percakapan yang sopan dan sentiasa bertanya khabar ibu bapa bagi yang tinggal jauh.

Yang ketiga, selalu bercakap atau berkomunikasi. ini penting untuk ibu bapa dan anak. untuk ibu bapa, mereka perlu sentiasa bercakap dengan anak, ambil tahu masalah anak. dan sebgai anak kita harus menunjukkan kasih sayang kita terhadap ibu bapa. contoh ibu bapa saya sendiri sangat mementingkan masalah yang saya hadapi dan selalu bertanya tentang saya termasuk tentang kawan2 dan kewangan. ibu bapa juga mungkin boleh mengusap kepala anak sambil membaca doa2 khusus. perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa saya sehingga sekarang apabila saya mendapat sesuatu kejayaan atau ingin ke mana2 tempat. sebagai seorang anak, saya dapat merasa kasih sayang mereka terhadap saya dan bagi saya sebagai anak itulah saat yang paling syahdu yang membuatkan saya tidak sampai hati melakukan apa yang merisaukan ibu bapa saya. itu adalah salah satu cara untuk ibu bapa. sebagai anak kita boleh tunjukkan kasih sayang kita dengan sentiasa bersalam dengan ibu bapa kita jika ingin ke mana2 walaupun dekat ataupun selepas solat. satu lagi ialah ialah dengan mencium mereka (bukan cium mulut) hanya sekadar cium di kedua pipi selepas bersalam dan cium tangan ibu bapa. saya juga pada awalnya sangat malu untuk cium ibu bapa saya kerana keluarga saya tidak biasa melakukannya sebelum ini sekadar hanya bersalaman sahaja. tetapi setelah saya masuk salah satu pondok di negeri saya, saya ada mendengar tips ini daripada ustaz. dia ada bagitau yang pada mulanya kita malu, tetapi pada akhirnya kita dapat rasa kesan positif daripada amalan itu. dia ada cakap juga yang sangat terkesan bagi saya sampai sekarang. dia cakap, sampai bila kita nak malu dengan ibu bapa kita, tak kira bagaimana rupa atau perangai ibu bapa kita mereka tetap syurga bagi kita dan mereka adalah tanggungjawab kita.

Seterusnya, menelefon ibu bapa bagi yang tinggal jauh daripada mereka. Terlihat sangat simple kan tapi effect positifnya sangat besar jika diamalkan (try it) saya buat amalan ni pada mulanya sangat susah tetapi semakin hari terasa kosong jika tidak bercakap dengan ibu bapa saya setiap hari. kalau tidak boleh call setiap hari mungkin boleh try seminggu 3 kali. tapi semakin kerap kita bercakap dengan ibu bapa kita semakin erat hubungan kita dengan mereka. cara ini juga penting bagi anak yang sudah berkahwin. kerana ibu bapa saya sering meluahkan perasaan sedih mereka terhadap anak2 mereka yang sudah berkahwin yang jarang menefon, balik kampung apatah lagi untuk memberi wang belanja setelah kahwin. jadi kita sebagai anak yang sudah ataupun belum kahwin mungkin apapun status kita jangan lupa terhadap orang yang susah payah menjaga kita semasa kecil. jagalah hati mereka cukup sekadar call untuk bertanya khabar yang pastinya cukup menggembirakan hati ibu bapa. mungkin ada yang tertanya-tanya nak cakap apa jika call setiap hari. cara saya cukup sekadar bertanya khabar, dah makan belum. percayalah, ibu bapa kita sangat seronok apabila kita call mereka.

Mungkin cukup sampai kat sini dulu sharing saya.terima kepada admin jika menyiarkan. moga mendapat manfaat.

– anak emak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ini Satu Tanggungjawab

PengakuanKu

Assalamualaikum, ini merupakan kali pertama aku menulis sebab aku dah tak tahu nak mintak pendapat dari sesiapa lagi. Maaf kalau panjang sangat. Utk makluman semua ini bukanlah cerita aku sendiri tapi tentang kawan aku. Aku bagi intro sikit supaya korang blh paham. Aku namakan kawan aku ini Nani. Dia seorang yg baik, rajin menolong dan tidak berkira. Di atas sikap dia yg ak blh anggap malaikat inilah org asyik gunakan dia. Dan dia tidak pernah utk berkata tidak. Walaupun benda yang dia perlu buat itu bukan ats kehendak dia ataupun kepentingan dia sama sekali.

Hidup Nani pada awal pengenalan aku amatlah baik. Kehidupan Nani ini berubah setelah dia kematian ayahnya. Siapa yang pernah merasa kehilangan mungkin dia akan paham perasaan tersebut. Sama jugak pada Nani luaran dia mungkin nampak tenang tapi dalam hati siapa tahu bukan. Mujur ibunya masih berkerja so tiadalah timbul isu kais pagi makan pagi sangat kann. Sebagai anak yang baik semestinya dia perlu membantu untuk meringankan beban ibunya dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah. Nani ini dari aku kenal dia meamang sangat rajin menolong tak suruh pun dia akan buat sebab dia tahu itu tugas dia. Aku tahu dia penat tapi dia tak pernah cakap, ye la dengan sekolah lagi mana nak tlg urus hal rumah lagi, dia memang baik betul tak pernah mengeluh. Yang tak bestnya kat sini sikap ahli keluarga lain yang bagi aku sangat tidak membantu dia seolah-olah dia sorang je yang wujud utk membantu ibunya.

Okay kita skip, takut jadi panjang pulak. Aku nak cerita start dia masuk belajar. Bagi aku bila dah belajar jauh ni kan okay lah sebab tak perlu nak urus hal rumah tapi sangkaan aku meleset beb. Penderitaan dia tidak terhenti setakat ini masih ada lagi rupanya. Apa tidaknya korang bayangkanlah kalau time dia balik cuti tu kerja rumah yang dia perlu hadap bukan sikit weyhh banyak. Padahal bukan dia duduk rumah tu pun dia kan belajar jauh. So cuti yang diharapkan amatlah tidak indah terpaksa hadap kerja-kerja rumah yang tiada kesudahannya. Aku selalu marah dia kalau dia rajin sangat, jahatkan aku. Bagi aku dia tak patut buat kerja tu sorang- sorang, apa yang lain dalam rumah tu dah mati ka? (Maaf lah kasar sikit)
Tapi aku biasalah buat jahat lagi kadang-kadang aku culik dia utk ikut aku pergi jalan-jalan supaya nak elak buat kerja. Tapi sama jugak ballik tu tetap dia kena buat kerja, plan aku tak jadi huhuhuhu (kesian Nani).

Keadaan jadi makin teruk weyh. Aku rasa yang ni kemuncak penderitaan utk Nani. Setelah tamat belajar berkerjalah si Nani ini walaupun kerja biasa saja. Aku cakap kat dia kerja bisa pun tak pa weyh janji rezeki halal dan tak susahkan orang lain. Dia memang tak pernah susahkan org lain tapi orang lain yang selalu susah kan dia. Bermulalah kisah duka untuk sahabatku ini, jeng..jeng..jeng.

Kini ibunya tidak lagi berkerja. Jadi korang rasa apa?? Apa lagi semua tanggungan yang selama ini digalas di bahu ibunya telah jatuh ke bahu Nani. Atas alasan kenapa ibu dia berhenti aku tidak tahu tapi bagi aku ibu dia masih kuat utk berkerja lagi bukan macam ibu aku, ehhh ye la ibu aku lagi tua tapi kerja lagi. Aku tahu dia banyak kena tanggung family dia sekarang tapi dia tak pernah nak cerita, tapi aku tahu banyak (tak cakap pun aku tahu). Aku rasa marah gila dengan ibu dia sampai aku hasut Nani ni macam-macam. Aku suruh dia kahwinlah utk dapat dia keluar dari rumah tu (tapi kalau dapat laki tak guna buat apa lagi seksa diri macam tu) so kami sedar yang plan aku ni susah nak laksanakan. Aku hasut dia lagi weyhh suruh keluar rumah menyewa kat lain tapi dia cakap buat apa nk bayar sewa rumah lain sedangkan boleh duduk free (betul jugakkan tapi duduk rumah pun duit habis jugak tambah-tambah untuk orang lain sangat tak berbaloi). Aku bagi lagi cadangan surah dia menghilang untuk beberapa bulan tak kisah lah pergi mana pun cuti ke apa ka janji tak ada kat rumah tu (dengan harapan orang akan hargai dia). Memang betul dia memang anak yang baik, tahu apa dia balas, tak boleh weyh ini tanggungjawab aku, aku sebagai anak kena tolong. Habis anak yang lain tu buat apa jadi BIAWAK HIDUP dalam rumah tu. Apa jua hasutan aku dia tepis weyhh so tak jadi la plan aku nak tolong dia.

Then, sekarang ni jadi lagi perkara yang teruk sampai dia kena hadap sorang-sorang (tak boleh nak cerita detail). Tapi dia masih lagi tenang harungi semua ini dengan sabar dan berlandaskan bahawa ini semua masih tanggungjawab dia dan dia perlu tanggung. Ishhh manalah dia dapat kekuatan macam ni sekali, aku kena minyak sikit pun rasa nak pengsan. Untuk paham kan korang lagi selama dia kerja ni tak pernah dia cukup duit, semua habis bayar hutang orang lain. Nani ni bukan sahaja korbankan tenaga, masa malah wang ringgit semua habis dia bagi untuk family dia. Kadang-kadang time shopping dengan aku, aku tengok ada ja keinginan dia nak dapatkan sesuatu barang tu tapi then dia cakap tidak mengapalah bukan kepentingan sangat pun itu semua kehendak. Korang tengok la sampai macam ni sekali berlaku. Aku respect gila dengan dia sampai aku selalu cakap kat diri aku jangan kufur nikmat.
Aku sangka life ak kadang-kadang teruk tapi ada lagi yang teruk.

Aku tak tahu dah nak bantu Nani ni mcm mana. Aku harap korang boleh bagi pendapat untuk aku tlg kawan aku ni (aku sayang dia weyh). Aku harap korang janganlah kecam aku sebab bagi cadangan pelik-pelik kat Nani ni,niat aku cuma nak tolong. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang berlaku tapi aku tak naklah cerita karang tak pasal-pasal aku jadi kawan derhaka pulak ehhh. Apa yang boleh aku cakap aku benci family’s members Nani sebab tak tolong Nani pun, menyusahkan betul. Akhir kata, aku harap confessions aku ni diterimalah yaa…and tq so much kalau tersiar.

p/s : Dlm cerita ni ak bukan larang korang kalau nak membantu keluarga okay tapi bagi aku berpadalah weyh.

– zara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.