Assalamualaikum, ini merupakan kali pertama aku menulis sebab aku dah tak tahu nak mintak pendapat dari sesiapa lagi. Maaf kalau panjang sangat. Utk makluman semua ini bukanlah cerita aku sendiri tapi tentang kawan aku. Aku bagi intro sikit supaya korang blh paham. Aku namakan kawan aku ini Nani. Dia seorang yg baik, rajin menolong dan tidak berkira. Di atas sikap dia yg ak blh anggap malaikat inilah org asyik gunakan dia. Dan dia tidak pernah utk berkata tidak. Walaupun benda yang dia perlu buat itu bukan ats kehendak dia ataupun kepentingan dia sama sekali.
Hidup Nani pada awal pengenalan aku amatlah baik. Kehidupan Nani ini berubah setelah dia kematian ayahnya. Siapa yang pernah merasa kehilangan mungkin dia akan paham perasaan tersebut. Sama jugak pada Nani luaran dia mungkin nampak tenang tapi dalam hati siapa tahu bukan. Mujur ibunya masih berkerja so tiadalah timbul isu kais pagi makan pagi sangat kann. Sebagai anak yang baik semestinya dia perlu membantu untuk meringankan beban ibunya dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah. Nani ini dari aku kenal dia meamang sangat rajin menolong tak suruh pun dia akan buat sebab dia tahu itu tugas dia. Aku tahu dia penat tapi dia tak pernah cakap, ye la dengan sekolah lagi mana nak tlg urus hal rumah lagi, dia memang baik betul tak pernah mengeluh. Yang tak bestnya kat sini sikap ahli keluarga lain yang bagi aku sangat tidak membantu dia seolah-olah dia sorang je yang wujud utk membantu ibunya.
Okay kita skip, takut jadi panjang pulak. Aku nak cerita start dia masuk belajar. Bagi aku bila dah belajar jauh ni kan okay lah sebab tak perlu nak urus hal rumah tapi sangkaan aku meleset beb. Penderitaan dia tidak terhenti setakat ini masih ada lagi rupanya. Apa tidaknya korang bayangkanlah kalau time dia balik cuti tu kerja rumah yang dia perlu hadap bukan sikit weyhh banyak. Padahal bukan dia duduk rumah tu pun dia kan belajar jauh. So cuti yang diharapkan amatlah tidak indah terpaksa hadap kerja-kerja rumah yang tiada kesudahannya. Aku selalu marah dia kalau dia rajin sangat, jahatkan aku. Bagi aku dia tak patut buat kerja tu sorang- sorang, apa yang lain dalam rumah tu dah mati ka? (Maaf lah kasar sikit)
Tapi aku biasalah buat jahat lagi kadang-kadang aku culik dia utk ikut aku pergi jalan-jalan supaya nak elak buat kerja. Tapi sama jugak ballik tu tetap dia kena buat kerja, plan aku tak jadi huhuhuhu (kesian Nani).
Keadaan jadi makin teruk weyh. Aku rasa yang ni kemuncak penderitaan utk Nani. Setelah tamat belajar berkerjalah si Nani ini walaupun kerja biasa saja. Aku cakap kat dia kerja bisa pun tak pa weyh janji rezeki halal dan tak susahkan orang lain. Dia memang tak pernah susahkan org lain tapi orang lain yang selalu susah kan dia. Bermulalah kisah duka untuk sahabatku ini, jeng..jeng..jeng.
Kini ibunya tidak lagi berkerja. Jadi korang rasa apa?? Apa lagi semua tanggungan yang selama ini digalas di bahu ibunya telah jatuh ke bahu Nani. Atas alasan kenapa ibu dia berhenti aku tidak tahu tapi bagi aku ibu dia masih kuat utk berkerja lagi bukan macam ibu aku, ehhh ye la ibu aku lagi tua tapi kerja lagi. Aku tahu dia banyak kena tanggung family dia sekarang tapi dia tak pernah nak cerita, tapi aku tahu banyak (tak cakap pun aku tahu). Aku rasa marah gila dengan ibu dia sampai aku hasut Nani ni macam-macam. Aku suruh dia kahwinlah utk dapat dia keluar dari rumah tu (tapi kalau dapat laki tak guna buat apa lagi seksa diri macam tu) so kami sedar yang plan aku ni susah nak laksanakan. Aku hasut dia lagi weyhh suruh keluar rumah menyewa kat lain tapi dia cakap buat apa nk bayar sewa rumah lain sedangkan boleh duduk free (betul jugakkan tapi duduk rumah pun duit habis jugak tambah-tambah untuk orang lain sangat tak berbaloi). Aku bagi lagi cadangan surah dia menghilang untuk beberapa bulan tak kisah lah pergi mana pun cuti ke apa ka janji tak ada kat rumah tu (dengan harapan orang akan hargai dia). Memang betul dia memang anak yang baik, tahu apa dia balas, tak boleh weyh ini tanggungjawab aku, aku sebagai anak kena tolong. Habis anak yang lain tu buat apa jadi BIAWAK HIDUP dalam rumah tu. Apa jua hasutan aku dia tepis weyhh so tak jadi la plan aku nak tolong dia.
Then, sekarang ni jadi lagi perkara yang teruk sampai dia kena hadap sorang-sorang (tak boleh nak cerita detail). Tapi dia masih lagi tenang harungi semua ini dengan sabar dan berlandaskan bahawa ini semua masih tanggungjawab dia dan dia perlu tanggung. Ishhh manalah dia dapat kekuatan macam ni sekali, aku kena minyak sikit pun rasa nak pengsan. Untuk paham kan korang lagi selama dia kerja ni tak pernah dia cukup duit, semua habis bayar hutang orang lain. Nani ni bukan sahaja korbankan tenaga, masa malah wang ringgit semua habis dia bagi untuk family dia. Kadang-kadang time shopping dengan aku, aku tengok ada ja keinginan dia nak dapatkan sesuatu barang tu tapi then dia cakap tidak mengapalah bukan kepentingan sangat pun itu semua kehendak. Korang tengok la sampai macam ni sekali berlaku. Aku respect gila dengan dia sampai aku selalu cakap kat diri aku jangan kufur nikmat.
Aku sangka life ak kadang-kadang teruk tapi ada lagi yang teruk.
Aku tak tahu dah nak bantu Nani ni mcm mana. Aku harap korang boleh bagi pendapat untuk aku tlg kawan aku ni (aku sayang dia weyh). Aku harap korang janganlah kecam aku sebab bagi cadangan pelik-pelik kat Nani ni,niat aku cuma nak tolong. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang berlaku tapi aku tak naklah cerita karang tak pasal-pasal aku jadi kawan derhaka pulak ehhh. Apa yang boleh aku cakap aku benci family’s members Nani sebab tak tolong Nani pun, menyusahkan betul. Akhir kata, aku harap confessions aku ni diterimalah yaa…and tq so much kalau tersiar.
p/s : Dlm cerita ni ak bukan larang korang kalau nak membantu keluarga okay tapi bagi aku berpadalah weyh.
– zara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment