Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd para pmbaca confession iium… Aku X. Cukuplah dikenali sbg X shj.
Aku ada seorang abang. Dah pun berkahwin. Dan dikurniakan seorang anak yg sekarang ni bersekolah rendah. Hidup kami dan keluarga abang aku sangat ok sebelum ini. Boleh katakan aku dpat kakak ipar terbaik la orang cakap. Nak minta temankan pergi mana2 dia selalu ada. Nk minta tolong dia usahakan untuk bantu aku dan adik beradik yg lain. Sebab itu bg kami sekeluarga dia seorang kakak ipar yg baik.
Sebelum ini abang dan kakak iparku tidak tinggal di kawasan yg sama dengan ku. 2,3 bulan sekali baru akan pulang ke kampung. Tapi untuk beberapa tahun sebelum ni mereka sekeluarga sudah tinggal berhampiran dengan kami. Syukur Alhamdulillah mungkin ini petunjuk yg Allah nk tunjuk kpd keluarga ku. Kusangkan panas hingga ke petang. Rupanya hujan ditengahari. Kakak iparku yg disangka adalah yg terbaik rupanya bertopengkan dengan cara pemakaiannya. Sungguh kami tak jangka, tak sangka dan semua sekali yg tak terduga.
Sekarang ni kami sekeluarga masih tak dapat terima perbuatan yg telah dilakukannya kepada abang ku. Pelbagai nasihat yg telah diberikan kepada abangku. Tapi ape yg dia nampak hanyalah itu perbuatan org lain kepada kakak iparku. Padahal sudah terang lagi bersuluh benda tak akan terjadi jika hanya sebelah pihak. Ia akan terjadi dengan adanya kedua2 belah pihak. Aku nk terangkan lebih detail ape yg dilakukan sungguh tak sanggup aku nk ceritakan. Bagai membuka aib org.
Tapi perbuatan yg dilakukan oleh kakak iparku sungguh keluargaku tidak boleh maafkan. Memang betul org cakap itu isteri abang aku, biar la abang aku buat keputusan tu sendiri. Kakak iparku tak ada buat salah dengan keluarga ku secara direct. Salah dia hanya pada Suaminya tapi disebabkan suaminya itu ahli keluargaku itu yang jadi salah dia kepada kami semua.
Dan kini abangku seperti org yg buta. Buta mata hati. Adakah dia buta sendiri atau telah dibutakan itu menjadi persoalan. Setiap kali ahli keluarga ku nasihat pasti akan ada naik suara oleh abang aku. Seperti mempertahankan kesalahan isterinya itu. Cakap maknya dilawan. Cakap isteri dan keluarga mertuanya yg didengar. Walaupun sudah ada bukti yg kukuh yg telah ditunjukkan oleh keluarga ku tapi masih abangku berdegil untuk mempertahankan isterinya. Apa lagi yg kami mampu buat utk sedarkan abgku hanya dari Doa seisi keluarga untuknya.
Aku harap abangku akan sedar akan ape yg telah isterinya lakukan dibelakangnya selama bertahun2 itu yg kami juga baru ketahui. Kami semua terkejut bagai kena pukul di ombak yg besar apabila mengetahui hal tersebut. Mula2 bagiku ada org yg nk pecah belahkan keluarga abang ku. Tapi apabila disiasat dan dikukuhkan dengan bukti memang betul semua itu. Kami dah bagi kakak ipar ku peluang utk berubah. Tapi peluang itu telah disia2 kan. Jadi apabila rahsianya telah terbongkar dengan lebih luas kami dah tidak boleh bagi peluang lagi…
Utk abangku. Pelbagai nasihat ahli keluarga mu ini bagi sila dengar. Sila buka mata hati utk dengar nasihat ibumu serta adik beradikmu. Jangan ikot kata2 orang lain yg ingin ambil kesempatan keatas kelurusan mu itu. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar pintu hati mu terbuka untuk mengetahui hal sebenarnya yg selama ini kamu menidakkan..
Cukuplah coretan dari insan dikenali sbg X adikmu.. utk pembaca iium maaf andai coretan ku ini sukar di ruangkaikan kerana sudah lama aku tidak menulis sebarang coretan.
mohon pembaca iium doakan abangku agar tidak dibutakan lagi oleh isterinya.
– X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment