assalamualaikum pembaca semua..saje untuk berkongsi kisah hidup saya yg mmg ada ups and downs..
Saya berumur awal 30an, berkahwin pada umur 25 thn, kini mempunyi 3 org cahaya mata yg comel. Saya bekerja kerajaan Alhamdulillah, mempunyai seorang suami yg baik.
Jodoh pertemuan maut itu ditangan yg Esa. Bukan itu sahaja, saya suka mengingatkan diri, Allah juga pemberi rezeki kepada kita semua, dan rezeki seseorang itu tidak pernah tersalah alamat.
Saya ditakdirkan bertemu dengan suami semasa di kolej matrikulasi. Kami tidak bercinta, tidak berdating, tapi pada akhir sem, suami menyatakan hasrat dia untuk berkahwin..haha..kelakar sungguh time tu kerana kami baru berumur 18 tahun. Waktu itu, hanya message menjadi pengantaraan kami, guna handphone 3 ten sahaja.Bagi saya, pada waktu itu, mustahil la nak kahwin. Kerja pon xde lagi, belajar pun x habis lagi.
Cut story short, saya belajar selama 5 tahun, dengan penuh pancaroba.Bukan sahaja subjek nya susah, subjek hati dan perasaan pun susah. Saya x sangka saya ramai peminat. Tapi masalahnya, peminat2 saya terus berhubung dengan ibu bapa tanpa saya mengetahui. Makanya, saya memang ‘reject’ mereka awal2. Bukan seorang dua, tetapi 5 orang. Saya memang tidak mengetahui walaupun ibu ada bagi ‘hint’ rakan sepengajian ada meminati saya. Patut la time raya, rajin sangat kawan2 sekelas beraya ke rumah, memberi kek lapis chocolate yang mahal, memberi tumpang kenderaan dan macam2 lagi.
Well, saya orangya bukanlah alim bertudung labuh. Cukuplah saya suka berbaju kurung, melabuhkan tudung jika ke kelas. Saya juga bukan jenis yang mempunyai rakan2 lelaki yang rajin berborak dan bertukar cerita. Boleh juga dikatakan saya seorang introvert.
Dan sepanjang 5 tahun itu, tidak pernah pun saya bertemu dengan suami saya. Saya berada di selatan manakala suami bersama keluarga dia di pantai timur.Rupa2 nya, suami memang mengikuti perkembangan saya. Bijak sungguh dia ‘add’ FB rakan2 perempuan saya. Di mana ada ‘tag’ gambar saya bersama mereka. Suami juga mengetahui rakan2 yang meminati saya.hehe. tapi dia diamkan saja..
Saya juga pernah dilamar seorang ustaz. Kami berkenalan pada satu kem semasa saya berada di tingkatan 5, dan beberapa kali juga dia menghubungi saya di messenger semasa dia menyambug pengajian di Mesir. Habis sahaja pengajian, dia terus datang ke rumah untuk berkenalan degan ibu ayah. Tetapi, ayah dan ibu tidak berkenan dengan ‘over-confidence’ ustaz ini. Pabila mengingat kembali detik itu, memang kelakar. Saya menangis macam nak gila kerana ibu ayah ‘reject’ustaz tu, padahal kami tidak berjumpa apatah lagi bercinta. hehe
Apabila saya mula bekerja, cabaran lagi hebat. Waktu tu, ibu dan ayah sangat berhati2 apabila mahu berbicara mengenai jodoh saya. Disebabkan saya pernah ‘frust’ dengan lamaran sebelum ni, ibu memberi saya peluang untuk memilih orang yang bukan senegeri (sebelum ni,syarat ibu nak orang sama negeri sahaja). Cabaran di tempat kerja bagi seorang perempuan yang belum berkahwin itu tinggi juga. Dan saya merasakan sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada suami untuk mencuba, tetapi bersyarat.
Pertamanya, suami mestilah mengikut saya kemana saja saya di ‘post’kan untuk bekerja kerana saya tidak mahu PJJ. Dan keduanya, selepas berkahwin kami akan tinggal di negeri kelahiran saya. dan suami bersetuju.
Puas dia mencari pekerjaan dan interview sehingga berulang alik tiga ke empat kali dari pantai timur ke selatan. Allah melapangkan jalan dengan pekerjaan yang bagus di kota besar tempat saya bekerja. Selepas beroleh pekerjaan, kami terus bertunang sebulan selepas itu, dan berkahwin 5 bulan selepas bertunang.
Ditakdirkan saya bertukar posting di sebuah daerah pendalaman pada tahun ke 2 perkahwinan. Suami dan anak2 megikut saya berpindah. Tetapi rezeki tidak memihak sepenuhnya kepada suami. Puas dia menghantar resume dan interview, tetapi masih sukar mencari pekerjaan standing kelulusan degree nya di daerah kecil ini.
Setelah sekian lama, dia mendapat pekerjaan sebagai pekerja am di sebuah syarikat swasta. Demi keluarga kecil kami, dia teruskan juga. Walaupun gaji saya 5 kali ganda berbanding gaji suami dia tidak pernah lupa untuk memberi nafkah kepada saya. Saya sangat bersimpati melihat kesungguhan suami pergi kerja dengan motor lama, berpanas berhujan 6 hari seminggu demi kerjanya. Tempat kerja yang memakan masa selama 45 minit membuatkn saya risau atas keselamatanya.
Suami saya seorang yang sangat baik.Tidak pernah berkira makan dan duit, membantu menguruskan anak2,uruskan hal baju dan pinggan mangkuk, dan sebagainya. Saya rindu untuk berkaraoke dengan suami, suami membawa makan di restoran2, pulang ke kampung suami menaiki kapal terbang dan macam2 lagi.Saya menerima ini sebagai ujian rumah tangga bagi kami. Kadangkala apabila bisikan syaitan itu lebih kuat, saya berasa tertekan dengan merasakan saya yang menanggung keluarga kecil kami.
Wahai pembaca sekalian, doakanlah agar suami saya dimudahkan rezeki dan dilapangkan pekerjaan oleh Nya.
– mrsZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment