Sunday, 29 April 2018

Tugas Sebagai Anak / Ibubapa

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf jika bahasa tunggang langgang. dikenali dengan nama su. berumur 20++ dan asal daripada negeri pantai timur setelah sekian lama memerhatikan sikap antara anak dengan ibu bapa dan sikap ibu bapa terhadap anak. saya ingin berkongsi tips antara anak dengan ibu bapa. mungkin selama ini sudah ramai yang confess tentang hal ini. mungkin ini sebagai peringatan kita semula mengenai hal ini.

seperti yang kita sedia maklum. kebanyakan masalah antara ibu bapa sebenarnya berpunca daripada perangai anak itu sendiri. jadi saya akan lebih fokus kepada tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.

Pertama sekali, untuk menjaga hubungan dengan ibu bapa kita harus menjaga hubungan kita dengan Allah. Bagaimana? dengan menjaga solat ialah perkara yang paling asas dalam agama. Solat sangat penting kerana Allah memandang kita pertama sekali dengan solat (semua mungkin maklum tentang ini). saya tidak tahu tentang agama lain mungkin ada upacara tertentu.

Yang kedua ialah hormat ibu bapa kita walau apapun perangai mereka. contohnya dari pengalaman saya sendiri. ibu bapa saya sendiri tidak mementingkan hal2 agama seperti tutup aurat dan hukum hakam tetapi selepas saya ambil keputusan untuk berubah dengan belajar agama, merek a juga terikut-ikut atas sebab mereka malu dengan saya (segala puji bagi Allah). oleh itu, hormatlah ibu bapa anda bagaimanapun perangai dan cara mereka kerana itu juga adalah keberkatan hidup seorang anak. tapi jangan mengikuti apa yang mereka lakukan yang bercanggah dengan agama. saya tahu bukan semua keluarga asal daripada keluarga alim @ beriman. mulakan dengan percakapan yang sopan dan sentiasa bertanya khabar ibu bapa bagi yang tinggal jauh.

Yang ketiga, selalu bercakap atau berkomunikasi. ini penting untuk ibu bapa dan anak. untuk ibu bapa, mereka perlu sentiasa bercakap dengan anak, ambil tahu masalah anak. dan sebgai anak kita harus menunjukkan kasih sayang kita terhadap ibu bapa. contoh ibu bapa saya sendiri sangat mementingkan masalah yang saya hadapi dan selalu bertanya tentang saya termasuk tentang kawan2 dan kewangan. ibu bapa juga mungkin boleh mengusap kepala anak sambil membaca doa2 khusus. perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa saya sehingga sekarang apabila saya mendapat sesuatu kejayaan atau ingin ke mana2 tempat. sebagai seorang anak, saya dapat merasa kasih sayang mereka terhadap saya dan bagi saya sebagai anak itulah saat yang paling syahdu yang membuatkan saya tidak sampai hati melakukan apa yang merisaukan ibu bapa saya. itu adalah salah satu cara untuk ibu bapa. sebagai anak kita boleh tunjukkan kasih sayang kita dengan sentiasa bersalam dengan ibu bapa kita jika ingin ke mana2 walaupun dekat ataupun selepas solat. satu lagi ialah ialah dengan mencium mereka (bukan cium mulut) hanya sekadar cium di kedua pipi selepas bersalam dan cium tangan ibu bapa. saya juga pada awalnya sangat malu untuk cium ibu bapa saya kerana keluarga saya tidak biasa melakukannya sebelum ini sekadar hanya bersalaman sahaja. tetapi setelah saya masuk salah satu pondok di negeri saya, saya ada mendengar tips ini daripada ustaz. dia ada bagitau yang pada mulanya kita malu, tetapi pada akhirnya kita dapat rasa kesan positif daripada amalan itu. dia ada cakap juga yang sangat terkesan bagi saya sampai sekarang. dia cakap, sampai bila kita nak malu dengan ibu bapa kita, tak kira bagaimana rupa atau perangai ibu bapa kita mereka tetap syurga bagi kita dan mereka adalah tanggungjawab kita.

Seterusnya, menelefon ibu bapa bagi yang tinggal jauh daripada mereka. Terlihat sangat simple kan tapi effect positifnya sangat besar jika diamalkan (try it) saya buat amalan ni pada mulanya sangat susah tetapi semakin hari terasa kosong jika tidak bercakap dengan ibu bapa saya setiap hari. kalau tidak boleh call setiap hari mungkin boleh try seminggu 3 kali. tapi semakin kerap kita bercakap dengan ibu bapa kita semakin erat hubungan kita dengan mereka. cara ini juga penting bagi anak yang sudah berkahwin. kerana ibu bapa saya sering meluahkan perasaan sedih mereka terhadap anak2 mereka yang sudah berkahwin yang jarang menefon, balik kampung apatah lagi untuk memberi wang belanja setelah kahwin. jadi kita sebagai anak yang sudah ataupun belum kahwin mungkin apapun status kita jangan lupa terhadap orang yang susah payah menjaga kita semasa kecil. jagalah hati mereka cukup sekadar call untuk bertanya khabar yang pastinya cukup menggembirakan hati ibu bapa. mungkin ada yang tertanya-tanya nak cakap apa jika call setiap hari. cara saya cukup sekadar bertanya khabar, dah makan belum. percayalah, ibu bapa kita sangat seronok apabila kita call mereka.

Mungkin cukup sampai kat sini dulu sharing saya.terima kepada admin jika menyiarkan. moga mendapat manfaat.

– anak emak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.