Life is good but… I always have a badluck in.. FRIENDSHIP.
Baiklah, long story short, masa sekolah menengah, aku ada kawan, Aida. Kami okay je tapi dia jenis tak boleh tengok aku lebih. Sampailah satu hari aku kemalangan jalan raya. Dagu dan pipi aku berparut (koyak). Aku cuti sekolah sebulan sebab kena pakai tongkat. Aku terharu sangat Aida datang melawat aku, rupanya Aida datang dengan niat untuk tengok parut dekat muka aku, bukan sebab aku sakit. Di sekolah, dia bagitahu orang yang ini semua balasan sebab aku perasan cantik. Dia happy sangat muka aku berparut. (Ni kawan kawan lain yang sampaikan). Aku tak pernah pula tinggi diri depan dia, setahu aku, dia yang ikut sebiji sebiji semua yang aku pakai termasuk jenama sabun mandi aku (itu pun nak ikut haha). Akhirnya, kami bawa haluan masing masing sebab kantoi dia bercinta dengan bf aku haha.
Menengah atas, aku berkawan dengan Nina. Dia sangat baik dengan aku, tapi habit dia, kuat merajuk dan mengongkong. Kalau aku bercakap dengan classmate yang lain, dia akan merajuk. Jadinya masa di sekolah, aku cuma berkawan dengan dia sahaja. Dengan orang lain tak boleh. Dia pun akan marah kalau aku guna “kau aku” dengan dia, kena “saya awak”. Aku layan jelah. Satu hari datuk aku meninggal, aku cuma sempat bagitahu seorang kawan sekelas lalu suruh dia sebarkan. Nina jenis tukar2 nombor jadi mesej aku tak sampai. Nina tak bercakap dengan aku sebab dia merajuk, sebab dia bukan orang pertama yang tahu. Aku tukar aliran sains, dia pun ikut tukar kelas sebab nak dengan aku, tak nak duduk sebelah orang lain, nak dengan aku jugak. Sampai lah UPU, dia mintak uni sama dengan aku. Ok lastly dapat uni lain lain. Dah dapat uni lain2, mestilah aku ada kawan baru kan. Tapi Nina tak terima, dia kata terlalu sayangkan aku dan marah betul aku ada kawan org lain. Kecewa katanya. Padahal balik hometown tak pernah tak jumpa. Aku kalini dah malas nak layan, sebab tak munasabah. Kalau masa sekolah boleh terima lagi, ni dah lain2 uni kot. Dia block aku kat semua tempat. Hidup dia tak seindah aku katanya dan dia tak layak kawan dengan aku. Dia tak ada kawan langsung, aku ada. Aku cantik, dia tak, macam macm lagilah. Dari sekolah lagi, kalau keputusan aku lagi tinggi, dia lah yang paling sedih.
Degree, aku ada dua kawan baik, Nabila dan Atika. Everything is good, I have a lot of friends due to join program, pergi volunteer, hiking, and also a part time model. So, dari situ aku kenal ramai orang. Tak kurang juga kawan satu kos. Aku kawan dengan semua orang tapi yang paling rapat is Nabila dan Atika. Lepas dua tahun berkawan, kantoi sebenarnya Nabila banyak tak puas hati dengan aku. Since aku ramai kenalan, Nabila seboleh boleh yakinkan kawan kawan aku yang lain, yang aku ada cakap belakang pasal mereka. Padahal tak pernah pun. Jadi relationship aku dengan kawan kos turns salty. Sesiapa sahaja yang berkawan dengan aku, dia akan cakap pada orang tu, yang aku ada burukkan mereka. Sampailah satu hari kantoi sebab kami semua berkumpul dan kantoi dia reka cerita, then dia kena pulau. Yang ni paling tak boleh tengok sesiapa pun lebih dari dia. Since aku join program, dia jadikan itu modal untuk bagitahu orang, yang aku tak buat kerja group. Padahal aku group dengan orang lain semua orang okay je. Tak ada masalah. Dia tengok aku buat servis mekap, dia kata kat orang aku makeup tak lawa. Muka dia smooth jadi dia lebih cantil dari aku. Dia hafal matric card aku, kalau markah lagi tinggi, nanti dia meroyan dan marah aku. Masa dia tak dapat hostel, aku offer untuk dia tidur bilik aku, tanpa mintak sesen pun untuk satu sem, sebab aku sayang dia. Tapi dia guna tu untuk senjata untuk burukkan aku, bagitahu semua orang yang aku subuh lambat(dia tekankan benda ni sangat2 kat semua orang maybe dh tak de point). Aku sedih, kalau dia lapar (sebab selalu tak da duit makan), aku pura2 dh kenyang sebab nak share half makanan dengan dia, (walaupun sebenarnya aku lapar). Kalau ada duit lebih, aku belanja. Aku bukan family senang tapi aku tak sampai hati tengok dia. Masa dia nak pindah barang, tak da sapa nak tolong (dia tak da kawan lain), walaupun aku penat sangat haritu, tapi aku sanggup teman dia naik blok paling hujung dan tingkat 4 sebab kesian. Cakap la apa sahaja, aku mesti usahakan tolong semampu aku. Punca dia benci aku, dia cakap kat kawan2 lain yang aku ni selalu bernasib baik, padahal bukan pandai pun belajar. Kalau ada talent apa2, dia akan cakap tu luck je. Selalu body shame aku. Aku sedih sebab bukan apa, dia obes, aku bukan tak tahu nak balas balik apa dia cakap, tapi aku fikir apa perasaan dia. Dia paling tak puas hati sebab aku baru ada bf, dan bf aku ada kereta. Dia compare dengan bf dia yang tak da kereta(dia sangat materialistic), dan cakap aku selalu bernasib baik (what?). Tapi since banyak sangat dia fitnah aku, aku pun cut dia dari life aku, walaupun sampai sekarang dia reka cerita pasal aku kat social media sebab aku tak nak berkawan dengan dia dah. Yelah aku ada kawan, dia try hard nak buat kawan aku semua jadi kawan dia sampai burukkan aku, aku ada bf, dia nak buat orang semua tak suka bf aku(supaya kami putus). Aku tak pernah burukkan dia… its okay kalau orang tak suka kita, but the worst part is.. orang tak suka kita dalam diam dan pura2 jadi bff till Jannah kononya tapi dalam diam nak hancurkan everything yang kita ada. Kecewa.
Since Nabila dah tak rapat dengan aku, sekarang kawan aku Atika. Atika, ni tak tau nak cakap macam mana. Layan orang ikut mood. Sukahati. She hates the spotlight that I got. I got a boyfriend, dia nak attention bf aku. Dan tak suka bf aku layan aku lebih sebab apa? Sebab haritu bf aku tak tolong bawakkan barang dia. Barang dia satu je weh, satu ketul. Lepastu, ada seorang lelaki lain suka kat aku, lepastu Atika terus benci lelaki tu sebab lelaki tu bagi attention (macam ajak borak je pun time lepak ramai2). Atika pernah beritahu yang dia selalu insecure dengan aku tapi dia tak patut rasa macamni dekat kawan sendiri. Atika juga pernah bagitahu, dia tak suka kenapa orang/ kawan2 selalu bagi preference dekat aku berbanding dia. Kalau ajak lunch, kawan2 lain nak lunch dengan aku tapi kenapa tak ajak dia. Aku macam… haritu, ada sorang classmate aku, dia keluar bilik pergi discussion, lepastu Atika satu asrama dan mereka berdua nak pergi discussion yang sama tapi sebab tak sebilik, classmates aku pun gerak lu lah kan. Sampai tempat discussion, Atika mengamuk sebab classmates aku tu tak bagitahu dia nak keluar bilik (aku sampai sekarang tak boleh brain), padahal mereka tak rapat ok. Aku sedih, aku selalu ada untuk kawan kawan aku (lagi lagi yang diatas ni), aku sentiasa jadi pendengar setia kalau ada masalah. Masalah aku, aku nangis sorang2 je, simpan sendiri. Sebab tu semua orang selalu nampak aku happy. Aku tak pernah layan orang ikut mood aku. Aku layan je walaupun aku tengah mood rabak koyak hancur teruk ke apa. Atika ni, disebabkan dia moody, dia expect aku faham dia, kalau dia moody, dia selalu kadang2 tengah jalan sekali, dia blah. Aku macam tak wujud. Selalu marah2 tak da reason pun, dan tiba2. Nak ok, ok la, worst part is kita yang kena start over dulu. Kalau tak, dia buat bodoh je. She also like to cut people off! Pantang annoyed sikit dengan sesiapa, dia akan cut terus orang tu. Sikit2 tak nak kawan. Dan, suka cari sebab untuk cari gaduh dengan aku. (macam tiba2 nak jumpa/buat discussion time dia tahu aku tak free). All of sudden ok. Lepastu marah kalau aku tak boleh datang. Ingat masa aku semua untuk dia?? Lambat reply ws sikit, mulalah block aku, buang no aku, unfollow. Aku bukan tak tegur tau perangai dia, tegur, lepastu dia up status(lol).
Yang semua ni aku dah tegur depan2 sebab aku tak nak cakap belakang, dan aku cakap tak marah mereka pun. Aku nasihat baik2 as a friend. But they use my advice against me (cakap aku nak cari gaduh). People never take my feelings into consideration. Aku tak reti nak marah sangat. Kadang aku diam je. Korang yang kat luar sana tu, kalau ada kawan yang tak marah2 korang, nampak happy je(kononnya), korang jangan lah layan macam sampah, suruh2, marah2. :( why people always take things for granted. Fikirlah orang lain. Lagi satu kalau korang ada perangai suka body shame orang tak tengok diri sendiri lepastu orang tu tak pernah balas balik, jangan lah makin sakan bahan dia. Dia ada je nk balas balik tapi hina orang kan tak baik. Entah lah, umur dah 24, dah final sem dah pun, makin nampak sorang2 punya perangai.
Aku minta maaf pos aku panjang, aku tak tahu nak cerita kat siapa, kalau cerita kat orang, nanti burukkan mereka pulak kan. Sekarang ni apa aku nak buat kat Atika? Kalau korang ada suggestion, tell me. Aku sanggup korban masa tenaga duit untuk kawan aku, but after all these, ada satu soalan, am I the problem? .. maybe aku tak baik untuk semua orang.
– Nis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment