Assalamualaikum ,
Saya dilla. Cume nak share cerita pengalaman sy sekarang berkahwin dengan suami yg hanya mengharapkan gaji sbg pekerja sambilan harian. Well, semua orang tahu kan ape risiko nye kalau kita bekerja sbg PSH di mana2 sektor gov. Sebelum sy berkahwin dgn suami pun sy tak tahu yang die bukan bekerja tetap, suami cuma bagitahu yg gaji die gaji tetap, bulan2 mampu untuk cover saya dan anak2 nanti. saya pun iyakan je la. Sy tak pernah tanya dia lebih2 asalkn dia ada kerja yang gaji dapat bulanan, tak kisah swasta atau gov, tu dh cukup bg sy. Beberapa hari sebelum nikah, akhirnya saya baru tahu rupanye die bukan la pkerja tetap, hanya sebagai PSH. Gaji harian . Jadi, sy redha dan terima je lah takkan nak batalkan perkahwinan semata2 sebab status kerja dia.
Awal2 perkahwinan, sy perasan gaji suami selalu masuk lambat, dan dia baru bagi tahu sy yg gaji hjung bulan tahun 2017 memang lambat, hnye dapat bulan 3. so selalu meminjam dengan sy. sy ok je. bagi la dalam rm 500 untuk belanja dia sementara tunggu gaji tu. masuk bulan feb, kami diuji lagi bila suami diberhentikan secara tiba2. selama sebulan dia menganggur. suami cakap nak cari kerja lain, tp susah nk dapat. hujung feb, baru la dia dipanggil semula bekerja tmpt sama start bulan mac, so gaji feb suami kira langsung takde, jadi sy keluarkn lagi simpanan sy lebih dekat rm 1000 utk support suami. so total lebih 1.5k jugak simpanan sy hbs.. oh ye, sy dan suami PJJ. suami duduk dengan mak dia, hjung mnggu je kami berjumpa, sbb nk jimat. msuk je bulan 3, gaji suami yg disember masih belum masuk, nafkah sy of course la tak dapat lansung sejak disember. nasib baik sy pun bekerja dan ada gaji sendiri. Jadi sy ok lagi. sy sgt berjimat bab makan, malam2 sy tak kisah makan maggie asalkn cukup belanje sampai next gaji sy. shopping utk diri sendiri memang tak de lah sbb cukup2 makan. tambah pulak nafkah langsung takde. smpai ramai tegur badan sy makin susut dan muka kusam tp diorang tak tahu masalah sy. jadi, masuk bulan mac saya dh tak tahan sebab simpanan sy makin menyusut, gaji pun cukup2 makan dan sy cadangkan suami buat aduan kt jabatan berkaitan . suami pun buat. . so dapat la feedback daripada yg brkaitan n mnyatakan bajet gov tak cukup, tu yg lmbt. ok, kami faham.. dan kali kedua adu, masih masalah sama. selepas tu, kami bru dapat tahu jika kami masih buat aduan, kemungkinan suami akn kena blacklist dan akan dibuang terus. Jadi, suami dah tak berani nak tanya status gaji dia dan rakan2.
Kami pun tunggu dan tunggu.. sampai la sekarang gaji bulan dec masih belum masuk. OT untuk bulan 3 pun still belum masuk , nasib baik gaji bulan 3 dia dah masuk so ade la duit sikit tak sampai 1k. lepas je tolak bg mak die, byr hutang kat mak die, kmudian bg duit sewa rumah pada sy rm 400, gaji dia tinggal rm 150 je. tapi… dalam mase 2 minggu habis la, OT pn tak masuk lagi so lagi sekali baru2 ni die meminjam dengan sy..kali ni sy betul2 dah takde duit. Kat ASB tinggal rm 200 je, n sy trpaksa pajakkan cincin kahwin sy utk kegunaan suami sementara tunggu OT n gaji yg tak masuk2… jadi, sebentuk emas pun takde kat tangan sy. Gaji sy pun dh habis lama dah, tinggal beberapa ringgit kt tangan sementara tunggu OT yg ntah bila nak masuk. sekarang kami cuma berharap OT suami masuk hari ni (tarikh sepatutnya 16 hb lepas),
sy tak tau sampai bile kami macam ni.. kadang2 sy trfikir ade la hikmahnya kami belum ada anak lagi.. dan sy mntk pembaca tolong doakn sy kekal tabah trme kekurangan suami dari segi gaji ni.. sy nak suami cari kerja lain, tp suami cakap kerja ni je die mampu buat.. lagipun dengan umur nye yg cecah 40 tahun, mustahil nk dpt kerja lain. Berniaga lagi la dia tak mahu, dia tak pandai katanye. Sy malas dh nak bergaduh psl ni lagi. Sekarang sy pun kena fikirkan cara nak tambah income kelaurga kecil kami. sy memang buat bisnes online, tapi susah sgt dpt customer. belum rezeki mungkin.
Sekian, tu je luahan sy. mohon jgn kecam, sy cuma minta doakan yg terbaik utk kami, dan sy juga nk selitkan beberapa pengajaran di sini :
1. Si suami, tolong berterus terang dengan bakal isteri sama ada anda bekerja atau tidak, dan bagaimana flow gaji msuk anda. gaji tetap atau berlubang2. yang memang berniaga lain ceritanya, masing2 punya rezeki lain2. yg penting biar bakal isteri tahu. tak perlu bagitahu total pendapatan pun, kami bukan nk duit suami pun, cuma sbb isteri jugak yg akn terkesan sepanjang berkahwin dengan kamu. Jujur awal2 lbh baik supaya dia tidak terkejut dan tertipu di kemudian hari. ape pun, ade juga isteri yg boleh terima dan cover kekurangan kamu tu.. tapi yg penting, jujur lah dari awal.
2. Suami, anda ketua keluarga. Anda kena pandai cari peluang untuk tambah pendapatan, jangan berharap pada satu income saja. maklum la zaman sekarang duit mengalir macam air terjun. even kerja tetap pun tercungap2 untuk sampai next gaji, apetah lagi status PSH.
3. Bagi bakal isteri, anda siasat la bakal suami betul2, supaya anda takkan rase tertipu kemudian hari. Kalau dah tahu perkara sebenar tentang suami (akhlak, history dia & pekerjaan ), trpulang pada anda nk teruskn atau tidak. buat lah solat istikharahTak ada perkahwinan yg takda masalah. yang penting hati kena kuat.
Sekian,
Isteri yang kadang2 letih terkesan dengan masalah suami
– dilla
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment