Assalamualaikum. Saya ingin meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.saya di lahirkan dalam keluarga sederhana. Sumenya baik belaka.cuma saya tidak berniat memburukan ayah saya, hnya srkadar meluahkan. Ayah saya terlalu garang. Seingat saya nak bercakap dengan dia direct memang jarang skali. Dia seorang yg baik dan bertanggungjawab cuma baran. Sehingga lah saya besar saya masih takut dengan ayah. Sehingga kalau buat sesuatu kesalahan saya kadang menipu untuk tidak dimarahi. Saya juga membesar sebagai seorang yg less self confident dan sensitif. Saya takut nk buat sesuatu keputusan, takut menyuarakan pendapat dan sebagainya.
Ujian tersebut memberi impact yg besar dalam hidup saya. Saya selalu rasa rendah diri. Sehinggalah saya kahwin, saya dapat suami yang selalu merendah-rendahkan kemampuan saya. Dia juga merendahkan kemampuan saya di depan mertua. Waktu awal perkahwinan, bila saya ke rumah mentua, pasti ada yang tidak kena di mata suami. Sehinggakan cara saya letak sudu di gulai juga jadi isu. Bertambah lagi perasaan rendah diri saya. Bila suami selalu merendahkan kemampuan saya di depan mertua, maka mertua selalu pandang rendah pada saya. Kadangkala suami membandingkan saya dengan biras. Saya betul2 rasa dibuli dari segi mental. Layanan mertua saya dengan biras (perempuan) saya ada perbezaan. Mertua saya bila bersembang atau nak buat keputusan selalu minta pendapat biras saya. Sedangkan biras saya jauh muda dari saya.saya tahu kematangan can’t be measure by age. Ada juga beberapa hal yang terlalu jelas jika dilihat dengan mata kasar dan mata hati.Bila saya luahkan perasaan kecil hati saya pada suami, dia kata saya ada penyakit hati sedangkan saya cuma meluahkan tidak memburukan sesiapa.
Katanya saya tidak pandai ambil hati mertua sedangkan biras saya terlalu bagus.bagai menambah bara di api, suami menambah rasa sedih saya.Yang saya harap cuma dia tenteramkan hati saya tapi sebaliknya yang saya dapat. Ya saya tidak pandai bagi cadangan pada mertua kerana saya rasa rendah diri. Saya takut suami marah andai tersalah kata atau pndangan yang saya usul.jadi saya selalu berdiam diri. Ya saya takut nak masak untuk mertua tapi saya sentiasa menolong dia di dapur.mungkin usaha saya belum cukup baik. Layanan adik beradik ipar juga berbeza dengan biras saya. Saya sering rasa tersisih. Ya, saya tak pandai bergurau. Sebab pernah saya bergurau dengan adik ipar, Saya kata ” alang2 dah iron baju, iron skali baju kakak.hehe” Lillah, saya bersumpah dengan nama Allah saya cuma bergurau.tiada niat menyusahkan adik. Tapi bila suami dengar dia kata jangan menyusahkan adik.pegi buat sendiri. Dari situ mula risau untuk bergurau, nanti suami fikir lain,dan dia akan marah.
Saya rasa perbezaan layanan keluarga mertua akan bertambah bila biras saya mengandung nanti. Saya tidak cemburu kerana saya yakin rezeki Allah itu adil. Tapi saya pasti berasa sedih. Saya tak sangka sebelum kahwin suami menyatakan tidak mahu anak, benar2 terjadi. Setelah berkahwin jarang sekali suami berusaha untuk dapatkan anak.tidak kira lah usaha dari segi mana pun.sesungguhnya saya tahu azab Allah itu amatlah pedih jika membuka aib suami, tapi saya sungguh tersiksa dari segi mental. Saya sudah usaha pelbagai usaha namun hampa dan kini hanya berdoa.
Pada saya keluarga memang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Saya nmpak perbezaan saya dan biras. Biras dilahirkan dengan ayah penyayang. Suami biras juga selalu memuji dia di depan mertua. Jadi dari situ it’s become motivation pada dia. Disebabkan itu perfomance dia lebih bagus dari saya. Memang betul kata suami dia pandai ambil hati mak mertua. Saya ibarat seorang LOSER. Ketika cuba mendaki gunung yang tinggi terlalu banyak rintangan yang harus dihadapi yang sedikit sebanyak melunturkan semangat diri. Saya tahu ujian yang Allah beri dari lahir adalah TERSISIH dan SENSITIF. Saya sentiasa mohon semoga Allah buang perasaan sensitif saya,perasaan mudah kecil hati saya. Sesungguhnya ia sesuatu yang amat berat bagi saya.
Hubungan saya dengan suami makin lama makin dingin. Saya tidak pasti sampai bila saya mampu bertahan. Suami saya ada baiknya. Setiap orang pasti ada kebaikan.tidak mensyukuri nikmat Allah itu satu dosa. Cuma kerana beberapa isu hati menjadi smakin tawar. Akhir kata saya harap sume dapat ambil pengajaran dari luahan saya.jika anda mempunyai anak, sayangi lah dia.jgn terlalu keras.anak tidak hormat tapi takut. Jika ada isteri jangan terlalu keras mahupun lembut. Filem Taare Zamen Par benar2 beri pengajaran. Fahami dengan mata hati. “Di pulau solomon, mereka ingin membuat pembangunan. Pohon tidak ditebang tetapi mereka hanya berkumpul disekeliling pohon lalu mengutuk dan mencaci pohon tersebut. Akhirnya pohon2 itu musnah kerana semangatnya sudah mati.” Begitu juga dengan manusia akhirnya mati kerana kurang kasih sayang dan sifat merendah2kan orang lain.
– Anggerik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment