Thursday, 19 April 2018

Pengalaman Interview Jawatan Sektor Awam

PengakuanKu

Salam admin. Thanks pada admin yang selalu layan kisah aku untuk dipaparkan di iiumc ni. Korang jangan kata aku ni takde keja je sebab selalu rajin hantar confession kat iiumc ni. Kalo rajin menaip ni, maknanya stress level aku lagi tinggi. So, aku menaip untuk release stress sambil rethinking things. Bagi aku kekadang bila start menaip ni, somehow ada perkara yang makin jelas dan bantu aku membuat satu-satu keputusan. That’s my way. Yours, I don’t know la kan.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku melalui tempoh interview untuk dapat job yang aku sandang sekarang ni iaitu salah satu post dalam sektor awam. Aku tak nak sebut post apa, bagi korang teka sendiri. Aku rasa ramai yang boleh teka post apa bila go through perkongsian aku nanti. Malas nak bagitau sebab jawatan ni macam ada satu stigma bila orang dengar. Perasan bagus, perasan pandai lebih daripada orang lain, berlagak, suka ambil kerja orang lain, etc. Padahal kami just mengikut arahan yang diberikan. We’re not the boss to ourselves. Kami juga ada bos macam orang lain yang bekerja. Dan majority of us tak guna cable dalam untuk dapat kerja ni.

Rezeki aku dalam sektor awam start dengan aku dipanggil mengambil peperiksaan khas selepas isi borang SPA 8. Borang tu aku isi tanpa aku sendiri faham tentang post yang aku mohon. Memang main tibai je orang kampung aku kata. Masa tu aku baru 3 atau 4 bulan grad daripada university. Peperiksaan khas ni berlangusng selama 1 setengah hari di dewan sekolah. Ada 5 paper kalau x silap aku – matematik, sains, pengetahuan am, bahasa Malaysia dan bahasa inggeris. Dah lupa sebab dah lama dan peperiksaan khas tu sekarang ni katanya dibuat secara online sahaja. So pemohon sekarang dah senang banyak berbanding kami dulu. Papers tahap pecah kepala juga esp matematik dan sains tapi paper pengetahuan am tu, ada jugak kelakarnya. (Tip : be bff dengan buku-buku kenegaraan sebelum pi ambil exam. Selalu baca newspaper. Untuk papers matematik, time is your worst enemy – be wise)).

Lepas dua bulan gitu, baru dapat result exam yang melayakkan aku ke next level of interview iaitu hadir assessment centre selama 3 hari 2 malam. (Sekarang just 1 hari je). Masa ke sana, aku bawa buku kenegaraan, dasar-dasar kerajaan, dan ntah apa-apa lagi. Berat beg aku tuhan je yang tau. Tu tak termasuk pakaian dan resume lagi. Sampai je di assessment centre, aku dah mula tak berapa nak confident bila tengok calon-calon yang lain. Rasa diri kerdil je tapi sebabkan prinsip hidup aku ‘belasah je’, so aku belasah je 3 hari 2 malam di sana. Buat apa yang terbaik dan at the same tak berlakon jadi orang lain. Pengisian assessment centre time tu antaranya ada slot ujian fizikal, debat (BM dan BI), problem solving, dan public speaking. Amat mencabar bagi aku yang introvert dan tak berapa reti bercakap depan orang ni. Sampai kekadang fasi or peserta lain terpaksa provoke untuk aku bercakap. But once I opened my mouth n gave them my view of things, memang most of the time I scored big time.

Because as I said to them – tak guna cakap banyak-banyak tapi isi kosong. Biar jarang buka mulut tapi cakap benda yang penting dan berguna sahaja sebab people don’t the need the sweet talk, they need action. And when it came to problem solving session, memang ramai yang cuba up diri masing-masing untuk jadi leader but most of the time, problem solving skill diorg ke laut. (tips : resume mesti lengkap. Make sure gambar profail dan emel yang disertakan nampak professional. Jangan korang letak emel mcm cutelady@*****.com, better guna nama sendiri je dan gambar plak biarlah nampak smart – lelaki baju berkolar/tali leher dan yang pompuan – tudung kaler gelap dan kemas / freehair – bersanggul atau sisir kemas. Tips untuk yang bakal pergi interview melibatkan problem solving session – analyse the situation/problem first, list the cons and pros of each ideas that you have to solve the problems and jangan takut untuk cadangkan sesuatu yang seems basic things to do sebab kekadang itu lah yang sebenarnya paling penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sebab time sesi sebegini, semua peserta ada tendency untuk bagi idea/kaedah penyelesaian masalah yang bombastic but sebenarnya tak berguna pun sebab ada kaedah yang lebih simple untuk selesaikan sesuatu masalah (amat berguna bila dah start kerja)).

Selepas selesai 3 hari 2 malam tu, aku honestly memang tak confident untuk pi ke next level. First sebab rasa peserta lain lebih hebat. Second sebab peserta lain (ada antaranya dah pernah sampai level interview) kata aku payah nak lepas sebab aku kurang bercakap. Tapi rezeki aku masih ada, aku tetap dipanggil ke level terakhir iaitu sesi interview face to face dengan senior dalam sektor awam. Mengigil lutut bila turn aku masuk ke bilik interview sebab in my entire life, this is my first ever interview. Memang soalan yang ditanya agak sukar bagi fresh graduates dan aku akui tergagap nak menjawab. Sebab masa ni, even basic things pun aku boleh jadi lupa. Apatah lagi bila dia tanya tentang pengetahuan am yang pelik-pelik bagi aku. But in the end of interview, I just told them that I really appreciated this moment sebab banyak benda aku belajar dalam bilik ni dalam masa yang singkat dan aku tau banyak benda yang aku perlu perbaiki if aku dapat jawatan ni sebab dari proses exam, assessment centre hingga interview, baru aku slowly nampak the nature of the job yang aku dipanggil interview ni.

This job will be a huge learning process for me dan kalau dapat jawatan ni, perkara yang perlu aku buat ialah perbaiki diri sendiri dari masa ke semasa supaya aku dapat handle the job as well as other people expected me to be. That’s my honest opinion masa tu. Dan waktu keluar dari bilik tu, aku dah prepare mental aku untuk isi Borang SPA 8 lagi sekali. (Tips interview : jangan amalkan tips ‘goreng’ sebaik mungkin. Tak semua interviewer suka digoreng. Just be honest and be yourself (the better one). Paling penting, be firm and confident with your answers sebab interviewer suka test tahap confident interviewee. Dia boleh belit soalan dan jawapan korang sampai korang boleh jadi goyah dengan jawapan sendiri. Dan jangan sesekali selitkan surat sokongan daripada mana-mana pihak dalam resume korang. Nasib tak baik, interviewer suruh balik terus je).

Lepas interview tu, aku ambil keputusan untuk bekerja dengan kawan aku sahaja sementara menunggu peluang kerja yang lain. Yakin sangat aku tak lepas interview tu but to the surprise of everyone and myself, tak sampai sebulan kerja (gaji pun tak sempat dapat), aku dipanggil report duty di Putrajaya. Alhamdulillah dapat tawaran jawatan tetap , yang ada its own stigma and responsibilities. Expectation orang kekadang terlalu tinggi untuk jawatan ni sampai aku takut aku nak hadap orang dan kerja sendiri. Tapi dah rezeki aku dalam bidang ni, so just go with the flow n do the best you can do. Tu lah motto hidup aku sekarang ni. Dan bagi yang baca semua tulisan aku di atas, you will notice that aku ada selitkan some tips. Tips ni dari pengalaman aku semasa aku sendiri pergi interview dan juga semasa aku jadi interviewer untuk certains jobs dan scholarship. Terpulang pada korang nak agree atau tak dengan tips aku tu. Yang penting, good luck to those yang tengah mencari kerja dan pada yang dah bekerja, may God and patience be with us.

– Kaklong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.