Salam kepada semua pembaca. Sedang aku mencoret kisah aku ini, aku sedang memerah otak mengarang tesis aku. Berfikir berkali kali juga hendak diceritakan atau tidak haha. Aku coretkan disini sebagai pengajaran kepada semua dan mungkin ini salah satu cara untuk aku kurangkan rasa serba salah aku.
Aku bertemu Khairil di awal usia 18 tahun, sewaktu mula masuk U. Pada mulanya hanyalah sebagai kawan sekelas. Semakin lama, kami semakin rapat. Biasalah anak muda, Whatsapp dan FB Mesengger menjadi medium perbualan kami. Walaupun sekelas, tapi Khairil sangatlah pemalu orangnya. Nak bercakap dengan aku, memang boleh dikira dengan jari sebelah tangan kanan haha. Tapi dia baik. Dalam tempoh perkenalan kami, aku mula tanam niat untuk jadikan dia someone special di masa akan datang. Sebab aku percaya kepada setiap perhubungan itu, haruslah diakhiri dengan satu perkahwinan, jika tidak, sia-sia sahajalah.
Fast forward, tahun ke-4 kami berkenalan. Aku semakin lama, semakin kurang yakin dengan Khairil. Aku tak pasti apa status kami. Kawan sahaja atau dia juga menanam niat sama seperti aku? Dalam kalangan kawan-kawan kami, kami berdua yang paling lama kenal. Dalam erti kata lain, ada special bond. Tapi memang kami diam-diam sahaja. Tak nak orang lain tahu. Dalam baik dia itu, dia juga seorang yang kurang ambil berat akan pelajarannya. Where it costs him to repeat a few subjects, lalu tak sama batch dengan kami. Aku sangatlah kesal kerana tidak dapat bersama-sama dengan dia menghabiskan pelajaran. Aku pernah cuba membantu, banyak kali. Tapi dia seperti acuh tak acuh.
Sikap dia membuatkan aku makin ragu-ragu. Bolehkah dia menjaga aku nanti? Bila kami akan berkahwin sekiranya aku dah bekerja dan dia masih lagi struggle menghabiskan pelajarannya? Bila dah bersama nanti, bagaimana kalau sikap malas dia masih lagi sama? Lama aku berfikir tentang ini…
Silap besar aku bila aku terjumpa seseorang semasa aku praktikal. Seseorang yang aku nampak kesungguhannya untuk aku. Yang menyatakan kesudian untuk berjumpa orang tuaku, si Hakim. Dalam pada itu, aku masih ragu-ragu dengan Khairil.
Hakim bertanya dulu jika aku sudah berpunya atau tidak. Aku hanya berkata aku boleh berkawan sahaja dengan dia. Dan aku memang mengaku ini silap aku. Bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi, kan? Dan aku nampak setiap ciri yang ada pada Hakim, ialah apa yang aku mahukan. Pada waktu itu, hati aku kuat mengatakan he’s the one. (Menyesal tak sudah haha).
Setiap hari, Hakim cuba untuk menawan hati aku. Aku seorang yang defensive dan sangatlah sukakan kebebasan aku. Bila setiap hari dia whatsapp, aku katakan yang aku tak suka sebegitu. Aku tetapkan masa untuk berborak. Fast forward (lagi), sebulan lebih perkenalan kami. Disebabkan jarang berborak, aku tak terasa langung perkenalan kami dah menjangkau sebulan lebih. Dalam pada itu, aku confess pada Khairil yang aku dah ada orang lain. (Aduh…jijiknya perangai). Aku ambil masa berminggu untuk beritahu Khairil kerana aku tahu dia seorang yang hati lembut dan aku tersangatlah tak sampai hati nak sakitkan hati dia. Tapi pada waktu itu, aku fikir, aku buat ini untuk aku. Kerana dia tersangatlah tidak yakin dengan hidup dia. (Pada saat itu, aku baru tahu yang Khairil sering bercerita kepada mak dia tentang aku. Disitu nampak tahap serius dia pada aku, tapi aku tak tahu semua itu).
Hakim sangat mahukan sebuah perkahwinan sedangkan aku masih bertatih mencari hala tuju hidup aku. Hakim sudah bekerja dan mungkin dari situ, dia rasa dia sangatlah bersedia. Aku mula rasa rimas bila dia asyik menyatakan tentang perkahwinan dalam setiap perbualan kami. Tanya aku reti masak lauk apa, nak panggil aku apa kalau aku dah kahwin dengan dia, nak ready sebut nama aku bila akad nikah. Ya, aku sangat sangat sangat rimas. Dia juga bercerita tentang aku kepada semua ahli keluarga dia. Mind that we only know each other secara rapat for 1 month lebih. Aku juga perasan yang dia jenis akan ikut kepala dia in which apa-apa decision dia, orang lain kena setuju. Buat keputusan tanpa persetujuan keluarga dengan harapan nanti, keluarga akan setuju juga pada akhirnya. Dia juga sering bergurau tentang berat badan aku. Aku dalam kategori berbadan berisi sahaja. Takda lah tahap berat lebih 60Kg. Aku memang terasa hati.
Aku taknak ambil risiko lebih dalam. Aku putuskan terus hubungan ini sebab aku tak tahan dan rimas. Menangis si Hakim merayu-rayu. Dua tiga hari merayu untuk aku fikir balik keputusan aku. Aku sejenis yang bila dah buat keputusan, I am very firm with it. Mula-mula merayu melalui phone, aku cakap dengan elok sahaja. Bila dah asyik spam dekat whatsapp, memang makan makian aku. Sabar aku pun boleh hilang. Aku bagitahu sebab aku taknak teruskan iaitu aku nak fokus pada diri aku dan keluarga. In which memang betul. Aku dapat bayangkan kehidupan dengan dia andai kata betul kami berkahwin. Terperangkap dan tak bebas mengejar apa aku nak, walaupun dia dah state yang dia akan sokong setiap apa aku lakukan. Percayalah, dia ni memang lelaki yang baik. Cuma aku yang tidak dapat terima dia.
Hati itu berbolak balik. Berapa lama dan berapa kali aku doa pada Tuhan untuk bantu aku buat keputusan, for both people: Khairil dan Hakim. Aku doa pada Tuhan (sebelum aku tinggalkan Khairil), tunjukkan aku jika benar Khairil jodoh aku. Lalu Hakim muncul dalam hidup aku. Mungkin juga atas sebab rasa serba salah aku pada Khairil, aku tak boleh terima Hakim. Aku rasa sangat bersalah kepada kedua-duanya. Mungkin anda yang membaca ini rasa aku mempermainkan perasaan mereka Tapi percayalah, aku tersepit. Jika hubungan berlandaskan cinta sahaja, aku tak rasa aku boleh teruskan hidup (merujuk kepada Khairil) dan jika aku dah mula rasa tak sedap hati dengan hubungan aku dan Hakim, baik la aku putuskan awal-awal sebelum menjadi makin melarat dan mendalam.
So, aku sekarang ni aku tiada hubungan special dengan sesiapa dan I start to like it this way. Aku rasa tenang. Walaupun biasalah, rasa cemburu dengan kawan kawan yang baru setahun confess, dah mula berjumpa ibu bapa masing-masing. Sayang hubungan aku dan Khairil berakhir disebabkan ketamakan aku. Sampai ke hari ini, bilamana Khairil terserempak dengan aku, dia akan membuat aku seperti stranger. Pedih hati ni. Tapi apakan daya, memang silap aku. Orang kata, kita mula menghargai bila orang sudah pergi. I felt this. Maafkan aku, Khairil. Kalau boleh aku putar masa…..
Some void are meant to be filled, but in my case I appreciate the hollowness that this void has. And someday this void will be filled when I am ready and when I met the right one :)
– Yasmin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment