Friday, 20 April 2018

Dah Penat

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Harap semua tabah habiskan baca confession saya. Ini yang paling pendek saya mampu buat. Banyak benda nak share but yeah, nanti bosan.

Saya H, perempuan (lol kena bagitahu sebab saya selalu tertanya-tanya bila baca confession orang lain). Saya nak meluahkan apa yang mengganggu hidup saya dan inginkan pendapat kalian. Saya tak tahu betul atau tidak, tapi saya rasa saya ada simptom-simptom depression. Mungkin mild depression. Selama ni saya rasa saya mampu bertahan, tapi sekarang saya rasa saya patut dapatkan bantuan atau sekurang-kurangnya penjelasan. Saya perasan saya tak boleh tinggal sendirian. Saya mula kena anxiety, overthink dan seterusnya saya akan menangis tanpa sebab. Saya memang tengah stress sebab saya sedang menghabiskan sisa-sisa semester terakhir degree saya. Saya mula rasa ini berkaitan dengan depression sejak saya sambung universiti bila saya ambil a few subjek psikologi (saya bukan budak psikologi). Saya duduk asrama semasa sekolah menengah. Time form 5, saya tumbuk dinding bila stress. Tapi kawan-kawan saya even bestfriends tak perasan. Kawan-kawan hanya tahu saya stress bila saya banyak diamkan diri, dan saya pulak prefer orang tak tanya pasal keadaan saya bila saya stress.

Beralih ke kehidupan di university, saya duduk bilik single di hostel semasa asasi. Saya kena culture shock sebab saya masuk ipts atas tajaan X. Saya jenis yang lebih suka dengar cerita orang, masalah orang daripada cerita masalah sendiri. Lagi-lagi masalah stress dan mungkin depression ni. Semasa asasi, stress belajar dengan nak kena adapt university life ni susah betul. Saya selalu menangis sampai tertidur, menangis tanpa sebab, tumbuk dinding lagi. Saya try untuk tahan, tapi dengan cara itu je saya rasa lega. Family saya tak tahu pasal masalah ni. Hubungan keluarga kami ok je, cuma saya tak mampu share dengan mereka. Tak sanggup, dan saya takut mereka tak faham keadaan ni, dan itu boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.

Masuk tahun pertama dan kedua, masalah ni berkurangan sebab saya menyewa sebuah rumah bersama kawan-kawan, dan saya share bilik berdua dengan classmate saya, L. L ni masa asasi dia ada depression jugak, consume ubat. Saya tak rapat lagi dengan dia waktu tu. Hanya rapat dengan dia bila mula jadi roommate. Bila ada roommate, potential nak breakdown tu low, sebab takkan tiba-tiba nak menangis depan dia kot. Dia pun ada masalah yang sama, macam mana dia nak tolong kita, kan. Tapi still saya breakdown bila weekend, dia balik rumah, saya tak balik rumah and tinggal sorang kat bilik. tahun ketiga, tahun akhir, kontrak rumah sewa tamat dan ramai yang transfer, jadi saya cari rumah lain. L decided untuk ulang alik dari rumah je.

Jadi saya dan Y (salah seorang classmate) sewa bilik single sorang satu, di salah sebuah rumah berdekatan dengan kampus. Rumah ni semua bilik single, tenants lain saya tak kenal, sebab mostly international students. Disebabkan rumah mak ayah Y dekat dengan kampus, jadi dia selalu balik rumah during weekends and sometimes on weekdays kalau ayah dia outstation. So breakdown tu lebih kerap berlaku. Tambah-tambah dengan stress thesis, study, graduation tak lama lagi, nak fikir pasal kerja lagi. Takut gila kot nak hadapi kehidupan lepas graduate. Saya selalu tak keluar bilik, menangis tak tentu pasal, mood swing kejap happy kejap tak nak cakap dengan orang langsung. Tapi sekarang dah tak tumbuk dinding, aku selalu pergi bersukan, tapi yeah benda tu released and tenang time tu je. Balik, penat, pastu stress balik.

Saya, Y dan L memang kawan rapat. Saya tak cerita dengan L dan Y sebab mereka sendiri ada masalah. Macam saya cakap tadi, L memang pernah ada masalah depression semasa asasi dahulu. Sekarang L dah tak makan ubat, dia sangat positif semasa tahun pertama dan kedua. Tetapi tahun akhir ni, saya nampak masalah dia macam berulang kembali tapi tak seteruk dulu. Keyakinan diri dia menurun atas masalah keluarga. Jadi saya tak mahu bebankan dia dengan masalah yang sama. Y pula, pada pertengahan tahun yang lepas, abangnya diagnosed with depression. Dia faham tentang depression, tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak open up dekat dia walaupun kami rapat.

Saya dah penat nak try to solve this problem sendiri. Saya pernah try call pusat kaunseling di university, mereka suruh saya pergi sana, tapi saya tak mampu. Sebab mood saya ni naik turun, sekejap ok, sekejap tak. Saya takut kalau buat appointment, nanti mood saya ok pulak masa tu. Kalau mood saya ok, saya memang boleh pergi kampus, lepak, makan dengan kawan-kawan. Tapi ada masa bila saya triggered, emotionally unstable, memang saya tak nak bercakap dengan orang dan terus balik bilik lepas kelas atau saya ponteng kelas terus. Saya takut saya akan tiba-tiba menangis kat public ataupun saya lash out kat semua orang. L tahu saya ada angin, dan dia tahu bila saya diam maksudnya jangan kacau saya, dan biar sampai saya ok sendiri. Selalunya memang macamtu tetapi kali ni dah makin teruk.

Saya ada masalah dengan thesis saya, dengan supervisor pun. Saya takut sangat kalau tak sempat siap before deadline. Saya gave up temporarily bulan lepas sebab ada konflik dengan supervisor. Saya tak usik projek saya selama 2 minggu. Saya sedih sangat sampaikan saya ada je suicidal thought. Terlintas je la, tapi saya tahu bunuh diri tu haram dan saya tak sanggup tanggung dosa bunuh diri. Tapi paling kurang pun saya terfikir nak terjun bangunan rendah, bagi patah kaki ke apa ke, so that saya ada masa lebih panjang untuk settlekan thesis. Tapi Allah banyak tolong saya, saya sempat submit before deadline dengan pertolongan Y dan L. Saya selalu susah nak fokus buat satu kerja. Macam-macam akan bermain di fikiran saya. Saya selalu overthink.

Tapi masalah saya tu tak pernah dapat diselesaikan. Fikirlah lama mana. Dari satu masalah saya boleh nampak masalah lain, so benda tak pernah selesai. Sudahnya saya penat mentally, dan stress, dan yeah cycle tu bermula. Saya banyak tidur siang, sebab malam tak boleh tidur. Lepastu marah diri sendiri sebab tak ada disiplin, dan tak produktif, dan stress balik. Saya selalu cerita masalah saya dengan mak saya (selain masalah depression ni). Contohnya bila saya tak tahu nak buat apa dengan thesis saya, bila saya ada masalah dengan committee lain bila buat event, saya selalu mintak pendapat dia. Tapi disebabkan saya ni selalu overthink, mak saya selalu marah saya balik sebab saya terlampau risaukan benda yang tak jadi lagi. Marah bukanlah sampai gaduh, dia pun geram kot banyak sangat saya punya “kalau”. Mak lah tempat saya lepaskan semuanya. Tapi mungkin sebab mak dah tua, jadi saya tak boleh cerita pasal depression dekat dia. Zaman kita lain.

Kalau sebelum ni saya rasa saya kuat untuk mengharungi semua ni, tapi sekarang tak. Saya dah penat. Saya takut jadi lebih teruk. Saya tahu saya tak akan berani nak bunuh diri, paling berani pun tumbuk dinding, tak makan, benda simple je. Tapi sejak kebelakangan ni, banyak berita tentang bunuh diri, dan cubaan bunuh diri. Berita-berita ni start to trigger me secara halus. Saya tak pernah rasa macam ni dulu. Saya sendiri risau bila saya somehow ada satu this weird feeling bila saya baca berita-berita macam tu. Contohnya, paling baru, kes wanita terjun jambatan pulau pinang. Bila saya baca berita tu, benda pertama yang terlintas dalam fikiran ialah, ‘oh, ini salah satu method untuk bunuh diri, sebab dia stress. Aku pun stress jugak’. Kadang-kadang, bila kita lagi aware tentang masalah psikologi ni, lagi kita tend to develop the symptoms.

So until now, saya still in denial yang ini semua depression. Macam borderline personality disorder pun ada jugak. Entahlah, tak tahu lah. Sebab itulah, saya sekarang nak try to justify condition saya ni. So,

1. Boleh tak sesiapa tolong recommend kan, I don’t know, psychologist ke, counsellors, ke therapist ke. Kalau boleh nak Melayu la, nak cakap bm, harga pun ok sebab saya student, and lagi satu senang nak access guna public transport sekitar seremban, selangor or Kl. Saya ada google jugak tapi hasilnya tak memuaskan, atau mungkin saya tak pandai cari.

2. Saya nak tanya, talian befriender tu orang melayu pun ada ke? Saya selesa cakap melayu. Ini salah satu sebab saya malas nak pergi counselling service kat kampus, diorang mostly guna English, tak puas hati nak cerita semua haha.

Thanks in advance.
H

– H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.