Assalamualaikum dan selamat malam. Di saat aku menaip confession ini aku sedang dirundum dengan seribu kesedihan yang aku tak mungkin pamerkan di riak wajah aku. Aku baru pulang dari kerja. Kerja di sebuah kek dan roti. Sebelum itu, aku perkenalkan diri. Nama aku Hannah. Bukan Hannah Montana ok. Aku anak kedua dari empat beradik. Aku kehilangan ayah sewaktu aku masih STAM. Hubungan aku dengan emak aku tidak berapa baik. Entah.Kadang aku tertanya juga, aku anak emak ke? Nape emak aku layan aku seolah aku ini bukan anak dia? Buruk-buruk aku, aku tetap anak dia.
Demi mengelakkan persengketaan antara emak dan aku. Aku pernah lari rumah. Kalau cuti sem aku sanggup duduk di rumah maksu aku. Aku rela menghabiskan waktu aku bekerja di kedai roti makcik aku. Aku tak pernah rasa malu dan bersyukur kerana dikurniakan makcik yang baik. Yang aku anggap seperti ibuku sendiri. Aku bukan menyalahkan takdir yang menimpa aku. Tapi kekadang aku terfikir dan tertanya-tanya kenapa aku tak dilahirkan dalam keluarga macam dia. Sempurna. Perfect. Bahagia.Kaya.Aku lebih rela mengaku aku anak yatim piatu even aku masih ada emak pada orang asing kerana aku rasa itu lebih baik. Aku tak pernah rasa aku ada keistimewaan. Nothing special about me.
Untuk tampung sesi pembelajaran aku, aku memang membuat kerja parttime. Aku tak buat pinjaman PTPTN. Penat lelah aku mencari duit Tuhan saja yang tahu. Ada masa aku geram jugak dengan segelintir manusia yang riak dan acuh tak acuh menabur duit pada benda yang tidak perlu. Aku benci dengan kesombongan mereka.lagipun emak aku hanya bekerja sebagai cikgu tadika. Aku tak sampai hati ingin meminta-minta even hubungan aku dan emak keruh. Aku tetap sayangkan dia dan tidak mahu menyusahkan dia.
– Hannah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment