Saturday, 28 April 2018

Alertness

PengakuanKu

Aku budak tahun 2 merangkap nak masuk final year semester hadapan. Jadi, sekarang ni kepala otak aku agak berserabut nak memikirkan masa depan bachelor degree aku ni. Tambah lagi semester hadapan aku dah nak masuk final year. Of course nanti sibuk dgn applied study, thesis lagi. Belum tolak tambah dgn assignment test & final exam. Jadinya disini, aku nak meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati aku yang dah lama aku simpan kemas dlm hati aku.

Dulu aku selalu dengar, kalau boleh jangan serumah dengan budak sama kelas. Nanti susah bila ada kemelut melanda, kau nak kena hadap diorang sebagai housemate plus classmate sekali. Tapi dulu waktu aku dengar, aku chill je. Sebab waktu zaman diploma, aku roommate je dgn kwn baik aku merangkap classmate aku jugak. Alhamdulillah. Sampai semester 6, kitaorg aman damai je sampai ke zaman sarjana muda ni. Cuma bezanya sekarang, kwn baik aku tu duduk hostel. Aku menyewa luar dgn kawan-kawan aku yang lain. Tapi diorang classmate aku jugak.

Aku takda masalah sebenarnya nak serumah dengan kawan sekelas ni. Bagi aku senang nak turun kelas sama-sama. Siapkan assignment sama-sama. Lebih menyenangkan sebenarnya. So, mula-mula semuanya indah belaka. Sebab? Semua orang tunjuk perangai rajin, berdedikasi, tanggungjawab masing-masing terhadap rumah yang didiami.

Cuma sejak kebelakangan ini. Aku nampak perangai pemalas tu makin menjadi-jadi. Aku tau la semua orang sibuk dengan komitmen masing-masing. Aku pun ada komitmen aku jugak. Bukannya aku duduk goyang kaki, pergi kuliah. Macam aku takda apa-apa tanggungjawab. Cuma, aku tau bila masa aku nak masak, bila aku nak kemas rumah/bilik, bila masa aku nak buang sampah yang melonggok dalam bakul sampah. TAPI, takkan aku sorang yang kena buat semua benda tu? Sama je kita semua bayar sewa, bayar bil elektrik air tiap bulan. Bukan aku orang gaji dalam rumah ni.

Aku juga tau erti penat lelah. Aku juga ada tanggungjawab lain selain sebagai mahasiswa. Aku juga ada hati & perasaan yang ingin dimengerti. Kenapa nak layan aku macam aku ni amah dalam rumah? Aku sengaja tak nak tegur sikap korang mcm tu sbb aku nak tengok sejauh mana korang nak berperangai macam tu. Tapi, aku tengok macam dah jauh sangat dah korang tersasar . Makin menjadi adalah. Korang langsung takda sensitiviti ke terhadap alam sekeliling? Mentang-mentang aku ni rajin buat semua benda dalam rumah. Aku buat semua benda tu sbb aku tak tahan tengok lantai rumah penuh dengan rambut, debu-debu dan kotoran yang lain. Belum termasuk bilik mandi yang tak disental.

Masalahnya sekarang ni, korang takda rasa bersalah ke buat housemate korang macam tu? Takda kesedaran ke nak buat kerja-kerja rumah ni? Takkan muka aku ni tiap-tiap hari nak masak? Kang aku masak untuk aku sorang, korang cakap kedekut la selfish la masak untuk diri sendiri. Habis perangai korang buat aku ni mcm orang gaji, bagus sangat la? Mithali sangat la? Kalau nak berlawa, kemain lagi korang.

Aku taknak libatkan hal mak ayah korang sebab korang perangai macam tu. Kesian dkt diorang sebab ada anak macam korang. Otak cerdik. Cantik dah. Cukup pakej. Cuma satu je. Pemalas. Aku tak mintak korang masak sedap-sedap ala hotel 5 bintang. Cukup la masak untuk mengenyangkan perut. Aku tau bila turn aku nak masak, nak kemas rumah, nak kemas apa yang patut dekat dalam rumah kita. Kalau korang masak hari ni, esok aku masak. Jangan tengok aku tiap hari masak, korang naik minyak.

Jangan tengok aku selalu berdiam diri, aku ni baik sangat. Selagi bernama manusia, 100% baik tu mmg takdala. Aku tau semua sibuk bila weekdays tmasuk aku sendiri. Aku tak la expect rumah kita sentiasa kemas 24 jam 7 hari seminggu. Sebab tu Allah ciptakan Sabtu Ahad untuk kita berehat. Supaya kita ada masa untuk kemas rumah, memasak, lepak. Bukan hujung minggu untuk kita terperap dalam bilik je. Aku tau kita dibesarkan dengan suasana yang berbeza. Mak ayah kita didik kita dengan cara yang berbeza. Tapi, itu tidak bermakna korang kena malas 24 jam. Aku tau kita semua akan ada masa bila penyakit malas tu datang. Aku faham. Cuma, takkan la bila aku malas, korang semua kena malas jugak.

Aku nak korang tahu & berfikir, zaman tgh belajar ni la kita kena didik diri kita untuk pandai bahagi masa antara pelajaran dengan hal ehwal rumah. Bayangkan korang nikah satu hari nanti. Lepastu korang adalah isteri yang bekerjaya. Mestilah sibuk dengan kerja lagi, sibuk nak urus rumah tangga lagi, sibuk nak layan suami lagi. Belum sibuk dengan anak bila dah ada anak. Sekarang la masa sesuai untuk korang praktiskan diri korang tu. Aku tak tau la korang macam mana dkt rumah. Apa yang pasti dekat rumah aku, tiap2 pagi sebelum keluar bilik, bilik kena kemas sentiasa. Lepas tu kena kemas ruang tamu rumah. Kemudian settle kan apa yang patut dkt dapur. Jemur pakaian. Tolong mak sediakan makan tengah hari.

Aku rasa rutin harian ni semua orang buat kot dekat rumah. Tak tau la kalau rumah korang ada orang gaji. Lain cerita la.

Dan satu lagi aku nak bagitau. Jadi manusia kena pandai jaga perasaan kawan-kawan. Mesti korang cakap, “Alah..diroang pun tak tau nak jaga perasaan kita, buat apa nak jaga perasaan diorang?”. Wait! Rasulullah s.a.w ajar kita buat baik dengan semua orang walaupun ada orang buat jahat dekat kita, jangan balas dengan kejahatan balik. Aku nak pesan satu je. Jaga percakapan tu. Lidah boleh jadi setajam bilah pedang tau tak? Kalau berkata-kata tu, jangan la melambung sangat pujian diri sendiri tu sampai lupa nak jejak bumi balik. Tak kemana pun sebenarnya. Yes. Memang kita diajar untuk berterus terang dengan semua benda. Memang Rasulullah s.a.w ajar kita jadi orang yang jujur. TAPI, untuk menjadi orang yang jujur dan berterus terang ni, kena ada ilmu jugak. Bukan main suka hati kau je nak “BERTERUS TERANG” dengan orang lain tanpa memikirkan elok ke bahasa yang kau guna? Nak tegur orang tak salah. Apa yang salah ialah cara kau tegur orang. Tegurlah dengan penuh berhemah. Guna bahasa yang baik sikit. Jangan terpengaruh dengan emosi.

Dahlah. Aku rasa ni je kot luahan aku yang tak seberapa. Aku tak tau la kalau korang baca ke tak luahan aku ni. Kalau korang baca, baguslah. Aku nak korang tahu, antara sebab aku tak nak tegur benda ni depan-depan korang adalah disebabkan aku tak nak korang bermasam muka dengan aku. Aku dah alami pahit manis tegur kawan-kawan ni sejak sekolah lagi. End up, bukan nak mengaku salah diri sendiri. Makin menyalahkan adalah. Aku harap korang muhasabah diri la ye. Kita ni dah dewasa. Dah boleh nikah dah pun. Dah boleh jadi mak budak. Bukan semua benda kawan kita perlu tegur selalu. Kadang-kadang, mereka memilih untuk berdiam diri sebab mereka takut apa yang dilemparkan dari mulut nanti mampu menyakitkan hati korang. Jadi, aku nak korang semua tau dalam diri kita ni kena ada sifat “alert” dengan apa jua yang berlaku disekeliling. Jangan setakat alert dengan kecantikan je.

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.