Friday, 20 April 2018

She’s A Wonderful Person

PengakuanKu

Assalammualaikum….
Pertama sekali, terima kasih kepada pihak admin jika confession ini disiarkan.
Semoga semua yang membaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. Well, omputeh kata “hope you are in the pink of health” ^^

Aku nak cerita pasal sahabat baik aku. Kami satu kos di sebuah universiti nun kat pantai timur. Kawan baik aku ni boleh dikatakan seorang yang ceria & mesra rakyat. Pertama kali dia jumpa aku, dia yang mulakan perbualan & senang untuk jadi selesa dengan dia. Minah ni kategori ada je idea dia nak sembang apa. Haha. Dia ni pon jenis ramai kawan sebab dia memang peramah & orang pon suka berkawan dengan dia. Tambahan pulak dia ni jenis tak kisah & sentiasa ringan tulang nak tolong orang lain.

Selain itu, dia ni sangat berkaliber orangnya. Sejenis manusia yang suka untuk join aktiviti persatuan. Macam-macam lah dia ni join. Yang aku perasan, dia paling suka join aktiviti kebajikan seperti mengajar anak-anak orang miskin, buat amal kat rumah anak yatim, ajar mengaji dekat surau & macam-macam lagi lah. Bagi jelah apa-apa tugas pada dia, memang dia akan buat sehabis baik dari biro katering ke setiausaha ke koordinator program.

Lagi satu dia ni memang petah berkata-kata. Well, bekas pendebat sekolah. Sejenis manusia yang ada style sendiri bila buat presentation kat depan atau bila dia jadi master of ceremony. Tambah pulak dia ni jenis suka membaca. Aku tengok kat rak buku dia berlambak buku-buku tambahan untuk dibaca terutama buku motivasi, agama & kehidupan. Dia suka jugak cerita pasal buku-buku yang dia baca. Sebab tu aku tahu dia sangat minat buku-buku karya Hamka & novel Hlovate. Sebagai seorang pencinta buku, dia ni suka jugak join diskusi buku & wacana-wacana ilmu. Spesis yang sanggup bermusafir nak pergi majlis-majlis ilmu.

Yang menariknya pasal dia ni ialah dia anak perempuan tunggal. Adik-beradik dia yang lain lelaki. Dia minat tonton perlawanan bola. Seorang perempuan yang faham apa beza liga dengan piala, apa itu offside, apa itu freekick. Bila aku tanya dia kenapa minat tengok bola, dia jawab bola tu macam first boyfriend dia. Dia jugak kata seseorang akan belajar erti kesetiaan & tak putus harapan melalui pasukan bola yang diminati. Macam-macam lah dia ni. Haha. Selain bola, dia minat tonton badminton. Dia pernah cerita yang dia pernah buat solat hajat untuk kemenangan Lee Chong Wei. Hahaha.

Selain itu, ada kawan-kawan kitorang panggil dia ni ustazah. Sebab dia ni suka dengar nasyid, dengar ceramah kat youtube & ajak orang lain pergi majlis ilmu kat universiti. Lepas tu, dia ni suka share ilmu agama yang dia tahu. Bila dia jadi imam kitorang pon, mendayu je suara dia baca doa. Tambah pulak dia pernah jadi ustazah ganti kat sekolah time cuti sem. Tu yang kena panggil ustazah tuh. Hehe.

Langit tak selalu cerah. Pada waktu tahun akhir pengajian, kawan aku diuji Allah. Dia yang boleh dikatakan pelajar cemerlang, yang suka duduk barisan paling hadapan dalam kelas & sangat proaktif tiba-tiba tak boleh belajar. Fikiran dia jadi terganggu & badan dia jadi lemah. Dia yang selalu bersemangat tiba-tiba menjadi tak bermaya. Aku ingat lagi bagaimana dia berusaha untuk bangkit. Bagaimana dia mintak nasihat kawan-kawan sehingga pergi berjumpa kaunselor universiti. Kaunselor pon tak pasti punca keadaan dia & dirujuk kepada psikiatri. Aku yang menemani dia ketika dia gagahkan diri untuk berjumpa psikiatri. Selain perubatan moden, keluarga dia juga berikhtiar untuk perubatan Islam. Menurut ustaz yang merawat dia, gangguan dia adalah sihir.

Kemudian aku graduate & dia tidak ada rezeki untuk graduate bersama kami. Namun, aku masih menghubungi keluarga dia. Aku kagum dengan ketabahan mak ayah dia menghadapi semua ini. Yelah anak perempuan kesayangan sakit akibat gangguan. Hanya orang yang pernah disihir atau melihat ahli keluarga yang disihir sahaja yang boleh faham betapa siksanya sakit tersebut. Untuk kes kawan aku ini, dia menjadi kemurungan. Bila dibacakan ayat-ayat quran, dia akan muntah. Pernah mak dia cerita benda tuh bercakap “aku nak hancurkan hidup budak ni!”

Alhamdulillah, kawan aku ini sudah semakin sihat. Yang aku lihat ujian hidup dia tak patahkan pon semangat dia. Dia kembali ceria melayan anak-anak buah dia. Dia cakap kat aku dia semakin teror memasak. Jadi kalau aku jumpa dia, dia nak masak something special. Haha. Dan dia jugak cakap ujian ni buat ni lebih mencintai Al-Quran yang benar-benar mukjizat & penawar bagi segala jenis penyakit. Allahu. Dia siap cerita lagi bagaimana powerful ayat quran untuk lawan sihir. Dan dia kata kisah-kisah anbiya’ banyak bagi semangat nak teruskan kehidupan.

Aku sangat terinspirasi dengan sahabat baik aku ni. Bagi aku, she’s a wonderful person sebab:
1) Dia seorang yang cinta pada agama. Kalau dia cerita pasal Rasulullah SAW, boleh mengalir air mata orang yang mendengar. Sebab dia faham agama lah, ujian itu dapat dia tempuh dengan penuh keimanan.
2) She loves a lot of things. Dia suka orang, buku, masak, movie, sukan, kanak-kanak,travel & macam-macam. Dia suka explore benda baru tak kiralah resepi baru atau movie baru. Dia bukan ulat buku yang duduk memerap kat perpustakaan tapi dia suka jogging atau hiking & angkut sekali buku untuk dibaca. Sebab tu, hidup dia wonderful sebab dia ada macam-macam yang dia suka buat & dia suka benda yang bermakna. Pilihan movie atau buku mesti yang meaningful punya.
3) Dia sangat sweet & penyayang. Waktu aku demam, dia akan belikan aku something untuk bagi aku selera makan. Waktu birthday aku, dia akan buat something yang sweet lah. Orang jiwa halus kan…kata-kata dia pon penuh jiwa je..haha. Bukan kat aku saja, dia memang hargai orang sekeliling dia tak kira keluarga atau kawan-kawan.

Kepada sahabat aku, aku sayang sangat2 dekat kau kerana Allah. Aku harap kau terus tabah & pelangi akan muncul dalam hidup kau. Bak kata Sirius Black kepada Harry Potter “You are a very good person that bad things happened to you”

– Sahabat selamanya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.