Assalamualaikum. Sama seperti confession aku yang lepas, tujuan aku confess di sini bukan sekadar hanya coretan kosong. Aku sangat berharap, dengan tulisan-tulisan aku ini, semakin bertambahlah bilangan masyarakat yang memahami profesion doktor; biarpun hanya seorang dua sahaja. Luahan ini hanyalah pandangan dari seorang adik kepada kakaknya sahaja; mungkin realiti yang sebenar, lebih berat dari yang aku tahu dan lihat.
Confession aku sebelum ini boleh dibaca pada link dibawah:
https://www.facebook.com/
Beberapa tahun dulu, fasa untuk housemanship (doktor pelatih) hanyalah setahun sahaja (itupun sudah menyeksakan) tetapi dasar telah diubah yang mana tempoh housemanship dilanjutkan kepada dua tahun. Maka berhuhulah mereka yang terlibat. Sesiapa sahaja yang bergelar HO, mungkin pada pandangan orang luar, sudah boleh dipandang tinggi (doktor kot, haruslah dipandang sebegitu).
Tapi di hospital, dalam kalangan staf mereka dianggap sebagai ‘the lowest human creatures’ yang bermaksud level diorang sangat-sangat bawah, lebih bawah dari specialist, MO, PPP dan staff nurse. Dalam kata lain, pada wajah mereka seolah-olah sudah tertulis bahawa ‘ saya sudah bersedia bila-bila masa sahaja untuk disuruh, diarah dan dimarah’.
Kakak aku, seorang yang berjiwa sado (even semasa fly untuk sambung belajar dahulu pun, tak menitiskan air mata semasa berpisah dengan ahli keluarga), beberapa kali menangis akibat tidak tahan dituduh dan dimarahi doktor senior. Orang yang jiwa kental pun boleh menangis, apatah lagi mereka yang berhati tisu. Mau hari-hari meleleh. Tapi sedih menangis macam mana sekalipun, mereka perlu professional. Banyak nyawa yang lebih memerlukan perhatian mereka. Itulah, siapa suruh jadi doktor sangat kan. Sendiri nak, sendiri la yang tanggung.
Pernah semasa masuk posting baru, kata-kata ucapan yang dia terima dari rakan sekerja adalah “welcome to the hell”. Mahu menggambarkan betapa ‘hell’nya posting tersebut . Bukan si rakan mahu menakut-nakutkan, tetapi sebagai satu nasihat untuk bersiap siaga dan memasang ‘perisai’ dari awal-awal lagi. Ternyata memang ‘hell’. Pernah satu malam (ketika oncall), dua tiga kali kakak aku berkejar-kejar kuyup di bawah hujan lebat semata-mata untuk test blood patient yang kritikal di bangunan sebelah. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Kebetulan, doktor yang available pada malam tersebut hanya dua tiga orang, maka tak menang tanganlah kehulu kehilir.
Kadang-kadang, pukul dua pagi baru boleh lelap mata. Tak sampai setengah jam tertidur di kaunter, nurse dah kejut, ada new case masuk. Habis settle new case, eh dah pukul empat pagi. Patient bed 2 tak monitor lagi dia punya bp, patient bed 5 tak ambik darah lagi bla bla bla..Sedar sedar dah azan subuh, maka berhuhulah tahan mengantuk untuk memulakan hari baru pulak. Menghadap specialist dan mo untuk ward round. Kalau sempat mandi, tukar baju itu sudah bernasib baik. Kalau tak dua hari la duk pakai baju sama. Balik-balik rumah pun, kebabomm tidur tanpa mandi . Pagi esok pulak baru mandi haha (bukan semua doktor buat perangai camni ye, sesetengah je).
Tahu tak waktu bila yang paling disukai doktor-doktor lelaki di hospital (ini rahsia, bukan semua orang tahu haha).Yes, waktu solat jumaat. Jika masuk waktu pukul 1.30 ptg, pkul 12.45,12.50 biasanya mereka sudah ‘lesap’ dari wad demi mencari port-port terbaik di tiang masjid untuk sambung lentok sambil dengar khutbah jumaat (as I mention before, bukan semua perangai macam ni, tapi kebanyakan la haha).
Itulah, kadang-kadang time pickup kakak lepas oncall, aku ingatkan aku tengah bercakap dengan manusia. Jeling sebelah, baru aku sedar rupanya aku tengah bercakap dengan pintu kereta. Orang sebelah dah syok layan mimpi. Jangan berangan nak bercakap elok dengan dia time-time begini. Memang kelaut la jawabnya. Kadang-kadang, sambil menulis pun boleh tidur. Kadang-kadang ada jugak aku terima mesej merapu entah apa2 dari kakak, tapi aku faham; tulisan gbhufkcf melambangkan bahawa dia sedang bermesej sambil tidur.
Pernah sekali, berjanji dengan kakak untuk pickup jam 5pm (baru habis oncall). Tapi sampai pukul 6pm, batang hidung tak muncul. Call tak angkat. Mesej tak reply. Rupa-rupanya dia elok2 tertidur kat ceruk hospital. Mau aku tak naik angin. Sabar je lah. Tapi lepas dia betul2 ‘conscious’ dari mimpi tu, memang aku basuh dia kaw2 untuk elakkan kejadian sama berulang. Bahaya kut boleh tertidur entah kat mana-mana.
Korang, kalau ada yang berangan-angan nak cari doktor sebagai pasangan, tapi klau orang tu tak balas whatsapp kau lepas sejam pun; kau nak naik angin merajuk, lupakanlah hasrat tu ye. Dengan doktor, possibility untuk msj kau dibalas esok hari adalah sangat tinggi. Kalau benda remeh tak boleh sabar, apatah lagi masalah lain yang lebih berat (ok bab ni dah jauh menyimpang dari tajuk asal haha).
Pernah seorang specialist memberi nasihat ketika kakak aku masuk posting baru (antara posting paling digeruni HO, read:medical). “Saya tak galakkan kamu semua untuk berkahwin atau buat apa-apa majlis ketika dalam tempoh posting ni kalau taknak apa-apa masalah berlaku. Jangan cakap saya tak bagi nasihat pulak ye”. Tapi, memang itulah hakikatnya, mereka yang dalam tempoh awal housemanship amat tidak digalakkan untuk berkahwin. Lebih-lebih lagi jika pasangan atau keluarga tidak memahami, amat memeritkan. Bukan sedikit kes putus, bercerai berai, masalah rumahtangga yang berlaku dalam tempoh ini. Sebab itulah ramai doktor yang tak kahwin lagi walaupun umur dah meningkat. Bimbang pasangan tak memahami.
Takpe, gaji doktor masyuk. Padanlah dengan penat. Hmm. Cuba korang google gaji basic untuk doktor UD41 (HO), UD 44 (MO) dan doktor pakar. Lihatlah sendiri. Untuk pengetahuan, mereka yang dalam tempoh HO ini tidak akan mendapat elaun oncall seperti MO. Oncall dua kali seminggu atau tiga kali seminggu pun, gaji yang mereka terima sama sahaja. Itulah, siapa suruh jadi doktor. Belajar susah, kerja susah, tidur tak cukup, makan tunggang langgang. Pergi kerja waktu gelap pagi, balik kerja waktu gelap malam. Entah apa yang berlaku di luar, tak diambil peduli.
Doktor bukan malaikat. Mereka juga seperti kita: makan, minum, tidur. Adakalanya berbuat silap. Adakalanya rasa marah, rasa gembira, rasa serabut. Normal. Cuma, mungkin kerana skop kerjaya mereka adalah berhadapan dengan manusia-manusia yang bernyawa, yang sakit, maka tanggungjawab mereka tersangat berat. Semuanya perlu dibuat dengan teliti, silap perhitungan maka padahlah jawabnya. Tapi mereka terlupa, banyak mata-mata yang memerhati untuk menghakimi setiap perbuatan yang mereka lakukan.
Masyarakat, berhati-hatilah dalam menutur kata. Jangan hanya kerana seorang doktor yang berbuat salah, maka yang lain turut terpalit sama. Jangan hanya satu kesalahan yang mereka buat, kita seolah-olah sudah tidak nampak seribu kebaikan lain yang mereka telah korbankan. Berpada-padalah dalam berbicara, berhati-hati semasa menasihati, insyaAllah masalah yang berlaku pasti mudah untuk diselesaikan.
Sekian.
– Adik penyayang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment