Friday, 20 April 2018

Living The Life of a Postgraduate

PengakuanKu

Tadi ada terbaca kakak yang attempt untuk terjun jambatan tu salah seorang student PHD.. Mungkin akak stress pasai belajaq mungkin juga stress pasal hidup. Rasa macam nak picit idung orang hat kata kat dia. Hang tak dak kat tempat dia boleh dok kata macam2. Saja just nak share on my side of view (ini hanyalah pandangan bukan menghakimi sesiapa dunia ini). Sebagai salah seorang student yang tengah sambung belajar aku juga menghadapi pelbagai masalah but Aku bersyukur sebab ada family sangat-sangat supportive, kawan-kawan yg sangat understanding and supervisor yang sangat caring.

Mungkin orang diluar sana rasa sambung study in Master or PHD ni easy peasy but hakikatnya seminggu sekali tak nangis tak sah.. Ini reasons aku :

1. Stress membaca dekat 30/40 pages sehari even hang tak faham walau sepatah haram but you need to keep on reading sampai rasa berpinau mata.

2. Pikiaq masa depan aku ada keja ka after habis Master ni, dengan spend beribu2 duit mak ayah pastu hutang PTPTN masa degree lagi depa yang dok bayaq kalau dak kena black list

3. Umur dah 26 tapi duit dalam bank pon ada x sampai seratus, ya la dah tak kerja lagi nak mai mana duit oiiiii

4. Dok pikiaq pasai thesis aku ni ada kualiti ke dak, sempat ka nak habis within time frame

5. Nak menulis thesis part paling stress, sebab apa? malas nak elaborate panjang.

6. Tengok pulak kawan2 berjaya ada kerja, ada rumah, ada kereta lawa, shopping sana sini, melancong oversea selang sebulan huhhh aku ni p berjalan pon guna duit mak abah tak pon kak n abg dok sponsored, cerita dia bukan dengki kat kawan but dalam diri ni ada rasa rendah diri yang sampai boleh jadi stress

7. Stress akan jadi lagi terok bila tengah dok menulis thesis tapi ada pulak masalah dengan anasir-anasir luar contohnya ada masalah dengan administration tempat belajar ka. Yes semua orang ada masalah but yg berbeza adalah hang dok tengah menulis thesis but on the same time you need to settle problem harian.. otak nak berfungsi macam mana weiii, tambah plak orang macam aku ni kalau ada problem ka nak menulis dia jadi mcm idea budak tadika tau dak..

pastu dok nak kejar date line lagi nak hantaq kat supervisor. Ketaq habis kepala lutut sebab takot kena marah if lambat submit kat supervisor.

*This is some of the reasons why aku rasa stress sambung belajar but it does not mean that I’m going to quit. Please people out there tolong la faham the struggle to hold the degree is not easy. Setengah org kata ala sambung belajaq ja pon bukan susah sangat hang dok alam pekerjaan lagi macam2 dugaan hang kena hadapi..

Tak payah nak bandingkan masalah hang lagi hebat dari aku or aku lagi hebat dari hang. Tolong la ada perasaan sympathy and empathy sikit. Setiap kali ada masalah nangis teruk2 rasa nk buat something stupid mesti akan ada mulut2 bawang akan claim ni la jadi bila tak rajin sembahyang tak pon jarang mengaji la ni.. Amboi sedap mulut hang nohh dok buat macam serupa hang sorang melekat kat tikaq sejadah 24 jam.. Aku pon tau aihh nak sembahyang and dekat diri dengan Allah.. Awat orang hat solat tak tinggai, khatam Quran 3/4 kali tu tak pernah kena dugaan and ujian kat dunia ka? tibai baru taww hehehe.. Please doakan aku habis Master and boleh produce a very good thesis. Please pray for my friends too. To Mak and Abah, once adik habis belajar and dapat kerja kita p makan-makan n jalan-jalan naa now adik tak ada duit lagi, doakan adik untuk berjaya and dapat jadi PTD walaupun harapan tipis mcm kulit bawang.. Adik sayang Mak and Abah (mak kami suka baca IIUM Confessions). Bye guys

– Miki the Cat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.