Wednesday, 25 April 2018

Oh Malaysiaku, Kau Boleh! Aku Pun Boleh!

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Aku Che Puteh yang tak berapa nak putih. Atok saudara aku mmg gemar panggil aku Che Puteh sejak bayi walaupun aku coklat cair. Takpelah satu doa yang mungkin akan jadi kenyataan. Who knows aku akan jadi lagi putih dari mamak yang tebar roti canai tu. Ok gurau.

Aku bukanlah nk luah apa apa yang sadis atau nak minta belas kasihan korang. Aku saja-saja nak menulis untuk luangkan masa aku di rumah yang sudah bertahun tanam anggur tapi tak nampak hasilnya. Yang nampak hanyalah lemak yang terkumpul di perut.

Aku minat politik, mungkin sebab ada darah pahlawan bugis mengalir kot! Tapi campur jawa sikit. Arwah tok ayah sebelah mak aku dulu seorang Wakil Rakyat di Johor. So family aku memang orang kuat politik.

Ada makcik aku ni memang aktif dalam berpolitik. Habis semua anak saudara keturunan dia nak rekrut masuk parti termasuk la aku. Aku bukan tak nak, cuma aku tak minat dengan keadaan politikus di Malaysia lebih-lebih lagi sekarang. Aku minat diam-diam jela dengan menulis di confession iium ni. Harapnya takda la keturunan sepupu sepapat aku yang baca. Huhu..

Apa sebenarnya aku nak tulis pun aku tak berapa pasti. Lately ni aku rasa dunia kita ni sangat sakit. Eh, tak payah dunia sangat la. Cukup kat Malaysia je. Acah acah duduk London ke aku nak cakap pasal dunia. Korang tengok sendiri la politik kat Malaysia ni. It feels so dirty sampai aku nak terlibat masuk ibu jari kaki pun rasa bersalah.

Dulu aku kerja jadi Manager merangkap Designer kat sebuah company interior consultant. Aku buat design, aku buat sebutharga untuk propose pada pihak atasan. Company ni banyak dapat projek Felda. So bila time nak buat sebutharga tu, dia punya mark up price berkali kali ganda. Kau nak buat rumah setinggan tapi sebutharga macam rumah banglo tepi Pantai Cahaya Bulan. Sebab apa? Mestilah ada duit atas angin untuk orang tengah, kiri, kanan, depan, belakang atas dan bawah. Nak dapat projek kenalah bagi share sorang sikit en. Haish. And look at Felda now, macam-macam kontroversi. Tak sampai setahun aku pun berhenti sampai la ni tak kerja. Haha. Anyway sebelum tu aku kerja kt tempat lain, company interior gak tapi makcik aku punya. 4 tahun kerja sana. Sekarang buat kerja freelance aja.

Cite cite syok sendiri, so apa pengajaran sebenarnya? Tu baru satu cerita yang commonla untuk dapat projek bila dalam industri construction ni. That common thing actually, I find it very unpleasing and irritating. Dah speaking plak kan. Huhu.. Pakai cable la pakai bluetooth la pakai infrared la baru dapat projek. Korang takde semua tu, sila terjun ke laut ramai-ramai sambil gulung tikar. Dah tu sekarang cable bek punya dengan China sampaikan projek mega semua dok bagi kt depa. Dikecualikan pulak gst tu!! Aduhai.. Orang kita yang merana nanti wei..

And now, so many construction dekat area Klang Valley ni sampai aku rasa nak pindah jauh-jauh di pedalaman. Serabut gila wei. Dah macam tak terkawal. Ni aku yang tak kerja mengeluh, apa lagi orang yang kerja mengadap hari hari. Kesian tau! Taula nak capai Wawasan 2020, tapi mmg takkan tercapai pun kan. Tu pasal anjak ke Transformasi NasiKakWok 50. Semua dok kejar duit atas angin projek-projek ni sebelum nak pilihanraya. Penuhkan duit harem masing masing. Bagus! Good job!

Oklah. Setakat tu je dulu. Nanti aku sambung lagi cerita syok sendiri ni. Bukan apa, ni kan dah zaman millenium, we need a clean hand and a clean air. So tiring bila memikirkan soal masa depan negara yang aku rasa makin tenat, kelat. I hope I can do something by writing. I know its not much tapi jomla kita ubah menjadi yang lebih baik for the future. Our future.

Goodnight wei! Tido lu!

– Che Puteh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.