Assalamualaikum semua..aku hope sgt confession aku ni disiarkan since 1st confession aku kalah dgn confession budak sekolah dengan crush dia (if you remember)..hahaha..ape2 pun terima kasih yang tak terhingga dari 7 petala langit ke7 petala bumi kalau admin sudi siarkan confession aku kali ni. Aku memang AMAT AMAT AMAT memerlukan pandangan kalian yang bijak pandai atau yg pernah ada pengalaman macam aku. Ni bukan pasal aku, tapi pasal ibu aku.
Sedikit pasal aku, aku anak sulung, ada 3 org adik, arwah abah aku da meninggal sejak aku nak kenal erti cinta monyet kat sekolah rendah. Ececeh. Ok tu gurau. Aku dah kawin, dah dikurniakan sepasang cahaya mata. Enough about me. Ibu aku ni dah banyak kali kawin. Tapi semuanya xmenjadi. Sebut la mana-mana kisah drama tragis, ibu aku dah lalui. Suami curang dengan janda sebelah rumah, lepastu kisah kena tanggung suami, kisah anak-anak tiri kurang ajar tahap super saiya. Kau jangan main2 nok, aku nampak semua jadi depan mata. Suami-suami tu semua orang yg lain-lain. Jadi ibu anggap dia takde rezeki bab suami. Anyway, ibu ni berkerjaya, independent. Kenapa dia nak kawin jugak? Mungkin sebab dia perlukan teman. Aku dan adik beradik xkisah. Janji dia bahagia.
So recently, dia nikah semula dengan seseorang untuk kesekian kalinya. Orang yang berpangkat, berduit, baik dengan kami adik beradik. Aku dan adik-adik tiada masalah dengan bapak tiri baru. Since dia pun layan ibu baik. So apa masalahnya? Anak-anak dia uii. Mungkin sebab ibu aku ni mak tiri yang kedua, dan bekas mak tiri diorang sebelum ni perangai macam mak tiri Cinderella (yang ni aku xbohong nok. Memang kesian diorang, siap kena pukul terajang semua), so diorang susah nak terima ibu. Tapi pengalaman lalu xboleh dijadikan alasan untuk kita buruk sangka kan?
Worst, ada yang anggap ibu aku hasut bapak diorang dari pelbagai sudut (diorang tak tau yang bapak diorang yg suruh ibu aku ignore perangai diorang) Lepas tu jadi la salah faham. Aku xsalahkan diorang. Diorang ada bad memory sebelum ni. Tapi aku nak sgt diorang tau yg ibu aku pun ada bad memory pasal anak-anak tiri. Kakak-kakak tiri aku dulu biadap nokharom wehhh. Tapi masa tu aku jadi pemerhati sebab aku taknak diorang cakap ibu aku xajar aku (walaupun hakikatnya bapak diorang yg xajar diorang berbudi, spender pon ibu aku basuh.puiii)
So this time aku hope sangat aku bukan hanya pemerhati. Aku just nak anak-anak bapak tiri aku hormat ibu aku. Aku kenal ibu aku. Dia takkan buat jahat kat orang. Orang buat jahat kat dia pun, paling worst dia buat, dia tak tegur. Dia xmain hasut orang ni. Panas katanya batu api. Hahaha. So honestly, aku hope sgt adik beradik tiri aku belajar untuk kenal ibu aku. Janganlah judge dia macam tu. Kau fitnah dia macam2, dia xpernah cerita kat aku. Macam mana aku tau? Aku baca wassap ibu aku dgn bapak tiri aku (diorang PJJ sbb ibu aku xdapat tukar lagi). Aku takde masalah dengan korang. Aku just nak berbaik-baik. Hidup ni xlama babe. Tolonglah aku untuk tolong kita semua. Tahun ni nak merasa raya ramai2 dengan adik beradik tiri. And please jangan fikir kitorang nak duit bapak korang. Ibu aku sendiri ada simpanan dia. Kitorang takkan usik hak korang. Kitorang nak kita berbaik jek. Sedih weh camni, sedih tengok ada yang layan ibu aku mcm tunggul. Hulur tangan nk salam pun kau boleh pusing badan.
Readers, aku patut buat apa eh sebenarnya?? Aku memang patut masuk campur atau ignore mcm dulu? Aku xboleh nak ignore sebenarnya. Walaupun ada yg cakap it still too early, bagi aku awal2 ni la nak kena betulkan apa2 yang xbetul. Kalau makin lama nanti makin bernanah. Aku kesian kat ibu aku. Dia ada hak untuk rasa bahagia. Selama ni dia sorang2. Diuji dengan perangai suami2. Diuji dengan perangai adik beradik sendiri yang tak pernah kisahkan hidup mati dia. Ada yang siap hutang duit 40k tapi xbayar sampai skrg. Padahal kawan dgn geng2 ustaz, mutawwif. Mak abah dah xde. ok lah. Tq semua sudi luangkan masa membaca. Doakan ibu n bapak tiri aku bahagia sampai syurga.
– kaklong
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment