Saturday, 28 April 2018

Bersyukur Walau Berumur

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Pertama sekali, confession ni dituju khas untuk Mico(confesser Tua Sebelum Usia) dan pembaca lain mungkin juga boleh ambil point yang aku nak sampaikan ni.

Mico, kita sama. Cuma, personaliti kita berbeza sikit. Pertama sekali happy belated birthday to MICO yang ke 24. Moga menjadi insan yang sentiasa tenang dalam ujian awak sekarang. Ok, sampai sini je.

Ok, ni masuk kisah aku sikit. Pertama sekali, aku nak share sikit personaliti aku. Umur aku sama dengan Mico 24 tahun dan orang ingat umur aku 28 keatas, muka panjang masam mencuka kalau tak senyum dan tak pandai berhias.

Mico, sepanjang aku belajar di universiti aku lalui beberapa peristiwa yang buat aku down. Bila aku jumpa staff atau orang-orang lain mereka akan ingat aku student master atau lepasan budak diploma so diorang ingat umur aku dalam 23 atau 24 sedangkan aku baru 19 tahun. Untuk pembaca yang tak tahu muka tua dari usia ni ada beberapa faktor dan aku faktornya ialah keterunan. Ye keturunan. Sebab bila orang tengok kakak-kakak aku orang ingat umur diorang lebih dari umur sebenar. Bagi muka masam mencuka adalah aku rasa faktor keturunan juga. Sebab, aku tengok muka ayah aku. So, yang ni aku tak nak terangkan. Disini, aku bukan nak salahkan keturunan atau ketentuan Allah tapi supaya kalian semua faham dan jangan anggap aku tak senyum bila jumpa orang.

Aku nak share beberapa peristiwa yang buat aku ingat dan beri kesan pada keyakinan diri aku. Peristiwa paling aku ingat sampai sekarang masih segar lagi, masa tu aku duduk borak-borak dengan kawan aku. Pastu kawan aku cakap “Weh Ali (bukan nama sebenar), kau rasa Kiki ni umur berapa?”. Aku tahu maksud dia apa. Dia sama umur dengan aku tapi muka dia baby face. Maka, nampak muda dari usia!

Ada lagi peristiwa yang buat aku terdiam dan rasa nak koyak hati. Waktu tengah makan kawan aku duduk cerita pasal anak buah dia baru lahir doktor tarik kepala anak buah dia sebab susah nak keluar kot. Pastu dia cakap abang dia cakap macam ni kat dia “Mak lang (nama bukan sebenar kawan aku dalam family dia), macam mana ni aku takut ank aku muka panjang buruk lah anak aku”. Aku terus sentap!. Dia tahu aku muka panjang dah 4 tahun kawan takkan tak perasan. Takpe aku abaikan, mungkin dia terlepas cakap depan aku, tapi rasa tu masih ada.

Tentang muka masam mencuka tu, I feel you Mico. Aku kalau tak senyum memang orang ingat aku pandang tak puas hati dengan dia. Mata aku juga orang ingat aku jeling kat dia padahal aku pandang biasa je.

Sebenarnya, banyak lagi peristiwa yang aku tak nak cakap. Sebab aku rasa aku akan rasa sedih bila ingat balik semua tu. Untuk apa aku share sebenarnya ialah aku nak Mico sedar yang bukan awak je ada ujian ni. Aku faham rasa awak Mico. Macam mana kita lalui hidup dengan orang seolah-olah tak hargai apa adanya kita sekarang.

Kepada orang diluar sana. Andai kau nampak orang yang tak cantik di mata korang tak perlu nak cakap. Tak perlu puji tak ikhlas untuk jaga hati kami. Itu lagi menyakitkan. Untuk panggilan akak tu, bagi pemabaca yang kawan korang ada masalah macam ni tak perlu nak mention depan tuan badan “eah, dia adik lah bukan akak”. Aku ulang TAK PERLU! TAK PERLU! Kalau korang nak betulkan sangat panggilan akak adik makcik tu just cakap masa dia dah takde. Faham? Jangan disebabkan kata korang, boleh meruntuhkan rasa keyakinan seseorang dan membuang mood seseorang nak berborak dengan gembira.

Semalam, aku tanya kawan aku lelaki yang mulutnya boleh tahan juga kalau bercakap. Aku saja whatsapp dia tanya tentang kecantikan perempuan. Apa yang buat aku ingat apa dia cakap kat aku. “Kiki, kau cantik. Kau ada daya tarikan sendiri. Satu hari, ada orang akan nampak kecantikan kau melalui personaliti yang kau ada”. Aku harap Mico hadam ayat ni dalam-dalam. Hargailah kecantikan yang Allah dah bagi kita . Mungkin cantiknya bukan pada rupa tapi pada personaliti.

Mico, pernah tak dengar dalam Al-Quran ayat “Aku dan jadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan”? Tengok ni Mico Allah tak jadikan kita dengan sia-sia. Semua dengan penuh hikmah.

Ada komen-komen yang aku baca bawah tu, mereka bagi cadangan supaya Mico jaga berat badan, mulakan senaman, dan jaga penampilan. Ye, ikutlah kata-kata diorang. Kecantikan hanya untuk orang yang usaha dan rajin.

Antar tips yang aku boleh share agar keyakinan Mico boleh naik sikit dari dulu:

1. Selalu ambil wuduk (walaupun bukan dalam solat).

2. Baca surah yusuf ayat 4 tak silap

3. Senaman

4. Minum teh hijau tanpa gula

5. Tahajjud ( ni bukan bermaksud nak niat Tahajjud untuk cantik, tapi waktu ni mengadu pada ALLAH tentang apa yang orang kata pada kita, tentang rasa rendah diri, rasa sedih. Minta dengan Allah supaya beri aura positif pada diri kita, keyakinan diri, wajah yang manis, penenang hati orang bila memandang, sifat yang tenang, dan lain2).

6. Setiap hari, masa sujud ketika solat sebuat Ya ALLAH terima kasih untuk semua apa yang Allah berikan dan minta maaf pada Allah yang kita selalu merungut tentang apa yang Allah beri.

7. Bila jumpa orang cantik dan manis sebut dalam hati Ya ALLAH jadikan aku cantik dan manis seperti dia dan elokkan sikap aku.

8. Selalu senyum bila jumpa orang walaupun tak kenal. Muka kita memang dicipta macam ni Mico, tapi kite kene usaha agar kita dilihat meyenangkan.

Sekian,

– Kiki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.