Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan pembaca semua.
Aku gadis berusia 30++, belum berkahwin, kerja di sektor swasta..gaji Alhamdulillah, kalau tak cukup aku PINJAM mak dan ayah aku dan pasti akan bayar balik bila gaji. Aku keje pon dah dekat 8tahun dan aku berjaya tahan nafsu berbelanja dan simpan duit. Ceritanya bermula begini..
Aku kenal seorang lelaki di pertengahan tahun 2016. Mula sebagai kawan. Masa tengah kawan tu dalam2-3bulan, tetiba dia cakap nak pakai duit sebab dia buat benda bodoh iaitu dia pinjam Ah long dari awal tahun 2016. Konon untuk bisnes. Tapi bisnes tak jadi dan bunga makin tinggi. Atas dasar kawan aku bantula dia. 1st tu dia masih malu2 kena pakai duit perempuan. Dia janji tak kan pinjam lagi. 2nd 3rd pon malu2. Tapi kadang aku angin jugak ingat aku cetak duit ke? Dan tak sedar bila dia jadi tak malu mintak pinjam.
Hakikatnya, dia pinjam 30k end up tahu jela kalau pinjam ah long bila lambat ko akan bayar bunga. Jadi tiap2 minggu ye…bukan bulan. Duit yang konon bisnes diguna pakai untuk bayar ah long. Ah long pon pintar, dia akan cadang ko pinjam ah long lain dan tutup akaun dengan dia. So dia kata dia tutup lubang dan bukak lubang yang baru. Loan baru la senang cerita. Yang jadi mangsa? Akula..1st kesian 2nd 3rd kesian. Bila 4th 5th 6th… ko akan rasa kalau tak bagi nanti dia akan tambah hutang. Pinjam ah long lagi nanti macam mana aku nk dapat balik duit aku. Jadi bagila..
Bayangkan 30k tapi kalau ko pinjam 4 5 ah long untuk tutup lubang. Kalau 1ah long je dah amik bunga dekat 10k boleh jadi sebab pokok 30k tu besar… Mungin dia mula 30k tapi lepas tu bunga lambat bayar 3k. So dia kena pinjam ah long B untuk bayar 3k tu. Tapi pinjam ah long B mana mungkin ko pinjam 3k kena bayar 3k jugak. Mestila kena bayar 7k. 7k nak kena bayar 30k tu pun bunga2 cinta ah long pon kena bayar jugak. Tambah lagi ah long C D E F….Z.. hehe sampai Z melampau tu. Tu baru cerita bunga. Pokok daun ranting semua tak kira. Last yang aku bayarkan bulan lepas konon nak pinjam kat sorang je. Tapi mak aih bunga sampai 5k..pokok 8k.. Masa ni aku dah rasa lebih pada kesian dan tanggungjawab sosial. Hahahaa.. Gelak aku.
Ye semua aku bayarkan. Baik tak aku? Ke korang dah start fikir aku bodoh? Pasal cinta sanggup bagi pinjam duit puluh ratus ribu.. Sekarang ni hutang dia cuma kat aku, tapi pelik kenapa dia tak lepas2 dari masalah. Aku ke yang niat tak elok kat dia? Sungguh tak ada.
Dia sekarang macam mana? Masih tak mampu bayar bulan2. Sebab gaji kecik dan macam2 masalah jadi. Kereta rosak, kena buang keje. Baru ni ada hati nk bisnes tapi duit modal mintak aku. Aku bagi tak? Mestila bagi. Hehehe.. Sebab aku kan baik. Taklah. sebab aku nak blah tapi aku nk tengok dia hidup secukupnya dia sebagai manusia. So dia tak yah cari aku. Tapi aku bagi kurang dari dia mintak. Tapi tula tak benti2 pulak mintak. Kadang2 bila aku ignore dia, nanti dia akan mesej pelik2. Contoh macam: sy dah taknak hidup mcm ni, apa makna saya hidup kalau awak tak ada…semua mesej mcm putus harapan nk hidup. Takkan aku yang baik ni nak biarkan?? Lagipun hutang2 aku nanti macam mana? Yaaa aku boleh tuntut kat akhirat. Tapi apa salah kalau aku tolong. Duhhh… baik hati lagi.
Aku pulak macam mana? Aku berlapang dada anggap dia ujian yang hadir. Duit simpanan habis..yang ada tinggal duit gaji. Tapi tu pon dia mintak jugak. Aku nekad nak kumpul balik duit2 aku. Aku tak harap pon aku dan dia ada jodoh. Tak ada pon lagi bagus. Sebab aku takot dia mintak halal. Mau kawin pon nk aku sponsor. Hahahahaha…. Aku rasa yg perasaan ada dari dulu2 kenal sebenarnya cuma kawan. Tu jadi kesian, kesian dan kesian lagi.
Korang2 yg nk pinjam ah long tu. Walaupun aku ni tukang bayar, tolongla hadam tutup lubang, buka lubang tu sangat tak bijak. Lepastu percayala, jangan nak kata korang akan serik, memang tak akan. Sebab korang akan anggap tu je jalan penyelesaian terakhir. Duit tak ada, pinjam ah long. Ape ingat ah long tu akan manjakan korang kalau korang tak bayar? Mimpila.
Doakan aku dimurahkan rezeki, dapat jodoh yg beriman so aku boleh lupakan/tinggalkan dia. Tq sudi baca. N tq in advance Admin yg Post.
– Starla
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment