Sunday, 29 April 2018

Menumpang

PengakuanKu

Panggil aku Su dan aku tak tahu mana nak mulakan kisah aku.
Niat aku berkongsi kisah ini untuk minta pendapat, penyelesaian dan mungkin sedikit sokongan moral dan juga doa, jadi siapa yang ingin mengecam tu sila ke post yang lain, terima kasih.

10 kali atau lebih juga aku memikirkan jika aku patut atau tidak untuk menukilkan kisah peribadi ini yang sedang menghancurkan hubungan kekeluargaan aku.

Beginilah kisahnya…

Kami enam adik-beradik dan aku yang bongsu. Ibu bapa aku adalah ibu bapa Melayu yang tipikal. Mereka kadang-kala susah nak dengar pendapat kami. Dan masalah serta fitnah bagi keluarga kami ini timbul apabila ada sebidang tanah yang luas yabg menjadi rebutan.

Kami ada seorang kakak yang dia ni dari dulu agak lain. Lain? Lain mcm mana. Akak lang ni dia kulitnya lebih hitam dari adik-beradik yang lain dan dia juga mempunyai banyak masalah perangai dan dalam pelajaran dari kecil lagi. Walhal adik-beradik tidaklah sempurna, cuma tidaklah membawa banyak masalah sepertinya.

Namun, kami tidak pernah membencinya atau meminggirkannya.
Dia pndai berkata-kata dan olahan cerita dia menarik, kami selalu tertarik untuk “membawang” dengannya.
Dan mak juga selalu percaya dan mendengar kata-katanya.

Dia tidak pula menimbulkan masalah kepada kami sampailah tiba satu masa itu, kantoi segala rancangan dan niat dia.

Dia sudah berkahwin dan beranak lima.
Dia sudah lama tinggalkan rumah dan genap pada tahun 2014, dia memujuk emak aku untuk menerimanya kembali.
Dia mempunyai masalah dengan jiran di flatnya dan juga alasan bahawa suaminya akan selalu meninggalkan keluarga dan rumah atas urusan kerja.

Hari-hari dia akan menelefon ibu kami dan menangis, merintih tentang masalahnya. Aku pula baru habis pengajiaan dan ada di rumah untuk mencari pekerjaan. Ibu pun selalu runsing memikirkan masalahnya.
Ibu mana yang sanggup lihat anaknya kesusahan, jadi ibu pun bersetuju untuk bawa dia pulang ke rumah. Aku pun kesian mengapa dia sering diganggu oleh orang di sekelilingnya.

(Haha, iyeke dia diganggu?
Atau sebenarnya dia yang mengganggu?)

Dan aku suka juga dia balik ke rumah, ada teman berbual.
Itulah sangkaan aku.

Hari dia sampai itu,aku penat sangat. Kemas dan tolong ibu masak makanan special nak sabut dia balik sampaikan aku tak sempat nak cari peluang interview. Aku tidur selepas Zuhur.

Tiba-tibe aku terjaga kerana bergema-gema suaranya di dapur. Aku pun keluar nak menyapa si kak lang. Bestnya teman berborak dah sampai!
Kau tahu apa ayat pertama keluar dari mulutnya?

“Sedap tido?”

Amboi, terdetik di hati aku, aku penat-penat tolong ibu, kau yang balik hanya terus makan je, dah kenapa nak cakap aku macam tu.

Aku biarkan je. Mungkin dia tak maksudkan apa apa yang negatif.

Hari demi hari berlalu. Dia langsung tidak menolong di rumah.
Hanya menguruskan hal anak-anak dia dan menambah beban pada aku dan ibu bapa aku.
Sampaikan, anak-anaknyan hendak ke sekolah pun ayah aku yang sakit lutut dan dah uzur tu yang hantar pagi-pagi buta.

Dia? Hm.
Sihat wal afiat di rumah membawang, memfitnah blablabala buat cerita bohong dan mengatur langkah siapa yang dia nak “bunuh” dengan memburuk-burukkan orang itu pada ibu bapa aku.

Ada sekali tu aku tengah sibuk menyapu di tangga dapur dan dia datang dekat dan cakap “Rajin bibik ni..”

Punyalah menyirap darah aku.
Aku pandang dia dan aku cakap, “Kau sebut lagi sekali.”
Dia senyum sinis dan berlalu pergi.

Rupanya, ini baru mukadimah.

Let’s cut the story short.

Dia kembali untuk “mendapatkan” tanah yang rupanya dah sekian lama dia aim.
Selama lama ini, dia buat baik dengan ibu dan ayah aku supaya mereka “terbuka hati” untuk memberinya tanah itu.

Kau tahu kenapa dia beriya hendakkan tanah itu no matter what, sebab dia pernah jumpa bomoh dengan rakan dia waktu remaja dulu ( ya…. kau ingat makcik makcik tua je pergi jumpa bomoh… ) dan bomoh itu cakap, dia akan jadi paling kaya antara adik-beradik kami.
Gila kau, siapa tak melonjak hati! Dahlah dia yang paling corot dalam akademiknya! Oh, Tuhan Maha Adil fikirnya.

Kata-kata si bomoh itu menjadi zikir di mulut dia waktu aku share bilik dengan dia dulu-dulu. Selalu dia sebut dan dari kata-kata itu rupa-rupanya dia merancang perkara ini.
Beb! 20 tahun kot dia merancang.
Ala ala perancangan New World Order gitu.

Bila dia dah selamat dapat tukar nama pada geran tanah itu, kau tahu apa jenis perangai dia suka buat di rumah yang dia tumpang?

Bila ibu dan ayah aku tegur anak-anak dia yang kadang kala agak nakal dan perangai buruk. Contoh= buang sampah dalam lubang jamban sampai tersumbat.
Bila ayah aku tegur dan marah anaknya, dia akan terjerit – jerit dan memaki hamun anaknya. Tapi kau tahu dia bukan nak marah pada anak dia sebenarnya. Marah anak sindir menantu katakan.

Masalahnya, dia marah anak sindir bapak dia yang tolong hantar anak anak dia ke sekolah setiap hari.
Ibu aku pun terima tempiasnya.
Jika ibu aku menegur sikit atau sebut sesuatu yang dia tidak suka dengar, mulalah dia menjerit- jerit.

Menumpang di rumah ibu bapa pun dia berani buat macam itu. Ini belum minta beras dari dia lagi.
Kau bayangkan betapa tak gunanya perangai dia.
Nauzubillah, korang minta jauhlah dari keturunan korang.
Sakit beb bila Allah uji dalam hal keluarga macam ni.
Cukuplah nila setitik.
Betullah pepatah Melayu tu kan.

“Nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Aku?
Macam-macam dia dah lakukan. Sampai ada satu tahap tu, dia pernah buat ibu bapa aku benci aku dan memulaukan aku tahap tak hantar aku ke klinik walaupun aku demam panas.
Aku yang memandu sendiri dengan suhu 39 darjah Celcius.
Dia juga suka masuk bilik aku dan mencuri baju dan barang-barang aku.

Macam mana dia buat ibu bapa aku sendiri benci pada aku?
Dia licik dan dia pandai fitnah dan buat cerita bohong.
Tapi pandai ke apa yang dia buat tu kalau diambil kira dari sisi akhirat ?

Apa yang dia cakap?
Aku tak sanggup nak ingat balik dan taip. Cukup memedihkan hati.

Satu lagi hobi dia selain mempercayai bomoh, mengasap rumah (ya, dia tu ada kepercayaan yang aku rasa dah jauh dari sirrotol mustaqim wallahualam), mengudakan ibu bapa sendiri, dia juga aktif dalam melaga-lagakan adik beradik.
Dengan no 1 dia cakap no 2 dan 3 mengata … Dengan no 2 dan 3, dia kata no 1 dan 4 mengata.. Dan yang ini benci yang itu … Blablablablablabla…
Apa yang keluar dari mulut dia pasti dia akan turn and twist untuk kesenangan diri dia sendiri.

Penat otak aku fikirkan semula.

Aku dah pun selamat berkahwin tahun lepas dan meninggalkan mereka semua.
Dia masih cuba menggangu aku dan suami ku melalui ibu bapa kami namun kami hanya berdoa dan bersandar pada Yang Maha Kuat dan Maha Mengetahui.

Sekarang ni, dia sedang “pinjam” duit ibu kami untuk membina rumah idamannya di atas tanah yang diraih dengan pelbagai mainan kotor dia.

Aku tidak tahu apa endingnya.
Ibu bapa kami memang tak mahu sebut langsung jahat dia.
Apabila kami mula nak cakap kenapa la si kak lang tu perangai macam itu.
Ibu bapa kami suka sebut “Kesian dia.. Dia tu tak ada apa apa.. ”

Tak ada apa apa?!
Cuba korang check akaun bank dia.
Kita yang kerja 9-5 ni pun takkan dapat menyimpan macam dia beb!
Mana taknya..
Semua perkara ada tukang sponsor.
Huuuuuu!
Haruuuu!

Dan di atas lesen simpati itulah dia mengudakan orang tua kami dan bergerak dengan jaya dan bebasnya menyebarkan manfesto pembohongannya.

Eh penatnya nak taip segala-segalanya.
Kalau nak cerita dari A – Z, mahu lagi tebal dari kamus Dewan Bahasa tu.
Kisah suaminya dan beras tak usah cerita.
Kisah dia dan kumat-kamit di lauk pauk pagi raya Haji tak usah cerita.
Kisah anaknya berdiri di luar pintu bilik untuk mengintip tak usah cerita.
Kisah kereta adik-beradik calar balar waktu balik cuti tak usah cerita.
Kisah dia suap nasi panas dalam mulut anak buah kami depan abang uda kami tak usah cerita.
Bang uda tu punyalah garang, dia berani aniaya anak orang tu depan-depan.

Kau bayangkan betapa licik dan jahatnya dia.
Macam drama sinetronkan?
Tidak. Ini realiti keluarga kami.

Aku mohon kepada kalian…
Doakan supaya Allah mengadili keadaan ini ya dan semoga Allah selamatkan keluarga kami dari fitnah dan kerosakan yang dia kerjakan dan semoga Allah memberi kami pengakhiran yang baik.

Si kak lang tu, korang doakan supaya dia berhenti menzalimi kami semua dan dirinya sendiri.

Dia tak sedar yang dalam dia membuat kejahatan kepada kami, sebenarnya, dia sedang membuat jahat pada dirinya sendiri juga.

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca.
Maaf aku tidak pandai mengarang dan mungkin jalan cerita aku juga berterabur.

Salah dan silap dari diri aku sendiri.
Harap sangat admin poat cerita aku dan mendapat pendapat para membaca.

– Su

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.