Friday, 20 April 2018

Biarlah Mak Bahagia

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Aku harap sangat confession ini disiarkan. If it is terima kasih banyak-banyak admin. Aku nak tau jugak insights dan pandangan dari comment readers.

Ceritanya begini, mak aku adalah ibu tunggal. Mak aku baru bercerai 2 tahun yang lepas tapi dah 10 tahun babah aku dah macam tak wujud pun dalam hidup kami. Aku ada 3 orang adik. 1 lelaki dan 2 orang perempuan. Aku anak sulung dan jarak aku dengan adik nombor 2 agak jauh. Dalam 5 tahun. Ana, Adik perempuan nombor 2 umurnya 24 tahun (baru habis belajar), Ili adik perempuan nombor 3 umurnya 22 tahun (masih belajar) dan Akmal, adik lelaki bongsu 20 tahun (masih belajar).

Punca mak dan babah aku bercerai adalah sebab ketidak adilan babah dalam rumahtangga. Babah beristeri 2. Isteri nombor dua babah dulunya janda anak dua. Sepasang lelaki dan perempuan. Umur seorang sebaya dengan adik nombor 2 aku dan lagi seorang tua setahun daripada adik nombor 3 aku. Sebelum babah berkahwin dengan isteri dia mak tak boleh terima, Tapi sesudah babah kahwin 10 tahun lepas mak redha je. Mak aku wanita bekerjaya. Seorang eksekutif di syarikat swasta.

Babah seorang manager di syarikat swasta. Mak masih dipangkat eksekutif walaupun peers atau colleague sebaya mak ada yang dah level manager dan senior manager. Mak 55 tahun ni. Carrer path mak terbantut sebab babah. Lepas Ana lahir babah suruh mak jadi surirumah. Mak patuh dan akur. Babah memang throughout marriage selalu buat hal. Pakcik aku cerita. Pakcik aku abang kepada mak memang tak pernah sorok kebencian dia dekat babah sebab buat adik kesayangan dia macam patung cendana. Dia yang selalu jadi spy mak. Kemuncak dia lepas Akmal lahir. Pernah ditangkap khalwat. Dan on off ada affair dengan orang yang berbeza-beza. Masa aku lepas SPM, mak buat keputusan untuk mula bekerja semula dan Alhamdulillah dia dapat kerja. Masa aku 19 tahun babah berkahwin lagi satu.

Di mata aku mak tak ada kurangnya. Seorang yang berperwatakan lembut tapi tegas. Kami membesar dengan air tangan mak. Semua masakan mak sedap. Tak pernah pergi tuisyen bila membesar sebab mak ajar kami sendiri. Just name it. Add math pun mak masih boleh ajar lagi. Tengok balik textbook sekejap dia dah boleh ingat. Rumah kemas dan bersih. Anak-anak semua cukup pelajaran. Nak cakap pandai sangat tu tidaklah. Tapi nak sambung degree tu bukanlah perkara yang mustahil bagi kami. Bila kami keluar belajar masakan mak lah yang kami rindu. Dan bilik kami, baju kami bersih dan kemas sebab mak dah didik dari kecik lagi.

Lepas kahwin babah lebihkan keluarga belah sana. Balik kadang-kadang 1 malam. Kalau untung 2 malam. Babah buat rumah kami macam booth touch and go. Selama babah dah berkahwin baru, cuma sekali sahaja raya dengan kami. Yang lainnya kami beraya dengan family sebelah mak. Kami disini macam tak wujud. Duit bulan-bulan tetap babah transfer walaupun kadang-kadang tak cukup. Mujur mak bekerja. Jadi dapatla mak tambah-tambah. Rumah yang kami tinggal adalah rumah yang mak dan babah beli sama-sama masa awal berkahwin. Bila aku dah habis degree mak duduk berbincang dengan aku yang dia dah nekad nak bercerai sebab babah tak adil.

Aku tak boleh terima pada mulanya. Tapi aku masih ingat lagi masa kecil dulu bila lewat malam aku selalu bertanya pada mak. “Mak babah mana?” Mak akan selalu jawab “Babah kerja” Sedangkan babah tengah sedap diluar sana dengan perempuan mana. Aku ingat lagi masa mak terkontang kanting buat bisnes jual kek cheese leleh sebab kami adik beradik sedih tengok babah dengan family baru dia bercuti di Bandung. Dan lepas tu kesana sini babah bercuti. Kami hanya mampu tengok melalui FB babah sahaja. Tak pernah ajak sekali. Hasil duit cheese leleh dan saving mak bawa kami dan nenek ke bercuti Sabah. Bila abah balik, itu lah masanya dia nak update babah tentang anak-anak. Tapi babah cakap serabut. Sebab tu dia malas nak balik. Kami ni menyerabutkan babah. Gaduh perang. Dalam pantang dapat tahu suami kena tangkap khalwat. Countless time she cries because she was treated like an old rag.

Aku setuju untuk mak bercerai. Full support. Akmal pun setuju. Dia dah hilang respect dengan babah sejak dia dengar babah cakap kami menyusahkan dekat mak satu hari tu di rumah. Masalahnya Ana dan Ili. Bagi mereka kalau mak dan babah bercerai, kami akan jadi broken family. Kita memang dah broken bila babah buat hal. Bila babah tak adil. Bila babah lebihkan anak tiri dia dari anak dia sendiri.Selepas aku dan Akmal pujuk baru mereka terima tapi macam terpaksa.

Proses penceraian mak ambil masa kerana babah tak nak lepaskan dia. 4 tahun. Dari aku 23 tahun sampailah aku 27 tahun dan dah setahun aku berkahwin barulah mak officially bercerai. Itu pun bukan babah yang lafaz. Atas perintah mahkamah. Alasan tak ceraikan mak sebab mak dengan dia sejak dia susah sampai senang. Dah tu yang babah seksa mak kenapa? Ada yang kata babah disihirlah apa lah. I don’t think so.

Fast forward 2 years, mak dah move on. Mak dan siblings pun dah pindah keluar sebab babah nak jual rumah kami tinggal dari kecil tu. Babah nak guna duit untuk modal business isteri dia. Kalaulah aku belum beli rumah joined loan dengan suami aku, pastinya aku akan beli rumah tu dengan babah. Memori kami banyak yang ada di rumah tu. With and without babah. Mak sangat positif. Katanya harta ni, jangan dikira. Hak dia, tetap hak dia. Ini rumah babah. Sekarang dia nak semula jadi kita pulangkan. Babah janji nak bagi sebahagian duit pada mak sebab harta sepencarian. Tapi tak tahulah dah beri ke belum. Bila aku tanya, mak kata jangan masuk campur.

Mak menyewa sekarang. Rumah teres setingkat. Cukup la untuk mereka berempat sebab aku dah duduk sendiri. Sebulan lepas aku, mak dan anak aku keluar bertiga. 3 generation day out gitu. Mak nyatakan hasrat dia nak kahwin. Aku terkedu. “Cepatnya mak move on. Baru dua tahun”Mak aku hanya senyum ” Dua tahun bercerai. Lagi lapan tahun tu? “. Petang tu mak bawa aku jumpa Uncle Man.

Uncle Man ni kawan lama dia yang dia kenal sejak dia sekolah dulu. Satu kampung. Mak sambung belajar di ITM dan bawa haluan masing-masing. Tapi hati budi keluarga semua memang kenal sangat sebab sekampung. Uncle Man duda. Tak ada anak. Dah bercerai 10 tahun lepas kerana isteri dia kantoi ada lelaki lain. Sedangkan dia berhempas pulas OT di kilang untuk kesenangan isteri. Selama mereka kahwin 15 tahun tak ada anak. Sebab wife dia ada masalah fertility. Jumpa balik melalui facebook. Uncle Man technician kilang. Hidup sederhana tapi cukup. Ada rumah sendiri dan kereta sendiri yang sudah habis bayar. Aku tahu sebab aku soal siasat uncle Man macam mana mak soal siasat suami aku masa nak nikah dulu. Kerja apa? Asal mana? Tinggal mana? Sattus? Over tak aku. Orangnya peramah. Sebaya mak.

Aku cakap pada mak untuk beri aku masa untuk fikir. Aku balik dan bincang dengan suami aku.

“Mak nak kahwin la awak. Macam mana eh?”
“Kalau bukan suami orang biarlah ”
“Tapi…Apa orang kata..Mak dah 55 tahun kot”
“Bukan nya mak kena tangkap khalwat ke apa. Mak kahwin. Dia nak bersanding pun biarla..”
“Entahla B.”
“Babah awak tu dah bahagia. Dah move on. Dah seronok dengan isteri baru. 10 tahun dah pun. Biarla mak bahagia”

Fikir punya fikir. Aku rasa aku patut sokong mak cari bahagia dia. Mungkin Uncle Man dapat bahagiakan mak. Kalau uncle Man permainkan mak, aku orang pertama akan simbah cat merah atas kereta Proton dia yang dah habis bayar tu. Dan after mak dah ready, kami bincang dengan lagi 3 orang tu.

Akmal nampak unpleasant. Tapi dia anak yang taat. Dia setuju dengan pilihan mak untuk nikah lagi. Yang lagi dua orang tu buat hal.

“Apa mak? Technician? Agak agaklah. Babah manager kot. Cari la yang setaraf babah at least”
“Mak ni tak malu ke nak kahwin lagi.”
“Mak, babah sayang mak lagi tau. Jom la rujuk semula. Ili dah bincang dengan babah”
“Besar sangat ke dosa babah sampai mak tak nak maafkan dia?”

Yang tinggalkan pergi bercuti di Bandung, Singapore, Medan, Phuket tu babah kau yang manager tu lah. Manager tapi dengan anak tiri mampu. Anak sendiri kedekut. Mak nak malu apa! Halal. Yang kau berkepit dengan boyfriend kau tu yang patutnya malu. Nak rujuk bukan atas kau ye. Atas mak. 8 tahun mak bertahan. Aku rasa cukup la peluang mak bagi kat babah. Dan mak kahwin dengan siapa pun, kita semua tetap berbin dan binti kan babah. Macam mana pun babah tu tetap darah daging kita.

Akmal diam masa tu sebab dia masih terkejut.Sekarang ni perempuan dua orang tu on strike. Tengah mogok tak nak cakap dengan mak. Aku kesian dengan mak. Ini mungkin peluang mak untuk temui bahagia dia. Dan melihatkan Ili dan Ana, tak mustahil mak akan lupakan hasrat dia untuk berkahwin. Supaya hubungan anak dia tak keruh. Dan babah pulak tak membantu. Jadi lelaki gila talak. Dan cakap dengan Ili nak rujuk semula. Aku rasa kami sebagai anak tak ada hak nak halang mak kahwin. Tak ada hak sama sekali.

Aku harap Allah permudahkan urusan mak. Macam mana pun Ija dengan Akmal sokong mak. Semoga Ana dan Ili boleh buka hati untuk terima Uncle Man.

– Kak Ija

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.