Thursday, 19 April 2018

I Live Like A Single But Actually I’m Not

PengakuanKu

Hi, aku cuma nak meluahkan. Tapi terpulang pada kalian untuk menilai. Harapnya confession aku ini dapat dipublishkan sebab aku nak tahu pendapat umum kalian.

Dah 4 tahun aku bersama suami. Aku orang yang keep the stress free and live in peace. Oleh itu apa sekalipun masalah dalam rumahtangga, selalunya masalah itu akan berakhir sendiri. Contohnya, bila orang pinjam duit dan menjadi kebiasaan bagi orang itu suka meminjam tapi lupa diri nak bayar balik. Aku cuma akan ingatkan secara tegas dan selebihnya terpulang pada si peminjam untuk sedar diri atau tak tanggungjawab dia sebagai peminjam. Kalau dia bayar aku terima lah, kalau dia tak bayar pun i’ll see u at the judgement day. Aku semudah itu. Sama lah dengan rumahtangga aku, aku praktik kan begitu. Kerana aku tak suka nak marah, bermasam muka dan stress.

Tapi, makin lama aku sedar cara aku ni jadi batu loncatan untuk orang sekeliling amik kesempatan. And one of them is my own husband. Well, kenapa aku tak surprise? Aku dah tau perangai nya bagaimana tapi tetap dia jugak lah yg aku sayang. Deep down dalam hati aku, masih tersimpan satu ruang untuk dia bahawasanya “one day, he’s gonna change. dia cuma sesat jalan lagi. takpe kita pimpin dia balik slow2”. Aku kerja office hour, suami aku kerja sendiri. Aku punya fixed income, suami aku tak tentu. Suami aku dah 44 this year dan aku 23. Jarak umur kami tak menggambarkan cara pemikiran kami. Well, aku berani katakan aku lebih matang dan suami aku lebih kebudak-budakan. Sel otak aku masih berhubung dengan baik, tapi untuk suami aku… hmm. Hahaha aku tak tau la ape ada dalam kepala otak dia. Gila. (dia bukan drugs/ketum addicted)

Tapi, tetaplah dia yang aku sayang. Dalam tiap kali aku marah, dia tahu aku tak mungkin marah lama. Pernah beberapa kali aku buat keputusan nak berpisah, dia tahu sayang aku pada dia adalah selamanya. Aku jarang share gambar bersama suami, bukan kerana aku malu bersuamikan orang tua. Tapi aku lebih suka simpan saat bahagia tu sendiri. But some people they just don’t understands. Many of my friends thought that i’m single padehal aku dah letak marital status as married. Dan bila dah berkahwin ni, memang betul lah time tu jugak lah crush masa sekolah ajak kahwin, ex minta get back, unknowns people ckp dah lama crush kat kita. None of them got replied.

Aku lebih banyak bergerak seorang diri berbanding dengan suami. Sebabnya suami aku cepat penat, dan biasanya bila aku ajak bercuti dia tak nak pergi atas alasan “abg dah puas berjalan masa muda”. Bila selalu dibiarkan aku sendiri, aku lebih berdikari sampai kadang kala aku rasa aku takde suami. Aku selalu busy dengan aktiviti seharian aku dan begitu juga dia. Dalam sehari boleh katakan kami cuma ada 2-3jam untuk luangkan masa bersama. Selalunya time begitu adalah waktu sarapan pagi dan makan tengah hari. Hahaha. Waktu malam kami tidur asing. Yang ni aku tak tahu lah kenapa kami tidur asing. Suami aku cakap dia malas naik tangga. Aku selalu juga tidur menyelit kat dia tapi dia halau aku naik bilik sebab rimas, lagipun tilam dia tilam bujang. Kami pun jarang intercourse, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Waktu makan kami banyak borak hal semasa (biasa aku layan suami borak bila dia baca paper). Dan sekarang aku namakan dia sebagai “My Housemate” di contact phone.

Air yang tenang jangan disangkakan takde buaya. Aku lah buaya tu. Hmm, without my husband knowing that his lovely wife is actually cheating on him secretly. Aku tak tahu kenapa dan bagaimana. Everything happened so fast. Aku mula persoalkan suami aku, perkahwinan kami dan bagaimana layanan yg patut aku terima sbg isteri dan hak2 aku sbg isteri. Everything becomes questionable suddenly. Aku masih layan suami aku mcm sebelumnya. Betul aku sunyi, tapi sebelum ni walau aku sunyi aku okay. Aku boleh handle hidup aku sendiri. Tapi sejak aku ada scandle ni, my view of marriage was not the same anymore.

Now, aku kembali refleksi diri. Semalam aku nampak badan suami aku lebam2 aku tanyakan kenapa. Dia jawab tak tahu. Dia minta aku urut badan dia. Aku terasa lama sangat aku tak bersentuhan dengan suami. Aku jadi rindu sangat kat suami sendiri. Aku rasa kasih sayang aku kat suami tak pernah berkurang. Aku tanyakan “Do u love me?” menjadi kebiasaan dari awal dulu sampai sekarang aku tak jemu tanya soalan yg sama. He said “sayanggggggggg”. Aku gelak sendiri sebab cara jawab tu tak berubah, macam budak. 2 minit yang aku luangkan bersama dia semalam buat aku sedar. Aku kena terima segala kekurangan suami aku. Dah ditakdirkan jodoh aku dengan dia. Jika sebelumnya aku mampu, kenapa sekarang aku persoalkan. Bukankah dulu aku bermonolog sendiri yg aku nak pimpin suami aku balik slow2. Kenapa aku nak berhenti? Aku bukan jenis mudah putus asa. Aku yg nak kawin dgn dia dulu bkn atas paksaan sesiapa. Yelah, mmg aku si perigi cari timba. Kenapa aku tak bersyukur dgn apa yg aku ada. Byk betul kenapa yg timbul dalam otak aku sekarang. Sel otak aku mula berhubung balik agaknye ni.

Aku anggap hadirnya seketul scandal tu asbab utk tuhan sedarkan aku. Aku cut-off semua contact dgn scandal aku. Well, i got nothing to lose anyway. Aku berbalik pada cara aku yang dulu. Aku hidup dengan suasana keep the stress free and live in peace. Padehal aku rasa tiap hari rutin aku tetap sama, tak ada yg berubah. Aku masih bergurau, ketawa terbahak2 sampai nak keluar anak tekak dgn suami aku. Walau macam mana hambar hubungan kami suami isteri, aku pilih untuk hidup dgn tenang. Biarlah aku kurang merasa bahagianya sekarang, aku yakin ada sesuatu yg lebih baik menanti utk kami berdua nanti. Samalah bila dulu aku selalu suarakan aku nak anak dan suami aku tak mampu nak jawab. Sekarang aku lebih terbuka utk berfikir soal anak itu bukan satu keperluan dlm hidup kami berdua. Asalkan kami suami isteri tenang bersama. Dah cukup pada aku.

Ia terpulang pada diri aku sebenarnya. Jalan mana yg aku nak pilih. Lurus atau bengkok, kan otak aku sendiri yg bagi arahan. Yelah, aku sedarlah. Aku tak bersyukur. Walau banyak mana kekurangan suami aku, pandanglah diri aku dulu patutnya. Pandang atas bawah. Aku nampak suami aku kurang itu ini, tapi mungkin orang lain nampak suami aku wow sangat! Mungkin lah. Dan, buruk2 suami aku pun dia tak pernah curang. Dia rela main nombor ekor dari main perempuan (kata dia lah…) Maafkan aku bang. Aku nakal sangat. Aku tetap sayang kau sesangatngatngat.

– nideailah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.