Sunday, 6 May 2018

Aku Seorang Pemancing

PengakuanKu

Aku seorang pemancing. Harini aku juga seperti orang lain, yang menjadikan medium iium confession sebagai satu tempat untuk meluahkan perasaan sedih, kekecewaan, mahupun kegembiraan. Apa yang aku ingin luahkan ialah perasaan sedih dan sangat kecewa dengan manusia yang berfikiran singkat dan dangkal. Sikap mereka yang tidak menghargai khazanah alam yang tidak ternilai iaitu sungai dan isi-isinya.

Aku lahir dikampung. Sebagai anak kampong sungai adalah taman tema air terbesar dan terbaik bagi kami. Di sungai inilah aku mengenali segala jenis ikan air tawar. Itu dulu. Sekarang segala ikan yang aku kenal tidak mudah untuk aku dapat walaupun berjam-jam aku terpacak menunggu umpan diragut ikan. Kenangan masa kecil paling manis aku masih ingat dapat menaikan ikan Kelah seberat hampir 2 kg. itu kisah dulu-dulu la.

Sekarang umur yang sudah melebihi paras usia matang, memancing masih lagi hobi masa kecil yang
tidak pernah aku tinggalkan. Bila aku pulang ke kampong tidak pernah aku terlepas untuk membaling umpan ke sungai. Hasilnya tidaklah sehebat seperti aku kecil dulu kalau bernasib baik mungkin dapat mendaratkan seekor anak Seluan. Hobi tetap hobi. Ikan-ikan bersaiz XL/M boleh dikatakan tidak ada
dek kerana sikap manusia durjana.

Sikap manusia yang bodoh akal fikiran singkat hanya seronok mencari untung yang sekejap dan sedikit. Sering keluar berita manusia berakal singkat ni tercedera seluruh badan, hancur tangan akibat bom buatan sendiri untuk membunuh segala isi-isi didalam sungai. Mereka bukan sahaja mengunakan bom ikan, malah mereka juga mengunakan juga arus elektrik untuk membunuh lebihan ikan yang masih hidup, tidak cukup arus elektrik dan bom, mereka mengunakan pula racun tuba untuk memastikan tiada lagi isi-isi di dalam sungai .

Sungai adalah anugerah alam yang tidak ternilai. Di sungai semuanya telah tersedia, kita tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk menggali kolam, kita tidak perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli makanan ikan, kita tidak perlu habiskan ratusan ringgit untuk membeli benih-benih ikan, kita tidak perlu menghabiskan masa untuk memberi makan ikan . Semuanya telah tersedia.

Sungai adalah nikmat Allah yang telah tersedia tapi sifat manusia yang berakal dangkal ini mereka lebih teruja untuk mendapatkan mungkin 2@3 ratus setahun hasil tangkapan dengan menggunakan cara yang berisiko kepupusan ikan. Jika mereka tidak mengunakan bom,tuba, dan arus elektrik hasil yang bakal mereka perolehi sebenatnya berlipat kali ganda dengan hanya menggunakan cara biasa seperti pukat, pancing dan menjala.

Jika mereka tidak mengunakan bom, racun tuba, dan arus elektrik dan hanya mengunakan peralatan biasa ikan-ikan ini boleh membiak dengan cepat dan membesar dengan saiz yang tidak pernah kita lihat dengan mata kasar. Ada 1 video yang berlegar di internet berlaku di luar Negara ikan melompat masuk didalam bot sebab terlalu banyak. Ditempat kita pun boleh terjadi seperti Negara luar jika manusia yang berakal dangkal ni semua memberhentikan kegiatan mereka.

Jika hidup kita hari ini susah tolong jangan menyalahkan kepada pihak lain. Sebab kesusahan kita hari ini adalah kerana pilihan kita sendiri. Kita merosakkan ekosistem sungai dengan tanpa rasa bersalah dan rakusnya. Memang jenis sikap orang kita akan seronok dengan hasil yang sedikit. Pada sangkaan mereka hasil mereka dapat tu lumayan dan mereka tidak sedar akibat dari tindakan mereka. Surah ar-Rahman ayat 13 “Maka Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan”. Akal mereka tidak mampu berfikir jika mereka tidak mengunakan bom ikan, racun tuba, dan arus elektrik mereka boleh menikmati hasil yang lebih lumayan.

Sungai-sungai kita ini hanya memerlukan 3 tahun tanpa bom, racun tuba dan arus elektrik untuk mengembalikan kemeriahan dengan ikan-ikan dan menghasilkan ikan yang bersaiz besar. Ketika ini jika pemancing hendak memancing ikan-ikan bersaiz gred XL/L mahupun XLL perlu merantau jauh ke dalam hutan yang mengambil masa berhari-hari. Jika semua manusia berakal dangkal ni mati insyaAllah kita semua pemancing tidak perlu lagi pergi jauh lagi ke dalam hutan cukup hanya sungai-sungai di belakang rumah kita.

Baru-baru ini keluar satu berita sedih! Taman Negara Sungai Tahan akan dibuka untuk pemancing MEI ini. Jika hanya untuk memancing ia tidak akan mengakibatkan kerosakkan system alam sekitar tapi kita semua kenal sikap orang kita macam mana. Akibatnya sudah pasti terjadi seperti sungai-sungai lain. Pasti. Sepatutnya pihak berkuasa perlu memikirkan cara bagaimana untuk proses pemuliharaan sungai-sungai lain supaya menjadi seperti sungai di Taman Negara bukannya membuka kepada orang awam.

Perlunya Pihak berkuasa ataupun kerajaan mengubal undang-undang lebih keras terhadap pengguna bom Ikan, racun tuba dan arus elektrik supaya dapat mengekang kegiatan ini. Jika kegiatan ini masih berterusan ikan-ikan air tawar bakal mengalami kepupusan. Kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat perlu dilakukan.

– Angler

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.