Tuesday, 22 May 2018

Hati Terbawa Ke Timur Tengah

PengakuanKu

Halo gaiss. Huhu saja je nak try tulis entry kat uuim ni. sebelum2 ni aq rajin baca je weh. Haha, tapi kali ni aku just nak share satu benda jela. Its about giving hope to people.
Okah,ceritanya bermula bila begini.
Aku ada seorang teman baik. Memang baik la dengan aku. Kami spm sama sama, ambil tingkatan 6 pun sama sama. Tapi, bila masuk u dah tak sama. Dia minat belajar kat timur tengah,walhal aku jenis nak tak nak. Dan aku rasa,aku nak malaysia je dulu.

Aku dan kawan aku ni,memang rapat tu sampaikan tiada rahsia lagi la between of us. Hampir setiap hari,ada saja cerita aku dan dia. Setiap malam,mesti akan wassap dengan dia.
Tapi,bila dia dah masuk belajar kat u sana tu, dia dah makin busy. Dah makin sibuk dengan kelas2 dan daurah kat sana. Maklumla,timur tengah gais haha.

Jadi,functionya aku kat malaysia ni, aku kena doa kan sahabt aq tu selalu, selalu positif yang setiap orang ada urusannya masing2. Cuma beza nya,masa aku sekarang tidak disibukkan lagi dengan belajar sebab masih menunggu result upu september ni hoho.

Tapi,tula, aku punya tahap sedih tu macam dah takde orang nak care pasal aku. Yela, kau orang cuba bayangkan,selama ni setiap apa2 aku mesti gossip dengan makcik tu *aku panggildia makcik sebab dia suka bebel =” . Waduhhh,sepi itu terasa sekali sihh ke lubuk hati yang paling dalam.

Jadi, dari situ aku sedar dan faham, bahawa
Setiap rasa gembira tu Allah hantarkan sekejap saja
Setiap rasa sedih tu Allah singgahkan pada jiwa kita seketika cuma
Setiap rasa kecewa tu Allah campakkan untuk uji kita

Pernah satu ketika tu, ada sesuatu yang sangat sangat meruntun jiwa aku, nak meroyan nak teriak tapi aku taktahu nak cerita kat siapa. Aku taknak kacau sahabat aku kat sana, yela aku tahu dia kat sana nak belajar bukan nak dengar masalah aku 24-7
Aku sampai terduduk lemah sebab aku macam dah tak tahu nak cerita dekat siapa kesedihan yang aku alami waktu tu, mashaAllah. Sebab apa tu? Sebab aku lupa kasih sayang Allah . Aku lupa yang Allah dah pesan dalam kitab suci nya
” dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat . . ”
Begitula manusia, jarang nak letakkan Allah sebagai tempat memohon segala pertolongan. Allahu
So guys, cerita aku ni mungkin anggap biasa saja, but well tak sangka aku dh menaip hampir lama jugak hahaha.

Hmm, selain sahabat aku tu, ada ramai lagi kawan2 aku yang pergi sana sekali.
Antaranya insan yang sampai sekarang aku taktahu khabarnya. Tapi kalau lah dia baca, nak cakap yang since kalian pergi almost 2 nights aku mimpi dia. Haah orang cakap,kalau orang tu rindukan kita, kita yang akan mimpikan dia,haha aci ke camtu.

Okaylah, itu saja, kalau pihak iium approve article aku,alhamdulillah. Kalau tidak, asalkan admin iium baca pun okay apaa

– fnizf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.